14 Feb 2014

Mek

kelmarin awe dah start buka kedai. hemmmm. senang sikit nak buang air.

gua seperti biasa. niaga dan tak pedulikan halangan yang mendatang. moga2 terus dilimpihai kekuatan ini.

tiba tiba... 

" wah. hari ni semangat lain macam lah pendo. "

apa yang semangatnya ? gua bergerak seperti biasa atas kudrat yang dipinjamkan. apa lagi ni.. ?? tak dan tu.

" ada orang rindu bege tu. dulu kata tak sedak. la ni kata sedak. "

kakak pattani ni pulak tegur.. sedak ke sedap kak ? haiya.

" tak rindu kopi o suam pahit ke ? "

ni akak lagi sorang mencelah. apa ni ? cerita apa yang di jaja kalian di belakang ku ? Ida ? mek pattani berdarah kelantan tu ke ?

tolong lah sahabatku. tolonglah saudaraku. gua nak jalankan amanah Allah dengan sebaik mungkin. gua redha Allah bagi berniaga demi sesuap nasi goreng thai.

jangan di salahkan erti kan ikatan ini. tiada apa yang lebih selain perkataan sahabat baru. gua telepon dia sekali dua kali ? dia telepon gua 2 kali 3 kali ?

takda apa yang nak di ragu kan. hanya perkhabaran awe yang menjadi tajuk bualan. gua tak dapat nak telepon awe kat kampung hari tu. orang tua ni lama sangat kat sana. sungguh ! kerisauan menjadi punca perbualan kami.

bila gua masuk dapur nak pi tandas. kadang saja bosan nak tengok diorang masak. entah apa yang dibualkan. loghat kelantan piawww! tak faham. pandang gua. gelak2. bila tengok mek. senyum sokmo.

serius. ambo tak selesa !! bukan tak suka. apatah lagi benci. tapi aku malu. malu pada sang pencipta.

ya tuhan. andai dia bukan jodoh ku. janganlah kau hadirkan panah cinta dari syaitan.
 
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.