bismillahilazim.
alhamdulillah. itu saja yang mampu aku luahkan dari dalam hati ini. setelah 2 bulan 10 hari aku bekerja. lalu aku memilih untuk kembali ke karier lama. ya, akhirnya aku bercucuk tanam semula.
tidak keserasian dalam sebuah organisasi lalu. membuatkan aku memilih jalan mudah. iaitu dengan berhenti kerja. aku tahu mereka kecewa. jelas terpancar di cornea. picisan. air mula bergenang.
walau aku gembira dengan keputusan ini. tetapi kebahagian ku terletak di senyuman mereka.
permulaannya baik sekali. namun aku lemah. tiada kudrat untuk melawan. lalu aku pun mengundurkan diri. kebarangkalian untuk aku terus berada di situ adalah sifar.
kini. aku mula mengangkat cangkul. parang mula diasah. otot lengan dan six pack mula timbul. anggur. itu saja buah yang aku tahu tanam. sayang. sayang sekali.
apa saja ikan yang muncul di depan. aku bersedia dengan joran. walau joran hanya pelepah kelapa. moga2 cukup makan minum keluarga.
aku tak kira gaji. yang penting aku bekerja dengan tulus,mulus dan halus. untuk sesiapa yang yang ikhlas memberi pekerjaan.(faham ke tak faham?)
wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment
kata murni sahabat2 gua.