21 Jan 2013

He's Come Back

bismillahilazim.

angin lalu menepis pipi. namun mata turut merasai. malam sunyi semakin tua. tanda isyarat untuk lena.

dalam kiraan matematik tahun ke 3 sekolah rendah aku, maka genablah minggu ini minggu ke 3 aku di beri satu hadiah. yang berupa amanah dan mendatangkan tanggungjawab kepada aku.

entah dari tingkat langit ke berapa dia turun ke bumi. dia tiba tanpa ku minta. dia hadir tidak ku khuatir. malah aku gembira dan senang. walau kadangkala kemanjaannya melampau, sampaikan melanggar hukum alam. 

wahai sang kucing makhluk hiasan dunia Allah. janganlah kau menjadi tuan yang memerintah diriku. kerna kau di cipta untuk memberikan kasih dan sayang pada manusia makhluk yang tidak pernah lekang dari membuat maksiat. maka kasih lah diri tuan mu. insyaallah akan ku jaga kau sepenuh ragaku.

tapi kalau lebih sangat manjakani kau. insyaallah tangan ku bagi. hihi. walau bagaimana pun, aku bersyukur ke hadrat Dzat yang maha Agung. setelah setahun satu minggu "kus kus" aku pergi. kini menjelma pula kus kus kuasa dua. 

serius. aku dah tak tahu nak bagi nama apa lagi. tapi bila dialunkan suara aku yang lunak memanggilnya dengan nama yang tertera di atas. dia datang. tapi kali ini kus kus kuasa dua belum cukup otai untuk menjadi raja rimba di taman rimba depan rumah aku.

jangankan jantan. kucing betina pun buli dia. kasihan. takpa. aku harap selepas 3 bulan dia pegi gym, dia akan mula belajar erti menjadi seekor kucing yang kacak seperti tuannya. insyaallah dia akan mengembalikan zaman kegemilangan kucing belaan aku yang lepas.

kepada kawan kawan gua yang parking motor depan rumah gua. jaga2. kus kus kuasa dua bersedia untuk merenjis baja pada motor kalian. haha.
lu ingat lu je ada sugar glider ? gua pun ada la !

1 comment:

  1. kus kus kuasa dua jadinya "kus kus kus kus" la =)

    ReplyDelete

kata murni sahabat2 gua.