17 Sep 2013

Qaseh Narathiwat (jilid2)

"hah, kamu nak apa?" herdik pakcik Saleem
"hah! err. tak ada apa-apa. saja tengok pakcik masak. masak apa tu?"
"kenapa? cuba terus terang. pakcik ok. dulu rock juga." balasnya selamba sambil tersengih.
"hahaha" 

kami terus ketawa. pandai juga orang tua ini melawak. jelas sekali silap persepsi aku terhadap pakcik Saleem yang di mana selama ini aku menyangka dia hanya seorang yang serius dalam masakan dan tegas pada anak-anak.

"kalau saya cakap, pakcik jangan marah ya."
"cubalah cakap dulu. kalau benda tu buat aku marah, siap sedialah kamu." kata Pakcik Saleem.
"hahaha"

kami ketawa lagi.

"saya ingat hujung minggu ni nak ajak Qaseh naik bukit Broga. ah, apa nama tu. hah! jungle trekking."
"oh, tu bukan jungle trekking. itu nama dia hill trekking. hahaha."

memang tepat sekali. orang tua yang serius dalam masakan bukan sahaja tegas terhadap anak gadisnya. tetapi seorang yang ramah dalam kata-kata, dialah Pakcik Saleem.

"pergilah. kamu pun bukan orang lain. anak tuan kedai pakcik ni juga. kalau ada apa-apa yang berlaku. ayah kamu aku hentam dulu."

bukanlah banyak mana harta peninggalan arwah atuk pada ayah, tetapi ayah bijak dalam pengurusan harta. berbekalkan duit EPF dan hasil jualan tanah 3 hektar di skudai johor, maka berdirilah tiga buah kedai di tanah peninggalan arwah atuk di sini.

"hahaha, jangan fikir yang bukan-bukan pakcik. insyaAllah segala galanya berjalan dengan baik."
"pergilah, bawa dan jaga anak pakcik sebaik mungkin. banyak harta yang pakcik miliki, tidak ada satu pun yang lebih bernilai dari Qaseh."

 aku hanya mendiamkan diri. melihat pakcik Saleem mula beremosi.

"selepas arwah emak dia pergi. dialah satu-satunya harta yang tidak boleh dinilai pernah pakcik ada."

peperangan demi peperangan yang tidak pernah tamat. perjuangan yang katanya memperjuangakan hak sebagai orang melayu dan Islam di Narathiwat tidak pernah habis.

ulama' dan para ilmuan mereka berijtihad untuk menentang pro kerajaan thai atas nama Allah dan jihad di jalan Allah.

ibu Qaseh antara yang terbunuh dalam kejadian bom berani mati empat tahun yang lalu. entah dari pihak kerajaan thai ataupun pihak pejuang melayu dan Islam di Narathiwat, pakcik saleem sendiri tidak tahu.

 "pakcik. jangan kata macam tu."

sebak pula rasa hati. jiwa runtuh jatuh berderai. air mula bertakung di kelopak mata. tidak pasti samaada terlalu beremosi atau tidak tahan dengan pedih bawang merah.

"sudahlah, pergi duduk sana. pakcik sibuk ni."

pakcik saleem sengaja menukar topik. aku tahu, dia seorang yang tabah dan setia dalam perhubungan.

"saya kira dah dapat lampu hijau ke belum ni?" 
"mu nak lampu apa? kalimantan nok? bawalah. jangan lama-lama!"

ya Allah ya tuhanku. aku tidak tahu apa lagi untuk diucapkan. selain kata syukur ke atas Mu. angin sepoi-sepoi bahasa. perlahan lahan lalu menepis pipi. riang sekali hati ini.

aku tahu, orang tua mana yang tidak risau akan keselamatan anaknya, lebih-lebih lagi seorang gadis sunti.

Qaseh sedang sibuk membasuh pinggan di belakang dapur. aku berdiri sambil melihat kerenah dan celoteh dia dengan seorang rakan dari kampungnya.

"hah, apa kata big boss?" soal Qaseh.
"kamu rasa?"
aku hanya tersenyum. biarkan sahaja soalan itu terus menjadi teka teki. melihat wajahnya yang mula berkerut dahi itu membuatkan jiwa rock yang selama ini keras mula cair seperti lilin yang sedang menyala. cuma bezanya, aku tidak membakar diri.

bersambung... klik sini

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.