26 May 2013

Bagaimana Untuk Tahu Blog DoFollow/NoFollow

bismillahiazim.

tujuan gua mengubah status blog kepada dari Nofollow kepada DoFollow adalah untuk meningkatkan komunikasi antara blog. lunda mesti suka menerima komen daripada pembaca yang singgah di blog lu kan. wink wink ! bila ada yang komen dekat blog lu, sebagai ganjaran blog lu akan memberi backlink kepada blog pengomen tersebut. 


perkara ini hanya berlaku kepada blog yang berstatus DoFollow. kalau lu komen dan letak link pada blog yang tidak mempunyai status Dofollow, ibarat seperti lu tidak komen blog tersebut. status DoFollow juga akan memudahkan search engine untuk mengikut link ke blog tersebut.


walaupun lu dah tukar status blog dari NoFollow kepada DoFollow blog, gua rasa ramai lagi yang tak tahu macam mana check sama ada dah jadi Dofollow blog atau masih NoFollow blog.


Untuk Fayerfoks : 

1. Dalam Firefox, terdapat DoFollow add-on yang lu boleh download. Pergi dekat Tools > Add-ons dan tulis dekat ruangan search NoDofollow.

2. Install NoDofollow add-ons dan restart Firefox.


3. Bila dah siap install dan restart, klik kanan pada mouse dekat mana-mana ruangan Firefox tersebut dan pilih No/Dofollow. Semua jenis Dofollow link akan bertukar menjadi warna BIRU dan NoFollow link akan bertukar menjadi warna MERAH



tips seo

untuk selain browzer fayerfoks :
lu juga boleh install SEOquake extension. bila lu nak tahu link blog tersebut DoFollow atau NoFollow, klik ke kanan pada SEOquake ikon dibawah skrin dan pilih  “highlight nofollow links”. Link yang berwarna merah menunjukkan ianya adalah NoFollow link.


tips seo

hah ? faham ke tak faham ? tak faham ? lantak lu lah. hahaha. salam.

cc pic : nick nashram.

entry berkaitan : 
1. Tutorial Ubah NoFollow Kepada DoFollow 
2. Tukar Blog Kepada DoFollow Untuk Dapatkan Lebih Banyak Komen
Read More

Tutorial Ubah NoFollow Kepada DoFollow

bismillahilazim.

sekarang gua nak tunjukkan sikit tutorial macam mana nak buat blog cap ayam kita ni daripada NoFollow kepada DoFollow.

Untuk Blogspot : 
1. Dashboard  > Design > edit HTML dan tick expand widget templates(tapi sekarang dah tak payah tick rasanya. kalau nak tahu maca mana nak edit html yang baru boleh lah tengok sini.)

2. Cari code seperti di bawah dengan menekan CTRL +F

  • <a exper:href='data:comment.authorUrl' rel='nofollow'>
3.  Delete code yang berwarna merah dan jadi seperti ini.
  • <a exper:href='data:comment.authorUrl'>
4. Preview terlebih dahulu dan kalau tiada error boleh save template.

Untuk Werdpres :
1.Download dan install plugin DoFollow je.

untuk pengetahuan lu. blog gua adalah DoFollow ! jadi komen bebanyak kat sini. hahaha. salam.

entry berkaitan : 
1. bagaimana untuk tahu blog DoFollow atau NoFollow
2. tukar blog kepada DoFollow
Read More

Tukar Blog Kepada DoFollow Untuk Dapatkan Lebih Banyak Komen

tips seo

bismillahilazim.

sejak lu jadi blogger, pernah tahu ke apa itu DoFollow/NoFollow ? haram jadah memang tak tahu sangat kan. macam gua baru hari ni baca dari blogger otai pasal natang ni.


