26 Aug 2011

Tak fikirkan mereka ke?

tahun demi tahun, bulan demi bulan, minggu demi minggu, hari demi hari, jam demi jam, minit demi minit, saat demi saat, detik demi detik. dia nak mai lagi. dia nak mai memberi kegembiraan pada orang-orang beriman dan bertaqwa, tatkala menang dalam bulan Ramadhan. malah kita yang hina lagi alpa, adalah manusia yang paling gembira dari mereka. Aidilfitri yang patut dirai dengan penuh kemenangan, tetapi telah dijadikan ibarat pesta. pesta kegembiraan bagi semua umat manusia yang lokla' lagi kalut. 

sedangkan mereka yang beriman dan bertaqwa hanya lebih suka melaungkan takbir tanda kemenangan. lebih kepada persiapan pada hujung bulan Ramadhan. sujud untuk menemukan dengan malam teragung, malam lailatulqadar. sedangkan kita hanya lebih kepada persiapan untuk menyambut kedatangan Aidilfitri. bermacam-macam persiapan.

kasut raya.
baju raya.
sampin raya.
songkok raya.
motor raya pun ada.
kereta raya juga. 
rambut raya. (haha)
bila aku sikat rambut, sedangkan rambut tak sampai setengah inci. aku tergelak sendirian. 

kadang juga aku tergelak bila melihat lagat manusia islam kini.

aku ingin sangat ingatkan pada diri aku dan kawan sekalian. ingatlah berbelanjalah seadanya, jangan ikutkan nafsu. cuba lah fikirkan nasib mereka-mereka yang tidak berkesempatan menyambut Aidilfitri. Aidilfitri bersahabatkan air mata. Aidilfitri diiringi dengan kematian. Aidilfitri ditemani dengan kehancuran. Aidilfitri diselubungi dengan peperangan.




lihat la wajah-wajah sadis mereka. ratap dan tenunglah baik-baik. peluk tangisan mereka erat-erat. genggam harapan mereka kuat-kuat. apa yang mereka ada? mereka ada Allah. tak kering dek gusi menyebut namaNya. tak kelu lidah berkata Allahu Akbar! tetapi kita??

dunia hanya tempat persinggahan. ia tak kekal melainkan syurga dan neraka Allah. wallahua'lam.
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.