29 Aug 2011

Ingat wahai si suami


Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami perasaan dan diri mereka semasa mereka sedang sarat mengandung. Ini adalah kerana pada waktu tersebut, keadaan emosi mereka tidak begitu stabil dan memerlukan bantuan dan sokongan padu daripada orang lain terutamanya daripada suami tercinta. Tetapi mungkin masih ramai para suami yang berada diluar sana yang masih lagi tidak berjaya untuk memahami situasi dan keadaan isteri ketika mengandung. Sebagai suami yang soleh dan mithali adalah wajar bagi anda untuk melakukan 9 perkara dibawah ini ketika isteri anda sedang mengandungkan zuriat anda agar mereka sentiasa ceria dan sihat sepanjang tempoh kandungan yang mencecah 9 bulan itu.
1. Luangkan masa bersama isteri- Sebagai seorang suami yang mempunyai pelbagai tanggungjawab samada di rumah mahupun di pejabat, sudah tentu adakalanya anda berkemungkinan menjadi terlalu sibuk dengan urusan-urusan yang perlu anda selesaikan. Tetapi, usah jadikan ini alasan untuk tidak meluangkan masa anda bersama isteri tercinta. Anda perlulah berusaha sedaya upaya untuk meluangkan masa anda bersama isteri. Wujudkan suasana relaks antara kamu berdua dan keraplah berkomunikasi antara satu sama lain. Ini kerana pada waktu seperti ini, seorang isteri amat memerlukan perhatian daripada anda. Dengan berada disamping isteri, ia pasti dapat membantu mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
2. Membantu menjaga pemakanan isteri- Seperti yang sedia maklum, pada waktu-waktu seperti ini si isteri biasanya akan mengalami simptom mengidam. Sebagai seorang suami, anda sepatutnya bantu isteri anda dengan cara memenuhi kehendak mereka selagi termampu (selagi makanan yang diidamkan halal, tidak mustahil diperolehi dan sebagainya) Selain daripada itu, si isteri yang sedang mengandung juga memerlukan makanan yang berkhasiat agar tumbesaran bayi tidak terganggu. Si suami wajar membelikan makanan-makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt, madu dan lain-lain agar anak didalam kandungan tersebut mendapat nutrien yang seimbang.
3. Memahami keadaan fizikal mereka- Suami perlu sedar bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan isteri akan menjadi lebih perlahan daripada biasa. Oleh itu, apabila anda membawa isteri anda keluar untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan bahawa anda memahami situasi isteri anda. Adalah sangat tidak wajar jika anda memarahi mereka hanya disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
4. Bersikap ringan tulangSemasa isteri anda sedang sarat mengandung, tidak perlulah anda bertanya mengenai perkara-perkara yang perlu anda bantu Apabila melihat kain yang bertimbun tidak berbasuh, ringan-ringanlah tangan untuk membantu membasuh kain-kain tersebut. Sama juga halnya dengan kerja-kerja rumah yang lain. Ringankanlah beban isteri anda bukan menambahkan beban tersebut dengan membiarkan cawan kopi anda yang tidak berbasuh, surat khabar yang anda baca tidak terlipat dan lain-lain lagi.
5. Belajar psikologi - Isteri yang mengandung akan mengalami perubahan yang besar baik dari segi emosi mahupun fizikal mereka. Suami wajar mengetahui tanda-tanda perubahan ini. Dengan mempelajari ilmu psikologi serba sedikit anda akan lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah dengan tiba-tiba, menjadi terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.
6. Membantu menyiapkan hidangan- Sekiranya sebelum ini tugas-tugas memasak di dapur hanya dilakukan oleh si isteri semata-mata maka apalah salahnya sekiranya selama 9 bulan ini si suami belajar untuk menyesuaikan diri berada di dapur. Sekiranya anda tidak memasak sekalipun, anda masih boleh membantu isteri memotong bahan-bahan masakan, menumis dan sebagainya. Ini juga  secara tidak langsung akan menjadikan pasangan suami isteri tersebut bertambah mesra antara satu sama lain.
7. Membantu menjaga anak-anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk anda sebagai suami dan ayah menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
8. Membawa isteri pergi kemana-mana- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Lebih-lebih lagi sekiranya usia kandungan telah mencecah 6 bulan dan keatas. Sebaiknya anda korbankan masa dan tenaga untuk menjadi pemandu kepada isteri anda dan bawalah mereka pergi membeli barang dapur, baju bayi dan sebagainya.
9. Menabung dari awalHm perkara yang ini anda perlu bersedia dari awal lagi. Kukuhkan kedudukan kewangan anda agar tidak ada masalah yang timbul dikemudian hari. Maklumlah harga-harga barangan, ubat-ubatan dan perkhidmatan kesihatan sekarang sudah semakin mahal. Setiap kali harga petrol naik dah sah-sah harga-harga barang lain pun akan turut naik bukan? Oleh itu, bagi yang baru mendirikan rumah tangga dan yang masih belum berkahwin tu, elok-eloklah menabung seringgit sehari mulai sekarang. Kalau lebih pun bagus juga!
Read More

Jauhi atau Menasihati mereka?