Fungsi : 
memberi backlink percuma kepada sesiapa yang komen di blog yang menggunakan status DoFollow blog. Maknanya, sesiapa yang komen blog gua, secara tak langsung akan dapat backlink percuma sebab crawler dalam search enjen dapat membaca komen yang lu tinggalkan. pentingnya backlink kepada sesebuah website ialah semakin banyak backlink semakin tinggi googel pagerank website tersebut dan semakin gleymer lah website tersebut di enjen carian googel. So, kalau nak backlink percuma, sila tinggalkan komen lu kat sini. orait ? 

Kenapa ? Perlu ke ? :
gua rasa lu semua patut jadikan blog  DoFollow. So, apabila gua atau kawan2 lain yang blog DoFollow komen kat blog lu, secara tak langsung gua dan kawan2 lu akan dapat backlink juga. bayangkan kalau dapat backlink percuma dari 100 bloggers berpagerank tinggi. mesti pagerank lu juga akan naik! ish.. faham ke tak ni??

Do follow juga menaikkan semangat untuk pengunjung memberi komen. gua kalau jumpa blog yang dah tukar status jadi DoFollow, confirm gua komen. tapi kalau nak komen kat entry gua, jangan spam komen sudah la. komen dengan ikhlas. wokeh ?



Blogspot ? Apa Masalah ? :
Blogspot pada asasnya telah diset semua blog secara default ialah NoFollow. ini bermakna Googel bot tidak akan lihat link-link yang berada di dalam komen. So, kalau lu komen blog yang tidak menukar status kepada DoFollow pun tak ada guna. buang masa dan tenaga je. baik cari blog yang Do Follow. dapat free backlink. 

so, ish gelilah. ok. jadi, kalau lu nak tau lebih lanjut tentang DoFollow ni. tunggu. dalam 30 minit lagi gua update. salam.


entry berkaitan :
1. bagaimana untuk tahu blog DoFollow atau NoFollow
2. tutorial ubah NoFollow kepada DoFollow
Read More

23 May 2013

Ping Entry Anda

ping blog


Bismillahilazim.

gua rasa dah hampir 2 tahun blog inspirasi gua ni di alam maya. mungkin satu tempoh yang agak lama jugak. tapi baru 2 bulan lepas gua mula mengkaji, macam mana suara jalanan gua ni dapat di pertengahkan.

akhirnya setelah mentelaah apa itu seo ni. dapat lah gua beberapa tips untuk mempromosikan blog cap ayam gua ni. ada banyak cara sebenarnya nak promote lu punya karya. sama ada dekat fesbuk ataupun twitter lu.

dan sejak dua tiga menjak ni. gua jarang update entri. melainkan join segmen yang dianjurkan oleh blogger2 yang pemurah. sebab gua sangat sebuk ping entri kat servis ping yang ada kat alam maya ni. mengeping jugak termasuk salah satu kaedah SEO.

selain gua ping kat fesbuk dan twitter. gua cadangkan lu ping kat mana2 web yang sediakan servis mengeping entri lu. bagi yang cap ayam macam gua boleh lah ping kat sini.

contoh :
1. pingler
2. ping my blog
3. apesal dot kom
4. gila ping dot kom
5. ping je
6. busuk dot orang

sebenarnya banyak lagi web yang menyediakan servis ping ni.cuma gua tak larat nak update entri je ni. HAHA. selamat mencuba.

wallahua'lam.
Read More

5 Faktor Kenapa Blogger Give Up

give up


1. Copy Paste
kebanyakan blogger ada stail yang tersendiri. kalau lu stalker blog otai2, memang power dan licin diorang punya ayat. bila lu kopi kebanyakan blog tanpa modifai pengisian lu. maka lu akan tewas. lu rasa kalau blog cap ayam macam gua ni ada ke kat renking atas bila serch enjen? 

maka gua ulang lagi. lu akan tewas pada blog yang lebih popular dan yang berada di renking yang teratas. bila orang dah pernah baca pengisian yang sama. lepas tu jumpa blog lu yang kopi pes bulat2. memang lu akan di cop sebagai blog cap ayam macam gua(mungkin lu lebih cap ayam sikit dari gua. haha).


