31 Jul 2012

Dua Cahaya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 

penat lelah aku menanti. sampaikan aku tiada berharap lagi. kemungkinan 30 hari akan bertempuh terik mentari. siapa sangka ia turun setelah sepuluh hari.

mendongak ke langit sambil terlentang. mengharapkan hujan sampai ke petang. walau hanya satu jam bumi membasah diri. namun ia sudah cukup mendinginkan pada petang hari.

sepuluh hari berpuasa berlalu. malam ini bermulalah permulaan yang baru. sepuluh malam kedua ramadhan di hadapan. untuk mencari dan memohon keinsafan.

di suasana malam malam muda. aku memperoleh ilmu dari Yang Esa. yang disampaikan juga dari seorang hamba. memperlihatkan ilmu yang dipinjamkan dari Yang Kuasa.

katanya ada dua cahaya. yang pertama sekali biasa dibaca. tujuh belas kali wajib baca dalam sehari. juga disertakan amiin setelah tamat ayat terakhir sekali.

cahaya kedua ada di hujung safi betina. biasa di baca dalam tahlil kenduri kendara. setiap ayat mengandungi erti tersembunyi. itulah yang dikatakan senjata mukmin yang hakiki.


sebaik baik zikir adalah 'la ilaha il lallah'.
sebaik baik doa adalah alfatihah dan dua ayat terakhir surah albaqarah.
wallahua'lam.
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.