gambar hiasan
senyuman manis tatkala timbulnya perasaan. jatuhnya hati seseorang pada seseorang. sehingga didorong oleh hawa nafsu untuk try "ehem" sekali. adakah perasan itu adalah satu perkara yang dibenarkan oleh syara'. ramai orang beriman, tetapi tidak bertaqwa. kita munafiq! ??
beriman ertinya percaya pada enam perkara. 1.percaya adanya Allah. 2.percaya adanya Rasul Allah. 3.percaya adanya malaikat. 4.percaya pada kitab Allah(Alquran). 5.percaya pada qadar dan qada'. 6.percaya pada hari kiamat. beriman dengan hati, lisan, dan lakukan dengan amal.
kita sudah cukup beriman. tapi kita tidak takut. kita tidak taqwa.
taqwa ertinya takut. takut dengan azab Allah. takut dengan laranggan Allah. patuh pada perintahNya. masing - masing dengan alasan tersendiri.
"ala muda lagi, bila lagi nak main."
"kubur masing-masing ok."
"nanti dah tua barulah sujud."
"tak sampai seru la, nanti sampai seru aku buatlah."persoalannya, adakah kita tahu tarikhnya. apa lah nasib kita bila waktu ajal sudah mari tanpa sempat kita menoleh ke arah taqwa. kita terlalu mencari cinta duniawi. sedangkan cinta itu tidaklah kekal. mungkin setengah minit, mungkin setengah jam atau pun mungkin untuk beberapa waktu sahaja. sempat kah waktu itu untuk sujud menangisi dosa-dosa lalu?
gambar hiasan
sememangnya Rasul Allah telah bersabda. barangsiapa yang tidak berkahwin tidak akan menjadi umatnya. tetapi apa benar cinta dan kasih kita pada seseorang itu benar-benar ikhlas. bukannya panahan syaitonirrojim.
aku menulis bukan kerna nama. bukan kerna aku tak ada awek. bukan kerna aku tak handsome(ehem), bukan kerna hati keras pada perempuan. aku cuma ingatkan pada diri aku yang sememangnya hina dan lemah pada pujuk rayu syaiton.
aku tenung batang hidung yang sedikit besar pada side mirrow 125 original yang baru di pasang pada rxz aku.
aku juga menyesal. kenapa aku turut terlibat dalam kancah ini. khilafku amatlah besar. zaman lalu, ternyata gelap. walaupun cuma beberapa kali blackout di area perumahan aku. di mana kepala aku yang kerap high. ya, tu semua panahan syaiton yang di rejam. mula berendam air di celah-celah kelopak mata. mula menebal perasaan malu dan hina pada jiwa dan hati aku. timbul benih-benih benci pada diri aku. diri aku yang lemah longlai lagi tak bermaya. tidak henti menghukum diri. tidak henti menadah tangan kotor aku pada Allah. namun, masih lagi ada sebahagian perkara yang berada di takuk lama. adakah Dia maafkan aku ?
cinta yang sebenar telah pupuk pada diri semenjak kita lahir lagi. lahir-lahir saja sudah dilaungkan kalimah-kalimah Allah. dari kecil lagi kita telah diceritakan tentang keindahan Rasul Allah di dalam kitab-kitab sirah. sudah diajar untuk memuji Rasul Allah dengan bersalawat ke atasNya. tapi mengapa masih lagi ingin mencari cinta syahwat yang mengundang zina? aku meratapi wajah sadis aku elok-elok. ternyata masih lagi jauh perjalanan taqwa untuk sampai ke hati dan jiwa kita.
tidak cukup kah kasih kedua orang tua! apa kah jijik melihat kedutan di wajah mereka?
gambar hiasan
gambar hiasan
aku minta maaf bagi yang tiada ibubapa, dan lebih kepada anak yang tidak terjaga. pencarian cinta nafsu syawat, apa dia memberi jaminan hingga ke akhir hayat? adakah dia dapat menjamin masa depan Islam. antara sebab mencari "kekasih".
"untuk menaikkan semangat I ketika belajar/hidup la"
"untuk merasai indahnya bercinta, sebab I rasa tak perfect la kalau takda balak/awek."
"saja-saja mahu try."
"I takda orang bimbing la, so dia boleh bimbing I. lagi pun I like her/his body."aku susun 20 puluh jari tangan dan kaki, mohon maaf. nak cari cinta, carilah cinta Allah dan Rasul. Tetapi apa Allah berfirman ? sesiapa yang tidak menghormati kedua orang tua kita, kita tidak akan dapat mencium bau syurga Nya. sesiapa yang mencintai RasulNya akan mendapat cinta Nya. pegang la kitab Nya. buka dan bacalah. renung dan fahamkan lah. bangkit dan beramal lah apa yang tersirat dan tersurat. itulah sebenarnya. itulah sebenarnya yang mampu membimbing kita. tidak perlu risaukan soal jodoh pasangan. waktu dan saat ini, apa layakkah kita untuk menjamin masa depan keluarga yang bahagia? fikirkanlah. jangan ibaratkan diri kita seperti madu dan sepah. kerna bila habisnya madu sepah akan dibuang.
ingat lah kita betapa sayangnya rasulallah pada kita. mengapa kita menjauhkan diri kita dari baginda. di saat ajalnya sejengkal, sangat hampir. dia masih menyebut ummati. ummati. ummati.
umatku. umatku. umatku.
p/s dosa dan khilaf masa lalu, membuatkan aku menadah tangan pada hari ini. sama-sama lah kita mencari cinta Rasul Allah. cintailah baginda sebagaimana baginda mencintai ummatnya. Bagi sesiapa yang yakin dengan cinta kekasih dunianya, aku mohon doa agar mereka-mereka kekal hingga ke akhir hayat. salam.
thanks sahabat. saling mengingati..
ReplyDeletependoooo....aku terharu bace blog kau nie :'(
ReplyDelete