2. Topik Syok Sendiri
bila gua usya kebanyakan blogger sekarang. rata-rata yang jadi follower gua masih lagi ander twenti. kadang2 gua rasa cemburu bila tengok usia muda macam lu dah celik i.t. tapi tu lah. bila ander twenti yang mula mengarang. kebiasaannya cerita pasal peribadi. 

kadang2 gua tengok cerita pasal hari ni dapat makan ais krim baskin robin percuma. tapi kalau blog lu memang dah ada peminat setia. lu cerita hari ni lu sembelit pun ada orang yang stalker(tu apa gua kisah?). tapi gua ulang. kalau cap ayam macam blog gua. memang macam haramlah. siapa nak tahu? lu bukan pablik figer pun. 


3. Demi Duit
memang ramai yang mula berblog sebab Ringgit. bukan sebab minat menulis atau ingin berkongsi pendapat. gua tahu, kebanyakan orang mula menjadi blogger bila dapat tahu dari blogging boleh dapat kan keuntungan. 

apa lu orang ingat senang ke? kalau lu ada bisnes boleh la. ni pun tulis cap ayam macam gua. nak earning naik? boleh jalanlah(gua pun rasa macam nak jalan dah ni). bila earning tak naik2. minat lu akan mula berkurang. dan blog mula bersarang.


4. Terlalu Banyak Blog
bila lu banyak sangat blog. percayalah, bukan setakat kepala hotak. silap2 semua kepala kat jasad lu pecah. tenang2 saja. tengok gua. baru satu blog dah bersarang. 

tapi kalau memang lu 24 jam mengadap leptop atau blogger sepenuh masa. gua rasa tu tak jadi masalah buat lu. jangan kata dua. mungkin 20 blog pun gua rasa lu boleh hendel.


5. Ikut Orang
sebelum lu nak buat blog. pernah tak lu terfikir kenapa lu nak berblog? gua bukan nak kondem lu. tapi tempias jugak kat gua. dulu bila ada orang niaga beger. gua nak niaga beger. bila ada orang pakai fone android. gua pun nak pakai android. 

bila ada yang pakai blekberi. gua pun nak pakai blekberi. bila ada orang pakai vespa. gua pun nak pakai vespa. bila gua kenang kembali. semuanya tak menjadi. 

tahu kenapa? sebab kita ni terlalu sangat ikut nafsu ammaroh. sama jugaklah macam blogging ni. cuma orang yang betul2 minat menaip. minat menulis. banyak perkara yang nak dihujahkan. banyak perkara nak diluahkan. jadi gua sarankan lu boleh berblogging macam gua. 

cuma satu tujuan gua berblogging. iaitu perjuangan gua sebagai seorang rocker jalanan. gua nak buktikan yang si jalanan bukan untuk di prasangka burukkan. jadi sebab itu gua berblogging!
Read More

22 May 2013

Apa itu Seo

bismillahilazim.

hari ni, gua telah dikurniakan kudrat dan iradat dari Allah yang Maha Agung. untuk meneruskan penulisan di blog cap ayam gua. Alhamdulillah.

entah kenapa bila gua hadap blog dari kalangan blogger yang masyhur. macam justkhai. tutorial untuk blog. dan lain2 lagi blogger otai. pasti ada menerangkan tentang SEO.

gua sebenarnya tak tahu menahu apa itu SEO. tapi bila gua search kat pakcik googel tentang "cara untuk menaikkan trafik blog". mesti perkataan SEO ni yang keluar.

oleh itu gua pun teruskan pembacaan penulisan blogger otai.

apa itu SEO :

Search Engine Optimization. atau erti kata lain, nak mengoptimumkan link blog lu kat carian enjen google atau sebagainya.

