26 Dec 2011

Kelembutan Bukan Kelemahan


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ




selagi usus masih boleh berdikari menghasilkan najis. selagi urat otak masih menghantarkan pesanan. tidak akan sesekali aku cuba untuk berdiam berdiri. tidak akan aku menutup mata membiarkan mereka dianiaya. 

kerana Islam telah menaikkan martabat dan maruah terhadap mereka. apakah harus memperkecilkan mereka hanya kerana tulang empat kerat yang lembut. adakah harus menghina mereka hanya kerana 9 nafsu mereka. haruskah membisukan suara mereka hanya kerana mereka tidak boleh bergelar imam pada seorang suami.

adakah dan haruskah ?

mereka bukan sahaja sekadar memegang sudip stanley steel dan botol kicap cap kipas udang. tetapi mereka juga memproses susu terbaik dunia. mereka bukan sahaja sekadar memegang penyapu lidi dan penyodok sampah yang di beli di kedai satu barang rm2. tetapi mereka juga membersih dubur dan qubul seseorang makhluk yang digelar bayi.

kelembutan bukan kelemahan. bukan jua penghinaan dari tuhan. bahkan sebagai hiasan kecantikan. tetapi bukannya untuk dijadikan barang peragaan. lindungilah mereka dengan keimanan. peliharalah mereka dengan ketaqwaan. agar masing-masing bahagia bersama. insyaallah.

lindungi dan pelihara mereka.

mereka tercipta dari rusuk lelaki. dekat di bahu untuk dilindung. dekat juga di hati untuk disayangi. lindungilah mereka dari harta dan pujian. sayangi dan hormatlah mereka kerana mereka sebagai hiasan dunia. juga sebagai penyeri suami. kelak tidak akan binasa.

engkaulah wanita istimewa.

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.