apabila lengkap diucapkan. dengan penuh keyakinan dan ikhlas. maka lahirlah Islam pada sesiapa yang melafazkannya. ikhlas perlu ada dalam jiwa dan nurani masing - masing, agar tidak berat untuk melakukan perintahNya.. dan ringan didalam meninggalkan laranganNya.(insyaallah).
kalimah ini lah yang menjadi kalimah terAgung dalam kehidupan seluruh makhluk Allah. akan tetapi ramai lagi diluar sana masih lagi endah tak endah fasal kalimah terAgung ini. aku merasakan sangat sedih. hanya melafazkannya tidak dapat menjamin untuk kita menempah tiket syurga untuk satu dunia selepas ini. jenaka yang membabitkan Syahadah sangat mengguris jiwa seorang rocker ini. apakah kita tidak sengaja atau sengaja mengaja - ngajakannya.
walaubagaimana pun, aku tidak mahu menuding jari kelingking ini pada sesiapa. mungkin tidak sengaja, dan masih lagi ada kesedaran, maka pohonlah taubat seluas lautan. kerana Allah tidak jemu menerima taubat dari HambaNya.
sambil memerhatikan si pencari ikan(kucing mana la ni) yang masuk tanpa diundang. tiba - tiba terlintas soalan dari seorang sahabat di fikiran.
seorang sahabat bertanya: ada ke ulama' kat dalam malaysia ni?
sangat - sangat teruja untuk menjawab, tiba - tiba hilang jawapan aku. seolah - olah jawapan tadi di padam menggunakan pemadam hitam Faber Caster. aku hanya boleh memberi jawapan " ulama' bukan sahaja pandai dalam bab agama tetapi dalam pelbagai hal lagi seperti pentadbiran, barulah boleh memimpin." pada waktu itu, aku hanya membelai misai dan janggut halus. cicak - cicak bersuara seakan - akan mengetahui apa yang membuatkan aku hilang jawapan. apabila mendengar ulasan dan pengumuman dari seorang director, aku menjadi semakin sedih. kegemerlapan bulan dan bintang pada malam itu mula ditenggelami oleh awan hitam.
"saya telah merujuk pada ulama' sebelum menayangkan filem ini"
lebih kurang macam itulah ayatnya, diperjelaskan dengan nada yang yakin. aku mula bingung. aku mula pelik. aku mula meragui. ulama' mana yang membenarkan maksiat secara terang - terangan di tayangkan?
jelas si bukan mahrim bersentuhan dengan si bukan mahrim. bersosial. terdedah - dedah, sampai terkeluar tahi mata. bukan untuk menjatuhkan mana - mana pihak. aku juga bukanlah imam masjid, juga bukan siak surau, tak juga seorang ahli kitab, dan juga bukan ahli ulama' untuk menegur. aku juga menonton. namun adakah seorang insan beragama Islam ini(Insyaallah) tidak boleh menyuarakan tentang seperkara. tetapi pengakuan diatas membuatkan terbentuknya satu soalan yang akhirnya aku membentuknya dengan satu bentuk soalan.
ulama' mana yang membenarkan maksiat ditayangkan?
apakah itu cuma seperti sinetron pukul 2.30 petang yang mempunyai pelbagai sandiwara? untuk berselindung dari kesalahan dan menuding pada orang lain? tentang perkara besar itu (2 kalimah Syahadah) mungkin tidak disedari dari pelbagai pihak termasuklah " ulama' "yang dijadikan rujukan. sedangkan banyak lagi perkara yang jelas (bersentuhan). mereka - mereka yang tidak seharusnya dilibatkan. seorang yang alim ulama'. seorang yang pakar dalam Islam. seorang yang menjadikan dirinya jihad ke jalan Allah. bukan tidak boleh ! malah sangat - sangat diperlukan orang - orang sebegini dalam bidang ini bagi menapis segala kemungkaran dalam dunia perfileman. jangan lah sampai ada yang mengatakan " argh! ulama' pun buta ? "
deriauan kucing mengawan di pagi buta meremangkan bulu roma. membuatkan jari jemari mula kaku untuk meneruskan penulisan. namun masih lagi terkedu melihat, mendengar, komen dari seorang director.
persoalanya, adakah benar sebenar - benarnya ada " ulama' " yang diterjemahkan oleh director terbabit ?
Ya Allah, kami keliru. terlalu banyak sangat perkara yang kami jahil. bantu dan bimbinglah kami ke jalan Mu. tangan yang sadis lagi kotor ditadah, memohon hanya padaMu. agar kami ditunjukkan ke jalan Mu.
0 comments:
Post a Comment
kata murni sahabat2 gua.