bila lu rajin buat kaedah SEO ni. insyaallah tak lain tak bukan search enjen akan letakkan senarai link blog lu kat bahagian teratas sekali bila search kat enjen. samaada guna googel ataupun mozilla fayer foks.

cuba tengok sini.
seo blogger

bila gua search apa itu SEO terus keluar ni. kalau lu perasan blog yang kat atas tu nama dia tutorial untuk blog. maknanya, web blogger tu memang cukup power. pasal gua search secara random. tapi link blog dia yang keluar mula2. itu lah tujuan SEO!

banyak cara/kaedah SEO ni. kadang2 sampai kita sendiri tak perasan kita pernah buat. bila lu rajin lawat dan singgah blog blogger yang lain. sambil tinggalkan sedikit rasuah kata2 manis. 

contoh.
chatting box

tengok. ada yang kuat lentang kat sini lah. ohsem basikal dia la. oh cantiknya basikal lah. tu semua boleh membuatkan blogger lain terharu seperti gua. lalu gua pun klik la link diorang tu. 

maksud gua kat sini kira lu dah tinggalkan jejak lu kat blog gua. dan kemungkinan gua akan klik jejak lu dan lawat blog lu yang tak cun tu. jadi kat situ, lu dah dapat satu page view. hah! kan dah naikkan trafik blog lu kat situ. tapi satu je lah. haha. ok. lah gua nak tido. salam.

baca lagi sini : 
Read More

19 May 2013

Description Terbaik Dari Blogger.

Dunia ialah tempat untuk orang2 yang berduit. Kalau kita berduit, kita buat salah, orang yang akan minta maaf kat kita. Kalau kita tak berduit, meskipun bukan kita yang buat salah, kita yang kena minta maaf. Dunia neh tiada tempat untuk rakyat biasa yang hina macam kita.  cc: dunia ameno.


Bila kita sayangkan sesorang biarlah dengan hati yang ikhlas. ikhlas pada pasangan. ikhlas pada diri sendiri, yang paling penting ikhlas kepada Allah. itulah yang terbaiknya. Tanpa keikhlasan kepada Allah tak mungkin rasa sayang itu akan kekal buat selamanya.  cc : haniey yang suwit.

Sepi, Indah, Dilema, Suka, Duka, itu lah kehidupan.  cc : kriss hana

Ada masa kami SERIUS, banyak masa kami MEREPEK. Ada masa kami MENGUTUK, banyak masa kami DIMAKI. Ada masa kami GENIUS, banyak masa kami GILA. Ada masa kami COOL, banyak masa kami MORON. Ada masa kami PENCINTA WANITA, banyak masa kami PERVERT. Ada masa kami BERBARIS dan BERPAKAT, banyak masa kami LUDAH semuanya. Never Fear, We Are Your Friendly Stupidhood!  cc : buasir otak

semua orang ada sejarah hidup yang lampau . dan di sini saya berkongsi bagaimana perubahan itu menerpa . hidayah datang menyapa lalu hati terpaut . SUBHANALLAH . sesunguhnya HIDAYAH ITU PERLU DICARI BUKAN DINANTI.  cc : luahan hati pakai keyboard

Hiduplah seperti lilin yang menerangi kehidupan orang lain, bukannya seperti duri yang menyakiti orang lain.   cc : budak skema

Ahli dunia merebut dunia bagai anjing merebut bangkai. Sedangkan di saat kematian mereka, dunia yg akan mereka bawa bersama hanyalah KAIN KAFAN yang membalut tubuh yg terbujur kaku di liang lahad. Lantas, untuk apa kita rakus mencintai dunia sehingga lupa akan persoalan halal dan haram ?  cc : sang musafir

dalam banyak2 gua stalker kat fesbuk diorang. kat blog diorang. gua rasa setakat ni, cuma ini saja ulasan yang paling buat mata gua pandang berulang ulang. lidah gua berucap berkali kali. semua penulis yang hebat. :D

kadang2 permulaan ayat itu penting bagi seorang penulis. sebab perkara tu menunjukkan lu yang sebenarnya. ambik note!
Read More

KUCINGHITAM:GIVEAWAY

klik banner utk join..

