9 Oct 2013

Qaseh Narathiwat (jilid4)

"tawaran bekerja ?"

ya tuhan, sungguh besar sekali pemberian nikmatMu ini. aku bersyukur ke hadrat Ilahi. hanya padaMu aku sembah dan hanya padaMu aku mohon pertolongan.

siapa sangka jawatan G27, iaitu pembantu pemeliharaan hutan menjadi milikku. tidak pernah sesekali terlintas di sanubari yang mana aku akan diterima untuk kekosongan jawatan ini.

sewaktu temuduga pada ramadhan yang lalu, aku diantara calon yang tidak bersedia. menurut firasatku, aku telah gagal dalam temuduga tersebut. kerana pesaing yang lain penuh dengan persiapan. sedang aku hanya dengan kemeja tanpa tali leher, seluar dockers dan kasut converse hitam.

"tahniah."

sekalung tahniah dari Qaseh. aku hanya melihat saja wajah sayunya, tanpa bicara. jelas, dalam senyuman yang penuh keterpaksaan dihimpit kekecewaan.

entahlah, apa hikmah disebalik  nikmat besarNya ini. cinta kami baru saja direstu. ayah dan ibu juga sudah sibuk dengan persiapan kami, aku dan Qaseh.

"abang jadi nak ke Sabah ni?"

Ah! ira menambah lagi kerunsingan yang terselit di lipatan hati. yang mana satu harus aku pilih. kerja di Sabah atau Qaseh?

ayah hanya menjeling memerhati. begitu juga dengan yang lain. tarikh untuk melapor diri adalah 2 minggu dari sekarang. mana mungkin sempat dalam 2 minggu hendak selesaikan semuanya di sini. kursus kahwin dan kewarganegaraan Qaseh belum tentu siap dalam tempoh terdekat.

"awak pergilah sana dulu. itu masa hadapan awak. jangan dipersoalkan cinta saya, kerana saya akan terus setia menunggu awak."
"habis. awak bukan masa hadapan saya?"

dingin sekali petang itu. angin dari yaman menghembus lagi. perlahan-lahan tirai jendela lembut melambai.

bersambung..
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.