4 Sep 2013

Qaseh Narathiwat (jilid1)

"hah! kan aku dah kata, mana boleh aman dunia ni. selagi yang tumpang kat dalamnya bernama manusia."
"hem, macam-macam sekarang ni. tak tahu yang mana satu betul." 

aku terus terdiam. sambil membuka kotak rokok berjenama L&M. kopi tarik kurang manis nipis yang tadi panas, sudah mula menjadi sejuk. tidak terhirup walau sedikit pun.

terdengar perbualan Khai dan Ramli, berkaitan isu semasa yang di mana pattani pula heboh isu pengebom berani mati. walhal Narathiwat juga pernah berlaku sebelumnya. malam ke 21 Ramadhan menjadi semakin hangat dek topik perbualan kami.

secara tidak langsung, mengingatkan aku kisah lalu yang sudah lama usang berdebu. Qaseh, seorang gadis sunti.

"minum apa abey, makey dok?"

dengan loghat melayu kelantan, membuatkan kami kerap ke kedai tom yam Sri Narathiwat. mungkin nama kedai itu sempena asal usul mereka, Narathiwat.

"bagi kopi tarik kurang manis, nipis ya."
"nipih? gapo dio tu?"

aku hanya tersenyum. dia juga turut tersenyum. wajahnya biasa, tetapi perwatakannya yang tenang dan lesung pipitnya menyerikan lagi dirinya yang berkulit hitam manis itu. malam semakin kelambu, ditemani bintang-bintang beribu.

"gini mek, tarik banyok-banyok. hah yang haq tu takpo. tapi kopi dio jange banyok-banyok. bereh?
"ohh, bereh-bereh."

alahai manja sungguh suara itu. tak merdu, tetapi tenang bila mendengarnya. gugur kerak hitam yang menyelaputi hati yang keras ini. sejak malam itu, tidak lagi perlu pen dan kertas. asal ada saja aku di situ, kopi tarik nipis kurang manis sudah bersedia untuk dijamu.

hampir setengah tahun kami berkenalan dan bergurau senda. entah kenapa malam itu, hati ini berdegup kencang. malam itu, angin dari yaman datang menghembus. aku tidak tertahan. seperti ada sesuatu yang ingin diluahkan.

"Qaseh, hujung minggu ni free tak?"
"hah. kenapa?"

sejak hampir setahun di kuala lumpur ini. loghat lamanya semakin lama semakin pupus dimamah budaya kota raya.

"jom. kita jalan-jalan. naik bukit broga."
"uih. syok tu. tapi kamu kenalah tanya big boss."

sambil memuncungkan mulutnya pada seorang lelaki tua. oh ya, aku lupa. lelaki tua itulah yang bertanggungjawab memberi nafkah sebagai seorang bapa kepada anaknya, Qaseh. gugup, seram sejuk aku dibuatnya. nak ditelan mati emak. nak diluah mati bapak.

begitulah perasaan yang mengacau jiwa yang selama ini kosong. langsung tidak terfikir untuk mendapatkan cinta, melainkan pada tuhannya.

aku beranikan diri melangkah ke dapur gerai. pakcik Saleem sibuk memasak. keringat tidak lekang membasahi dahinya. terdetik aku di dalam hati.

"oh tuhan, begini sukarkah pengorbanan dan tanggungjawab seorang ayah?" 

bersambung... klik sini

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.