17 Dec 2013

Kegembiraan Lambang Keharmonian ?

bismillahilazim.

 bibir terpaku. lidah terkelu.

andai satu masa nanti. saat anda berasa gembira. ketawa berdekah dekah. sampai tertitis air mata. sampai senak perut terasa. berhentilah sesaat. takkk! mungkin 3 hingga 4 saat. berhentilah sebentar ketawa terbahak bahak. lap air mata anda. tarik nafas. biarkan perut anda kembali kendur.

istighfar. istighfar. istighfar.

pada 3 hingga 4 saat itu. perhatikan sekeliling anda. lihat ragam manusia yang lain. andai tiada apa2. pejamkan mata. fikirkan sejenak nasib anda ketika kesusahan. siapa yang disisi? siapa yang menemani? siapa yang sentiasa berada di belakang anda? siapa !!?

adakah sebahagian dari mereka itu ada bersama sama. adakah mereka turut gelak terbahak bahak? kadang2 kita tak tahu. kerana sesetengahnya lebih suka memendam dan berdiam. itu lah pasal gua suruh anda lihat sekeliling. lihat ragam manusia yang lain.

dalam tidak sedar mereka. pasti akan tergambar dari riak wajah. walau tidak terluah dengan kata2. anda tetap akan tahu. bahawa mereka dalam kesengsaraan. kerana apa? kerana mereka adalah saudara yang mencintai dan mengasihi anda. kerana sewaktu susah dan perit, merekalah yang selalu disisi. sentiasa menemani. juga kenapa anda tahu? juga kerana anda kasih dan sayang pada setiap dari antara mereka.

waktu itu. baru anda akan berhenti gembira. sampai tertitis lagi air mata. tak pasti. tak jelas. anda mula keliru. rasa serba salah. nak ditelan termengkelan. nak diludah tak terkeluar. 

ketika itu juga lah. baru kita sedar. yang mana satu kaca. yang mana satu intan permata. nasi habis budi bersua. tetapi apakan daya. nak peluk gunung tangan tak sampai.

kegembiraan yang lebih bermakna bukanlah terletak di mana besarnya bunyi gelak tawa. tanpa berfikir dan melihat masalah sekeliling. tetapi ia akan lebih bernilai jika dikongsi bersama sama. walaupun hanya sekadar berkongsi ketawa. orang berbudi kita berbahasa. orang memberi kita merasa.

wallahua'lam.

1 comment:

  1. singgah :)
    kadanga2 tak bagus jugak kalau ketawa kerap sgt. bak kata orang
    ketawa banyk nanti menangis pula

    ReplyDelete

kata murni sahabat2 gua.