Read More

18 May 2013

Touch Up

ni pertama kali gua touch up pakai ps cs5. biasa pakai crayon saja. hermm..



touch up



Read More

Segmen: Tingkatkan follower ke-xxxxx by N.A.D.I.A


follower gua setakat ni : 290

mari le join ramai2. eratkan ukhuwah sesama ummah. jom2.. tapi sebelum join komen dulu kat gua punya kotak komen. boleh? hahaha.

Read More

Duo Big Giveaway!


"Duo Big Giveaway!
Due Date 8 Jun 2012
Click Banner!

Big Thanks To :
Nabila Medan, Shafawi, Mizna Online Shop, Zuwairish Shophouse Page, Easy Boutique, Fizgraphic, Faizah Wahab, Norbai'ah, Addin Aisyah, Mahirah, Dyba, Salamah Qalish

Read More

16 May 2013

Siapa Kita ?

bismillahilazim.


anak kecil

saat meneguk air kosong. sambil bersengkang mata memerhati. lalu gua terjumpa satu gambar, yang bisa menggambarkan siapa gua sebelum bergelar remaja. hanya budak !

ya. hanya si kecil tidak tahu erti kehidupan yang sebenar. kosong. sayang. ramai kanak kanak berfikiran kosong. tidak seperti mana kanak kanak yang hebat, iaitu Ali Abu Talib.

kecil kecil lagi sudah tahu apa itu perjuangan. menegakkan panji panji kebenaran. melawan hawa nafsu. tetapi kita ? hanya di kibarkan dengan alunan cerita kartun dan animasi. hanya di lemparkan bau bau ketakutan pada bayangan malam.

oh. gua hampa. saat penaipan gua buat hujung hujung waktu malam. timbul sejenak perkara yang hebat dan tidak pernah gua duga akan lahir dari benak fikiran.

kita seronok bermain. kita gembira di lego land. kita menangis kerana ubat yang pahit. kita bersedih kerana sakit. pernahkah kalian fikiran kan ?

siapa yang mengizinkan semuanya? siapa yang memberikan ketawa? siapa yang memberikan air mata?
minyak gamat di tepi keyboard di hidu dalam dalam. oh nikmat aromanya. tetapi siapa yang memberi izin untuk gua menghirup bauan itu ? siapa yang memberi izin untuk gua merasakan nikmat aroma itu ?

tiada jawapan yang lain. kerana hanya Allah yang izinkan. setiap pergerakan walau sekecil zarah. walau sepekat darah. adalah dengan izin Allah. sedar tidak sedar. kita tiada daya dan upaya. melainkan dengan izin Allah yang Maha Agung.

gua mohon kita jangan takbur dan egois dengan pemberian yang sebentuk buih di seluas lautan. apa pun yang terjadi yang berlaku pada kita sudah di tentukan. begitu juga gua.

gua mohon ampun dan maaf jika berlaku kesulitan dan kesalahan yang bisa membuatkan kalian hampa dan pandang rendah pada gua. kerana gua hanya makhluk yang tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah Yang Maha Agung

لا Ø­َÙˆْÙ„َ Ùˆَ لا Ù‚ُÙˆَّØ©َ اِÙ„َّا بِاللّÙ‡ِ
Read More

Taufiq Dan Hidayah Milik Siapa?

bismillahilazim


hidayah taufiq

ada satu malam yang sunyi. tiada lagi bunyi ekzos rempit di kawasan tempat gua berpacak niaga. sedang gua mengelamun seminit. maka gua di datangi seorang sahabat. cerita hanya bermula apabila dia membuka serangkap pantun.

pantai cantik tesergam indah.
laut lebar luas terbentang.
mencari redhaNya apakah sudah.
kerna ajal pasti datang.

beberapa isu semasa dan ilmu perniagaan mula dibincangkan. setelah penat bertekak. gua pun diajukan satu pesanan.

