Dimana kah Rindu
di sangka gembira pada malam kelmarin, belum tentu gembira pada keesokan harinya..
بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
sungguhpun mereka pergi, tidak bermakna kita akan perlu terus bersedih. rentetan daripada episod duka sejak dari 2 minggu lepas, membuatkan aku mula gigih menulis. pemergian atuk saudara dan pakcik saudaraku mengajar lebih erti kehidupan pada aku di dunia yang palsu ini. segelas kopi susu kambing aku hirup dengan penuh nikmat. tetapi adakah nikmat itu berkekalan hingga ke saat Izrail menjemput kita.
di pagi hari yang indah, masih lagi ditemani dengan dosa. (tidak terlepas juga diri ini). sedar tidak sedar, masa itu semakin hadir pada diri kita. tapi kita leka! botol kicap Bilal dan sos Puteri di tenung seketika. tenungan hampa seorang makhluk yang hina ini mengingatkan dosa kelmarin.
hina nya aku..
sering aku menangis di kala malam mula menjadi tua. dimana silapnya. bagaimana ia boleh berlaku. apa yang mendorong ia terjadi. mengapa ia sering menghantui. Oh dosa! aku cuba mencari jawaban yang pasti. alquran dan assunnah masih lagi tidak dapat aku mengekori. aku cuba untuk memahami dan mempraktik, namun sesekali aku tewas di medan fisabillah(ke jalan Allah).
kecewa nya aku..
maksiat di depan mata tak termampu untuk aku bersuara. seringkali berkongsi fasal hukum agama namun aku masih lagi didampingi dosa. nyata manusia akhir zaman selemah lemah Iman. pahit nya buah mengkudu pahit lagi yang aku rasakan bila melihat orang yang seiringan dengan aku malah keluarga sendiri terkena tempiasan dosa.
ada benar kata seorang sahabat,
kita marah bila orang buat maksiat, tapi apa kita buat untuk menghalang dia dari tidak melakukan maksiat.
kita sibuk post fasal dakwah pada status kita, tapi adakah dakwah itu menjadi amalan kita pada hidup seharian. kita jadikan nabi sebagai contoh yang baik, tapi adakah kita mengikut nabi dalam perjalanannya.
lagi sahabat berkata - kata,
insan selalu melakukan dosa, biarpun sebelum ini tekad tidak lagi ingin mengulangi dosa. itulah lemah nya iman.
kadang-kadang aku terfikir sejenak. apa kah aku harus meninggalkan hiburan yang sedia ada. ada kah aku harus melupakan rakan - rakan yang membawa aku ke jalan dosa. mungkin kah aku harus membuang segala kepalsuan dan kepura puraan dalam hidup aku. hakikatnya diri sendiri yang mendorong untuk melakukan maksiat. Astghfirullah !
sadis nya hidup aku..
apa yang cuba di cari hanyalah cinta dari Nya. tetapi, masih lagi tidak ditemui. apakah cinta terhadapnya hanya bertepuk sebelah tangan. segala surat menyurat tidak sampai ? terasa rugi apabila doa dan santapan rohani ini tidak sampai kepadaNya. ibarat surat yang di pos tanpa alamat. hanya mengetahui nama dan kebesaranNya. tapi tidak cuba mengenaliNya dengan baik. kalam Allah (alquran) di dendangkan dengan penuh syahdu. tapi tidak mengerti sepatah haram pun yang dialunkan. sedih !
hampa nya diri aku..
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
(Wa ila Rabb bika farghab)
Dan jadikanlah Tuhanmu sebagai tujuan [kerinduan] engkau semata!
surah al insyirah ayat 8
berilah kami cinta Mu kerana kami sangat mengasihani Mu.. wallahua'lam.
berilah kami cinta Mu kerana kami sangat mengasihani Mu.. wallahua'lam.
dunia ibarat jambatan ke akhirat, untuk perjumpaan yang pasti.. Tak perlu tinggal dunia, tak perlu meninggalkan sahabat yang membawa ke jalan dosa, putuskan silaturahim itu kan haram.. Tetapi sebaliknya, cuba lah sedaya upaya agar sahabat kita itu kembali ke arah yang satu.. lagi satu, Allah itu tidak jemu menerima taubat kita sehingga matahari terbit dari barat, tapi kadang2 kita sendiri yang jemu nak minta taubat..
ReplyDelete