4 Aug 2012

Rintihan Kecil 10

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 

Sudah Cukup Sudah.

cukup lah wahai tuhan yang Maha Agung. sudah lah engkau dari terus memberikan aku nikmat ini. sesungguhnya aku paling membenci nikmat nafsu dunia yang terus membuat aku leka. 

wahai tuhan yang Maha Kuasa. sesungguhnya diri ini lemah dan tiada daya. apakah kau takdirkan diriku terus terdorong mengikut kehendak nafsu dunia. sesungguhnya aku sudah pun puas dalam apa jua bentuk nikmat yang kau beri.

wahai tuhan yang Maha Luas. sesungguhnya aku ingin mati. mati nafsu duniawi. agar aku menjadi sebahagian daripada kekasih kekasih mu. soalnya, apakah diri kotor ini layak. aku hanya ingin menjadi sebahagian dari mereka yang engkau redhai.

setiap degup jantung, tidak pernah aku melupakanmu. sekalipun jahat nafsu ini memberontak. aku tetap memilih Mu. ya tuhan yang Maha Mendengar. dengarkan lah rintihan hambu Mu yang kotor ini.

sesungguhnya aku rela menjadi miskin dunia seperti mana Ibrahim Adham. dari terus aku bergelumang dengan dosa.

wallahua'lam.
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.