"kita kena minta supaya di beri hidayah dan taufiq. supaya tak hanyut di perbatasan. barulah Islam boleh tegak megah berdiri atas nama Allah."

setiap inci perkataan itu gua ukurkan. ternyata menimbulkan pelbagai persoalan di fikiran. lalu gua bertanya.

"macam mana nak dapat hidayah ? sedangkan diri sendiri tidak tahu apa itu hidayah. malah memang tidak mahu ambil tahu langsung pasal hidayah. ni kan pula diri sendiri hendak berdoa untuk mendapatkan hidayah"

keheningan malam tetap damai walaupun bunyi ekzos RR mula kedengaran. dia hanya terdiam seribu bahasa. lidah terkelu bibir terpaku. dalam kiraan jam casio pemberian abang gua, hampir sahaja 2 minit berlalu. akhirnya dia akur.

"ya. hidayah dan taufiq itu milik Allah. Allah memberi kepada sesiapa yang Dia kehendaki."

cerita dan kisah gua dan sahabat diatas bukanlah bermakna gua suruh kalian berhenti berdoa. segala yang terbuku di jiwa gua, gua coretkan.

memandangkan masih ramai yang jahil tentang agama.(termasuk diri kotor gua sendiri) eloklah kita berpesan pesan di antara ummah.

andainya ada yang menolak. samaada dengan cara yang menghampakan atau menjelikkan. biarkanlah. mungkin takdir hidayah itu belum sampai diri. ataupun memang takdir dia didalam neraka. seperti mana abu jahal dan konco2 nya. janganlah kalian pula memerli dan menuding jari. apa kalian tidak perasan bahawa hati kalian sendiri kotor. kerna terlalu mengikut amarah. yang timbulnya perasaan riak dan ujub.

teruskanlah berdoa pada diri sendiri.(bagi yang ingin kan hidayah dan taufiq). dan jangan lah lupa juga untuk mereka yang belum sampai takdirnya. agar sama2 mendapat rahmat Ilahi.

ingatkah kalian pada Amirul Muminin. apakah kisahnya sebelum Islam ? tetapi bagaimanakah pengakhiran riwayat hidupnya ?

tetapi jangan jadi seperti tunggul yang tegak berdiri. mungkin juga ada yang condong. yang senyap walaupun dihina dan dicaci.

akhir kata,Islam untuk Semua.

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56).
Read More

13 May 2013

Tiga Amalan Boleh Membantu Ketika KIta Sudah Mati

bismillahilazim 

amalan

ada tiga yang perlu ditinggalkan oleh si mati di dunia. sebelum si mati itu mati. 

pertama : ilmu yang bermanfaat.
ilmu yang bermanfaat ni. kalau kita sampaikan pada seseorang yang berguna. insyaallah orang yang berguna tu akan terus menerus sebarkan ilmu yang bermanfaat tu. 

setiap satu penyebaran tu. dapatlah sikit side income kita bila kat dalam kubur tu. insyaallah.

kedua : sedekah jariah.
kalau banyak sikit duit tu. boleh lah share2 sikit dekat mereka2 yang lebih memerlukan. kadang2 tak payah tunggu nak kaya sangat. baru nak menghulur. contoh. lu nak beli ais kacang. ais kacang satu 3 riyal. tapi lu ada 5 riyal. kalau lu beli satu mesti ada balance 2 riyal. kalau rasa berat sangat. nak sedekah 2 riyal tu. gua cadangkan lu boleh lah donate 1 riyal. 

tapi kalau berat sangat. pi beli gula2. 20 sen dapat 4 tu. lepas tu bagi kat budak2. bagi elok elok. jangan campak macam bagi ayam makan. tapi gua rasa lagi bagus lu pi cari balang tabung untuk pembinaan sekolah ke. pondok ngaji ke. hah! insyaallah itu lebih barokah lah. walau pun nilai yang lu bagi tu cuma 20 sen.

