10 Aug 2013

Sampul Lama Kenangan Terindah

bismillahilazim.

hari raya

saban hari gua menanti. saat itu hadir juga. bila mana gua sudah mula digelar dewasa. sampul berisi wang raya tak ada lagi. sedih. rindu masa lalu yang terbuang. 

masa semakin mengajar gua erti kehidupan. betapa gua semakin meniti usia. semakin itu juga tanggungjawab berat gua memikul.

khuatir dan perasaan tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab itu perlu ada dalam diri setiap manusia. sebab manusia memang tidak ada daya melainkan dengan izin Allah Azza Wajalla.

bila tengok budak2 main mercun. budak2 kutip duit raya. seronok. terkenang zaman mercun gasing sebiji 50 sen. curi thunder king member. tapi bila tengok budak2 sekarang datang rumah orang layan tab. main i pad. gua rasa nak penamPAU.

hilang era kegemilangan guli dengan layang2 pakai surat khabar.

bukan nak salahkan sesiapa. tapi itulah takdir dunia semakin berakhir zamannya. dunia di hujung jari katanya. kalau dulu gua nak pegi rumah member. telepon dulu pakai telepon rumah. tapi sekarang dah ada FREE TALK. KAKAO TALK.

gua masih lagi simpan sampul duit raya ni. tahun lepas punya. sampul yang terakhir gua dapat. tapi tak pasti dari siapa. bukan apa. untuk mengingatkan betapa bujangnya gua sekarang ni. usia semakin meningkat. kematian pun semakin dekat. 

kalau sebelum2 ni gua post kad raya. tag kat facebook. tapi la ni tak dan dah. nak beli baju raya pun terbeli driller. 

pesanan gua satu untuk sesiapa yang masih lagi menerima duit raya. JANGAN BUANG MASA. siap sedia jadi orang dewasa. duit raya tu kalau banyak simpan dalam tabung. nanti boleh beli cincin 24 juta. boleh beli kapal selam. kalau tak nak naik kapal selam. boleh ambik kelas pi skuba.

walaupun hakikat aidilfitri tu cuma pada tanggal 1 syawal. dan gua rasa gua dah terlambat dua hari. tapi gua peduli hapa. gua ucapkan selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin. yang paling penting batin tu. benda yang tak nampak ni lah yang kita tak perasan.

gua maafkan lu semua. tapi kalau ada yang tak boleh ubat luka lama yang masih lagi berdarah. akibat dari perbuatan jahat gua. takpa. gua redha. itu hak lu. selamat hari sabtu 3 syawal 1434 hijriah.

wallahua'lam.
Reactions:

2 comments:

  1. gua lu gua lu...ehehe Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

    ReplyDelete

kata murni sahabat2 gua.