بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
tik. tok. tik. tok. tik. tok. bunyi yang sekadar di dalam hati kerna jarum saat yang tidak berbunyi. sesaat demi saat aku hitung. menunggu sang minit menjelma. tanda sentiasa menepati masa. setia menanti walaupun betapa beratnya mata. jam tangan Alba ditenung tajam. walaupun utas tali berderai. sungguhpun cermin water resist berkecai. aku setia menanti. sambil bertemankan minuman dan sepinggan nasi.
kesungguhan aku menunggu tiba - tiba aku terfikir sejenak. tidak ramai yang sanggup berkongsi sesuatu perkara atau ilmu pada seseorang yang tidak dikenali. melainkan guru - guru yang sedia berjuang demi masa depan pemimpin baru. mungkin takut disalah guna ilmu atau memang ingin dibawa sebagai peneman di alam barzakh. apakah setakat ilmu yang hanya berguna di alam lakonan ini perlu di banggakan ? adakah sekadar ilmu yang menguntungkan di persinggahan ini perlu disemadikan bersama sebujur badan yang kaku ?
"pi lah. pi lah bawa ke mati !" bisikan ammaroh yang tidak tertahan lagi.
bukan mahu disuap. bukan mahu dimanja. tetapi sekadar meminta pendapat. kadang - kadang aku terfikir sejenak. alangkah kasihannya mereka yang mengejar dan berlumba untuk mendapatkan segulung degree dan yang lebih atas dari peringkat itu. bermandi peluh. sampaikan kering menjadi kerak dan daki. sebahagian para professor yang hanya seakan mengangguk dan menggeleng. malah ada yang bisu. bagaikan membela anak ikan di dalam mulut.
sampaikan prefrontal cortex membina satu watak yang paling tidak disenangi manusia. kalut. serabut. tertekan. andai tersalah tekan button masih lagi ada button delete menjadi penyelamat. tetapi jika otak berasa tertekan. kemungkinan tekanan darah mula memanjat sehinggakan suhu mencapai cerek air menjerit.
tidak ada satu pun kemusykilan yang tiada jawapan tentang perkara duniawi. alam lakonan semata - mata. sujud dan tadahlah kedua tapak tangan kita yang kotor. pohon dan rayulah pada yang Esa. lafazkan surah Al Ikhlas 3 kali. Insyaallah berasa tenang malah seperti menyamakan khatam sebuah kitab suci lagi teragung. AlquranulQarim. selawat dalam - dalam. sehinggakan tembus ke dalam jiwa yang kotor lagi hina ini. sampaikan tertusuk pada tempat penyembunyian Khannas La'natullah.
ilmu manusia sekadar setitis air di lautan.
namun aku bersyukur. didampingi dengan tenaga pengajar yang tidak luput dari mencurahkan pendapat dan pandangan. walau kadang - kadang membuatkan aku terlena di tempat duduk belakang. walau kadang - kadang membuatkan aku mengelamun ke masa hadapan. walau kadang - kadang hujah - hujah dan alunan suara emas tidak dicoretkan pada sekeping A4. walaubagaimana pun, tetap bertimbun nota - nota hasil dari penulisan seorang rocker.
hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud;
"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (HR. Ibn Abdulbari)
namun aku percaya. tidak perlu segulung scroll untuk berjaya dunia akhirat. hujah yang dibikin bukan bererti untuk melemahkan semangat yang sedang berusaha gigih. tetapi hujah dibikin khas buat rakan - rakan yang tidak kesempatan melanjutkan pelajaran.
tetapi apakah kita terlupa. tetapi adakah kita terleka. tetapi benarkah kita terlena. akhirat yang pasti adalah tujuan kita hidup di persinggahan ini. jangan lah lalai tentang kebenaran AlquranulQarim. yang mati itu pasti. yang hidup semula selepas mati itu mesti.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)
dunia cuma persinggahan.....
ReplyDelete