16 Jul 2014

Sebab Kenapa Zionis Dicipta

free palestine


“ya tuhan, hancurkan lah mereka Israel Rejim Zionis”


apakah kau fikir tuhan sengaja mencipta Zionis, semata-mata untuk membedil rakyat Palestin?

apakah kau fikir tuhan sekejam itu?

tak lah. siapa kata?

********************************

tanpa Zionis, mungkin rakyat Palestin tak kan merasai nikmat JIHAD.

tanpa Zionis, mungkin rakyat Palestin tak kan merasai kemanisan SHAHID.

mungkin.

********************************

“jihad yang paling besar adalah berperang menundukkan NAFSU”

dengan wujudnya Zionis dan seangkatannya, maka kita juga dikurniakan jalan JIHAD.

di sini, jalan JIHADnya lebih besar. pelbagai juadah kemaksiatan dan kesesatan dihidangkan.

diperangi dari arah dalam. tak sedari luka hati sedang parah. tahu-tahu saja dah bernanah. berdarah. 

itulah JIHAD Nafsu.

alangkah, manisnya nikmat JIHAD menundukkan NAFSU ini jika berjaya digapai!

mungkin sebab itu Yahudi Rejim Zionis dicipta.

mungkin.

**********************************

tanpa kekejaman Zionis, seluruh umat manusia mungkin tak kan bersatu. mungkin.

lihat lah. betapa ramai manusia yang menyokong perjuangan Palestin?

berapa ramai manusia yang menghulurkan bantuan terhadap Palestin?

berapa ramai yang mengutuk sekeras-kerasnya ke atas kekejaman Zionis?

ramaikan.

kristian. budha. hindu. dan hampir segenap agama dan bangsa di dunia ini bersatu.

dengan adanya Zionis, maka bersungguh-sungguhlah seluruh muslim mengangkat tangan berdoa. hatta yang bukan Muslim sekali pun.

tidak kah kau lihat, kewujudan Zionis ini supaya manusia lebih mengingati tuhan?

mungkin itulah rahmat disebalik ujian ini. mungkin.

*********************************

kenapa tuhan tak cipta saja kesenangan dan rasa SYOK dalam jiwa manusia untuk mengingatiNya?

kenapa sampai perlu mencipta Zionis untuk biar manusia lebih mengingatiNya?

kerana makhluk di maqam insan[manusia] terlalu mudah lalai. leka. alpa. sombong. angkuh. poyo. 

ingat peristiwa adam hawa diusir dari syurga? kenapa?

kerana terlalu selesa di SANA. lalu mereka pun lalai dan leka. maka begitu mudah bagi Azazil[iblis] menghembus. menggoda.

itu adam dan hawa. inikan lagi kita.

***********************************

kenapa tuhan tak lenyapkan saja Iblis dan sekutunya?

kenapa tuhan tak musnahkan saja Nafsu yang tersulit di dalam raga manusia?

kenapa tuhan tak hancurkan saja neraka, agar semua makhluk yang dicipta aman bahgia di dalam syurga?

kenapa tak biarkan saja manusia, supaya tak digoda untuk ke arah kemungkaran. hari-hari senyum kerana mengingati tuhan. tanpa ada dugaan dan ujian.

***********************************

cuba lihat movie atau drama e.t.c. cerita tak kan lengkap jika hanya ada Hero dan Heroin! mesti kena ada MUSUH!

Batman musuhnya The Joker. Superman musuhnya Lex Luthor. Spiderman musuhya Electro . Ultraman musuhnya Raksasa. 

the hulk. ironman. masked rider. kamen rider. naruto. bleach. dragon ball. SEMUANYA ada MUSUH!

bahkan cerita jiwang, Kerana Terpaksa Aku Relakan pun ada MUSUH!

cubalah tanya director. kenapa setiap cerita mesti ada musuh? 

***********************************

kenapa tuhan tak halang saja adam sewaktu adam hampir saja nak petik buah khuldi tu?

kenapa tuhan tak ketuk saja iblis yang menyamar jadi ular, sewaktu menghasut hawa?

kenapa tuhan tak kunci segala pertanyaan kau, dan campakkan saja kau kat dalam neraka?

kenapa tuhan wujudkan kau yang tak mahu redha dan ikhlas dalam setiap ketentuan dan ketetapanNya?

saya tak tahu. terlalu sulit untuk dibongkar. terlalu sulit untuk dijawab. lebih-lebih lagi soalan kedua terakhir dan yang terakhir.

********************************

biarlah tuhan mengarang. ini cerita Dia. ini kisah Dia. bersangka baiklah padaNya.

kita sebagai hamba turutkan saja. kerana kunci kejayaan dan tujuan hidup setiap hamba itu adalah menggapai REDHA dan IKHLAS.

lihat batu. betapa redha dan ikhlasnya dia dalam hidupnya. walau dipijak-pijak oleh kita pendosa.

nak jadi batu? sanggup ke kena pijak?

*********************************

redha dan ikhlaslah dalam menjalani ranjau ini. memang ia penuh berduri. sampaikan air mata membasahi pipi. namun, itulah hakikat yang perlu dijalani.

ikhtiar[usaha] sehabis mungkin! 

namun hakikatnya, kudrat dan keinginan untuk berusaha itu datang dari Dia. tanpa izin Dia, tak jadi apa.

maka kembalilah pada Dia. tanpa Redha dan Ikhlas, apa bezanya kita dengan Iblis?

tak ada beza! nak jadi Iblis? terpulanglah.

dari Dia kepada Dia.
[ilham dan pandangan dari Dia kepada seluruh pelusuk makhluk ciptaan Dia]

*malah untuk ku jua*

wallahua’lam.

‪#‎prayforgaza‬ #gazaunderattack 

-cimie pendo-
part time writer
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.