29 May 2012

Pembunuh Yang Sering Membunuh.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 



saat aku hampir kembali. kembali mati sebelum mati. pembunuh itu datang menikam terlebih dahulu. 
"aduh, sakit !"
 dia datang ketika aku separa sedar. aku seakan tidak mampu berbuat apa-apa. seperti terikut akan segala gerak gerinya. bagaikan dihembuskan asap candu ke muka. aku diam dan mengikut rentaknya. akhirnya aku di tikam. di tikam bertubi-tubi. habis parah jiwaku. hancur luruh batinku. 

segenap seminggu. aku pasti di hadiri oleh tetamu itu. tetamu yang berupa pembunuh yang hadir tanpa di undang. apakah caranya untuk aku menjauhi. bagaimanakah puncanya dia terus mengawal diri ini. walau aku berpegang segalanya dari Allah. tetapi batinku tersiksa. bagai terkena jutaan bisa ular hitam.
"adakah perjalanan hidupku di tulis akan terus dibunuh oleh pembunuh"
sampai bilakah aku harus dibunuh. apakah aku di takdirkan untuk sentiasa tewas. adakah suratan diri kosong ini tidak mampu membunuh si pembunuh. begitu banyak persoalan yang bermain di fikiran sempit ini. walaupun begitu. aku masih bersyukur yang amat besar. kerana masih berpegang pada hakikat yang sebenar.

aku juga cukup bersyukur. di kelilingi mereka yang terpilih dari kalangan yang terpilih. aku tidak pernah menyangka tetapi mempunyai sedikit perasaan. yang bahawa kami sekeluarga yang berpegang pada 4 perkara. namun tidak kesemua.
taat , jujur, syukur, sabar.
 4 perkara yang amat berat sekali. apabila di himpunkan ia menjadi satu perkataan yang lebih sering diucapkan. itulah redha. persoalannya, apakah kami akan selalu dibunuh. hanya menerima hakikat itu. tapi kami masih lagi lemah batiniah. 

bisa ular hitam masih lagi terus menjalar di setiap urat urat. mengalir seperti derasnya air menghala ke kolam puteri tatkala selepas hujan di atas gunung ledang. episod lalu dijadikan teladan. kisah lama sebagai nota pengajaran. walau dia kerap membunuh aku. dengan izin Allah. akan ku sabar. 
aku pasti kami semua akan kembali. walaupun di saat izrail merenjut nyawa kami. walau hanya sesaat merasai. kami tetap bersyukur. 
 walaupun bisa itu mengalir pantas. aku pasti suatu hari nanti. ular hitam mesti akan mati meskipun saat itu aku tidak lagi diberi kudrat untuk berperang dengan tangan. namun hanya cukup sekadar berperang dari dalaman. segala adalah dengan izinnya.

wallahua'lam.
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.