11 Oct 2013

Semasa Pilihan Raya Kecil Sungai Merlimau - Pas Kelantan Bantu.

PAS Kelantan akan menghantar empat kumpulan bagi membantu gerak kerja kempen parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Sungai Limau pada 4 November ini.

Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata kesemua 100 anggota kumpulan itu terdiri daripada semua peringkat parti akan ke Sungai Limau secepat mungkin untuk penyelarasan kempen.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lepas, setelah empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.
  
Dalam perkembangan berasingan, Ahmad berkata kerajaan Kelantan akan mengadakan penghargaan khas kepada bekas Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis sempena genap 23 tahun kerajaan PAS Kelantan memerintah negeri ini pada 21 Oktober ini di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini.
Beliau berkata pada majlis itu rakyat Kelantan berpeluang untuk memberikan persembahan dalam bentuk apa sahaja kepada Nik Abdul Aziz sebagai menghargai jasa bekas menteri besar itu terhadap Kelantan. 

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.