ketiga : anak yang soleh.
anak yang soleh ni. kalau kita adalah. insyaallah dah tak payah suruh2 dah. tak sempat pun kita pandang dia nak suruh basuh kain. dah bangun dah pi basuh kain. silap2 siap belikan kain baru untuk abah dan mak. jadi. 

jangan risaulah bila kita mati. insyaallah ada yang tolong sampaikan roh2 harfun untuk temankan kita kat dalam kubur yang sentiasa BLACKOUT tu. 

tapi gua tak blaja tinggi. ilmu yang gua ada pun macam tak bermanfaat sangat. lagi pun gua bukan orang yang sentiasa kocek kembung. tapi sekurang kurangnya gua boleh belikan kucing gua ikan kembung. insyaallah. dan yang paling penting gua tak nikah lagi. jadi.....

andai gua mati esok. atau malam ni lah. atau paling cepat pun lepas publish entri ni. gua harap lu all semua maafkan gua seadanya. bukan apa. nak permudahkan. nak melicinkan time perbicaraan kat padang mahsyar nanti. lu senang. gua senang. insyaallah. 

gua tak dapat tinggalkan apa2 untuk tatapan  lu all. gua tak mampu apa2 pun. jadi gua tinggalkan Allah untuk lu all. Dia lah yang akan menjaga lu. Dia lah yang akan memberi rezeki lu. Dia lah yang akan memberi kasih pada lu. Dia lah segala gala buat semua ummah. bukan sekadar ummah manusia. malah ummah malaikat. jin. syaitan. iblis. azazil. tumbuhan. hayawan. 

wallahua'lam.
Read More

12 May 2013

GILA GILA Giveaway by Alja

klik banner utk join.. :D
Read More

7 May 2013

Jangan Menangis Nurani



Jangan menangis..NURANI.
Jangan bersedih..NURANI.
Pandanglah bintang.
Pandanglah langit.
Kita tak lagi ubah Malaysia.

Jangan menyerah..NURANI.
Jangan berdendam..NURANI.
Apa dah tulis.
Apa dah takdir.
Kita tak mampu meronanya.

Biarkan saja masa. yang membongkar rahsia.
Mengapakah Bn menipu. kan dah besar.
Sedang perjuangan kita.
Bukan kita yang menyusun.
Al-kisah sampai ke akhir cerita.

Biarkan bn sambut kemenangan.
Biarkan diorang bersorakan.
Kasih TERHIJAU. tetap di simpan.
Cinta rapi di dalam.

Cinta rapi di dalam. cinta rapi di dalam. cinta rapi di dalam. puih! bn penipu.

(sapa2 pandai main gitar. kod dia sama dengan nurani-kristal. tq)
Read More

3 May 2013

Tolong Pilih kan Untuk Aku.

bismillahilazim.

aku tak nak cakap banyak. aku nak minta pendapat korang semua. mana satu lagi rare? warna emas atau hitam. nak buat logo jersey ni.

tolong aku. hihi.
no.1

no.2

no.1 no.2

Read More

1 May 2013

Rahsia Disebalik Serban Besar Sultan Empayar Islam Uthmaniah

bismillahilazim.

Serban Islam

SERBAN BESAR yang dipakai oleh Sultan Islam Uthmaniyah bukan sahaja sekadar untuk menutup kepala, atau mahkota SAHAJA , tetapi juga sebagai kain KAFAN baginda sendiri . 

Menjadi syarat kesultanan : yaitu seseorang yang yang menjadi sultan , dia mestilah menjadi seorang mujahidin di medan perang.

Disamping itu juga , dengan memakai serban yang merupakan kain kafannya , menjadikan baginda Sultan sentiasa mengingat akan kematian .

Salah seorang dari mereka , Sultan Murad , yang syahid ketika berperang menentang Rom , baginda dikafankan dengan kain serban yang dipakainya.


wallahua'lam.



