27 Jul 2012

Dapat Syukur. Tak Dapat Sabar

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

bila sudah sampai masanya. pasti ia akan tiba. segala rasa cinta dari yang esa. itulah berupa dugaan hidup dunia.

tapi mereka tolak cintaNya. kerana mengangap ia malapetaka. walhal ia adalah pemberian yang mulia. untuk makhluk terpilih dari kalangan mereka.

memang sukar memang susah. menoreh getah dalam basah. tetapi ingat satu perkara. Dia hanya memberi mengikut kesesuaian para hamba.

makhluk berdoa tanda tiada daya. bila berdoa tidak makbul makbul pula. mereka sangkakan Dia tidak terima. walhal Yang Esa telah beri padanya.

ramai yang menyangka doa yang diterima, mereka akan dapat apa yang di pinta. apabila Dia tidak memberi apa yang mereka pinta, dikatakan doa mereka itu ibarat sia sia.

percayalah. apabila kalian berdoa untuk mendapatkan sesuatu. tetapi tetap juga kalian tidak dapat merasakan sesuatu itu. jangan lah kalian terseksa. kerana pintaan itu hakikatnya telah dikurnia. 

percayalah pasti ada asbab yang tersembunyi. di sebalik permintaan yang tidak dapat itu. sebenarnya kalian sudah dapat sesuatu yang lebih bernilai dan berharga dari yang kalian pinta. bak kata orang tua. ada hikmah di sebalik itu. ada sesuatu yang kita tidak tahu di sebalik pintaan yang tidak dapat itu. maka, itu dikira dapat. itu dikira pintaan kalian dimakbulkan. dimakbulkan sesuatu yang lebih bernilai.


jikalau dapat, syukur.
jikalau tidak dapat, sabar.


Read More

24 Jul 2012

Cerita Penjaja Jubah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

malam ke 4 mula berlabuh. umat Muhammad masih kuat berdiri teguh. apakah ini akan terus hingga ke akhir. atau akan jatuh tersembam di pasir.

walau peratusan kehadiran mula surut. namun tidak lah sampai  luka berparut. manusia sejagat bekerja siang hari. mungkin itu alasan yang diberi.

jari mula lenggok menari. itu tanda gembira pada diri. bukan gua minta tetapi takdir ilahi. berpeluang berjabat tangan dengan ustaz Nazrie.

jualan walau tidak seberapa. tetapi gua rasa tidak mengapa. perkara yang tidak pernah di impikan terjadi. bekas vokalis raihan angkut 2 helai tadi.

pesanan beliau malam tadi. agar Islam di sabah seluas bendang padi. malah mungkin seluas langit Ilahi. supaya Islam di sabah tidak daif lagi.

wallahua'lam.
Read More

16 Jul 2012

Haruskah Aku Bermula.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



saban tahun telah berlalu. dia tiada lagi di hatiku. yang dulu aku inginkan. telah hilang dari pandangan.

rasa rindu entah ke mana. rasa cinta pergi begitu sahaja. langsung tidak sebentar pun fikiran ini. memikirkan cinta sembunyi di hati. 

mati dan berkubur di satu lembah tidak berpenghuni. aku sangkakan tiada harapan lagi. yang tidak di tunggu kini hadir. itulah namanya takdir.

entah kenapa aku mula terfikir. bahawa dialah cinta terakhir. walau bukan terlalu istimewa. tapi cukup sekadar ada. 

yang dulu aku renung dari jauh. mengharapkan kapal cinta akan bersauh. ibarat permata dijadikan mata kail. ya, aku pasti ia tidak mustahil. dalam kesengsaraan jiwa memikir mana satukah cinta suci. tiba tiba dia tiba di jiwa terus terpatri.

yang dahulunya pergi tanpa pesanan. lalu kini datang masih lagi tanpa teguran. jangan kan menyapa jangan kan bertanya. sebutir kata pun tidak terungkap lidah bernyawa. 

hanya senyuman lahir di bibir. lesung pipit juga turut terukir. tiada suara adakah tiada cinta. haruskah hari ini aku bermula.

bermula dari langkah syariah islam. agar diri tidak hanyut tenggelam. 

#pesanan : puitis dari kepala. tidak bermakna ia cerita hamba. sekadar praktik latihan jari. membuatkan hamba tersenyum sendiri.

wallahua'lam.
Read More

25 Jun 2012

Rintihan Kecil (9)

Entah Kenapa Aku Ini.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

walaupun mentari bersinar menerangi. namun aku masih lagi kelam membelenggu. tatkala fajar sedang menyingsing. aku masih lagi kaku seperti batu.



entah kenapa aku ini.

hujung hari mula memuncak. itu tanda malam akan terpacak. aku sentiasa sedar bahawa palsunya kehidupan ini. namun aku masih lagi mengharapkan keindahan di sini. 

melihat mereka bekerja. aku berasa diri ini tidak berguna. melihat mereka berjuang. aku berasa jasad ini terbuang. melihat mereka berusaha. aku berasa tubuh ini sengsara.

entah kenapa aku ini.

hati selalu berbisik. tiada harta tidak mengapa. kerna ini semua sementara. yang kekal hanya Dia maha kuasa. walaupun diri ini nampak kuat. malah hati sekeras pahat. resah gelisah masih lagi mengikat. berpautan di seluruh jiwa. sampaikan diri ini kecewa.

adakah takdir ini akan terus pada diri. sampaikan meninggalkan dunia yang jelas tidak hakiki. aku sendiri tidak tahu.

entah kenapa aku ini.

mereka selalu berkata.
"tidak ada usaha, macam mana mahu dapat apa yang dikehendaki."
 "kau ingat rezeki datang dari langit"
"kau tidak berusaha lagi, memanglah tak jadi apa"

"kau ini memilih sangat."

dari mana datangnya usaha mereka. adakah memang hadir dari mereka tanpa tuhan yang menghadirkan kudrat untuk mereka berusaha. 

aku sering berbicara pada hati. apakah kau akan terus begini. sungguh kalau aku begini hingga akhir nanti. apa lagi yang boleh aku perkatakan. apa lagi yang boleh aku lakukan. aku redha.

aku sangkakan mudah.

namun begitu hati bergocak padu. seperti tidak menerima takdir aku. lalu aku jatuh tersujud. meminta supaya kuat sentiasa wujud. tetapi hati tetap tidak mengerti. perbicaraan itu sekadar sementara mengubat luka berduri.

tangis jiwa tidak terhenti. tangis hati terus membasahi.

ya allah. andai ditakdirkan aku mati di dalam kekufuran. apa lagi yang boleh aku lakukan. apalagi yang boleh aku perkatakan. sesungguhnya kau sentiasa bersama kami.
Read More