Read More

SPR Kantoikan Kesilapan Mereka.

BERIKUT adalah kenyataan penuh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan bahawa dakwat kekal yang digunakan semasa proses pengundian awal pada Selasa dikesan boleh dipadam. Kenyataan ini dikeluarkan lewat Isnin malam.

1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima maklumat berlaku penyebaran gambar melalui laman sosial mengenai pendedahan oleh seorang pengundi awal bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jarinya mudah hilang dengan membasuh jarinya. Gambar jari yang dakwat kekal itu telah hilang dimuat naik dan disebarkan melalui laman sosial. SPR juga telah menerima maklumat bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pemimpin parti politik berkaitan perkara itu.

2. SPR ingin memaklumkan bahawa SPR telah membuat beberapa kali ujian terhadap dakwat kekal itu sebelum ia dibekalkan untuk digunakan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Terbukti daripada ujian-ujian itu, dakwat itu kekal bagi tempoh 5 hingga 7 hari.

3. Berikutan dengan laporan polis itu, SPR telah berbincang dan mendapat maklum balas kemungkinan perkara itu berlaku disebabkan oleh kegagalan sebahagian daripada petugas SPR untuk mematuhi cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal. Sebaik selepas SPR menerima laporan polis dan maklum balas itu, suatu arahan telah dikeluarkan kepada semua petugas SPR untuk mematuhi cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal.

4. SPR juga telah membuat beberapa ujian menggunakan dakwat kekal pada 30 April 2013 terhadap pegawai-pegawai SPR yang telah mengundi secara pos. Sebahagian daripada mereka ini telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang dan sebahagian yang lain pula telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya telah digoncang. Hasilnya, SPR mendapati jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya telah digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan jari mereka yang dicalit menggunakan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang. Ujian ini dibuat berdasarkan kepada cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal.

5. Sebagai tambahan kepada perkara yang disebut terdahulu, SPR akan mengadakan suatu demonstrasi kepada wakil media pada 2 Mei 2013 untuk menunjukkan bahawa dakwat kekal ini jika dicalitkan pada jari pengundi mengikut cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal, dakwat tersebut akan lebih kekal di jari pengundi. 

6. Walau apa pun kesan dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi pada 30 April 2013 tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari pengundian biasa kerana nama mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi pada 5 Mei 2013. 

7. Oleh itu SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 ini selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Sekian dan terima kasih.

Datuk Kamaruddin Mohamed Baria
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
30 April 2013


sumber : http://www.astroawani.com/election/news/show/kenyataan-spr-mengenai-dakwat-boleh-padam-13226



Read More

Cerita Lawak - Ayah Dan Anak

Ayah : nak, tolong ayah belikan minuman sejuk ya...
Anak : coca cola atau pepsi ?
Ayah : coca cola..
Anak : tin atau botol ?
Ayah : botol.. Anak : besar atau kecil ?
Ayah : hoi !! Pegi beli je la..!!
Anak : natural atau mineral ?
Ayah : MINERAL !!!!
Anak : biasa atau sejuk ?
Ayah : PENYAPU MANA PENYAPU ??!!!
Anak : pnyapu bulu atau pnyapu lidi ?
Ayah : ARRGGHH... MCM CKP DGN BINATANG !!!
Anak : monyet atau lembu ?
Ayah : KELUAR KAU DARI SINI...!!!
Anak : sekarang atau besok ?
Ayah : SEKARANG !!!! Anak : ayah nak ikut ke tak ?
Ayah : Karang ade jugak yg aku bunuh !!!
Anak : bunuh pakai pisau atau tembak pakai pistol ?
Ayah : tembak pakai pistol !!!
Anak : dikepala atau diperut ??
Ayah : ARGHHHHHHHH !!!!
*ambil pistol tembak kepala sndiri*


jom like : 
Read More