1. Al -Anaanah:
Banyak keluh kesah.Yang selalu merasa tidak cukup,apa yang diberi semua tak cukup.Diberi rumah tak cukup,diberi motorsikal tak cukup,diberi kereta tak cukup.Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja,tanpa memperhatikan perasaan suami,tidak hormat kepada suami apalagi berterima kasih kepada suami.Apa yang suami beri pun tidak pernah puas.Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah:
Suka mengungkit.Kalau suami melakukan hal yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu.sangat suka cakap buruk tentang suami,tak ingat budi,tak bertanggungjawab,tiada kasih sayang.Padahal suami sudah memberi perlindungan macam-macam kepadanya.

3. Al -Hunaana:
Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain.Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain.Tidak redha dengan suami yang ada.

4. Al- Hudaaqah:
Suka memaksa.Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan.Pagi,petang,malam asyik menekan dan memaksa suami.Adakalanya dengan berbagai ancaman:ingin lari,ingin bunuh diri,ingin membuat malu suami.Suami dibuat seperti hambanya,bukan sebagai pemimpinnya.Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al -Hulaaqa:
sibuk bersolek atau tidur atau suka buang masa hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas,seperti solat berjemaah,wirid zikir,mengurus rumah-tangga,berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah:
Banyak berbual,bergosip.Siang malam,pagi petang asyik bergosip terus.Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak betul dimatanya.Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berakap di depan suami,tapi dengan telefon,SMS,internet dan macam-macam cara yang lain.Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

Read More

26 Aug 2011

Tak fikirkan mereka ke?

tahun demi tahun, bulan demi bulan, minggu demi minggu, hari demi hari, jam demi jam, minit demi minit, saat demi saat, detik demi detik. dia nak mai lagi. dia nak mai memberi kegembiraan pada orang-orang beriman dan bertaqwa, tatkala menang dalam bulan Ramadhan. malah kita yang hina lagi alpa, adalah manusia yang paling gembira dari mereka. Aidilfitri yang patut dirai dengan penuh kemenangan, tetapi telah dijadikan ibarat pesta. pesta kegembiraan bagi semua umat manusia yang lokla' lagi kalut. 

sedangkan mereka yang beriman dan bertaqwa hanya lebih suka melaungkan takbir tanda kemenangan. lebih kepada persiapan pada hujung bulan Ramadhan. sujud untuk menemukan dengan malam teragung, malam lailatulqadar. sedangkan kita hanya lebih kepada persiapan untuk menyambut kedatangan Aidilfitri. bermacam-macam persiapan.

kasut raya.
baju raya.
sampin raya.
songkok raya.
motor raya pun ada.
kereta raya juga. 
rambut raya. (haha)
bila aku sikat rambut, sedangkan rambut tak sampai setengah inci. aku tergelak sendirian. 

kadang juga aku tergelak bila melihat lagat manusia islam kini.

aku ingin sangat ingatkan pada diri aku dan kawan sekalian. ingatlah berbelanjalah seadanya, jangan ikutkan nafsu. cuba lah fikirkan nasib mereka-mereka yang tidak berkesempatan menyambut Aidilfitri. Aidilfitri bersahabatkan air mata. Aidilfitri diiringi dengan kematian. Aidilfitri ditemani dengan kehancuran. Aidilfitri diselubungi dengan peperangan.




lihat la wajah-wajah sadis mereka. ratap dan tenunglah baik-baik. peluk tangisan mereka erat-erat. genggam harapan mereka kuat-kuat. apa yang mereka ada? mereka ada Allah. tak kering dek gusi menyebut namaNya. tak kelu lidah berkata Allahu Akbar! tetapi kita??

dunia hanya tempat persinggahan. ia tak kekal melainkan syurga dan neraka Allah. wallahua'lam.
Read More

18 Aug 2011

Try 'ehem' Sekali ??

gambar hiasan

senyuman manis tatkala timbulnya perasaan. jatuhnya hati seseorang pada seseorang. sehingga didorong oleh hawa nafsu untuk try "ehem" sekali. adakah perasan itu adalah satu perkara yang dibenarkan oleh syara'. ramai orang beriman, tetapi tidak bertaqwa. kita munafiq! ??


beriman ertinya percaya pada enam perkara. 1.percaya adanya Allah. 2.percaya adanya Rasul Allah. 3.percaya adanya malaikat. 4.percaya pada kitab Allah(Alquran). 5.percaya pada qadar dan qada'. 6.percaya pada hari kiamat. beriman dengan hati, lisan, dan lakukan dengan amal.

kita sudah cukup beriman. tapi kita tidak takut. kita tidak taqwa. 

taqwa ertinya takut. takut dengan azab Allah. takut dengan laranggan Allah. patuh pada perintahNya. masing - masing dengan alasan tersendiri.

"ala muda lagi, bila lagi nak main."
"kubur masing-masing ok."
"nanti dah tua barulah sujud."
"tak sampai seru la, nanti sampai seru aku buatlah."
persoalannya, adakah kita tahu tarikhnya. apa lah nasib kita bila waktu ajal sudah mari tanpa sempat kita menoleh ke arah taqwa. kita terlalu mencari cinta duniawi. sedangkan cinta itu tidaklah kekal. mungkin setengah minit, mungkin setengah jam atau pun mungkin untuk beberapa waktu sahaja. sempat kah waktu itu untuk sujud menangisi dosa-dosa lalu?

gambar hiasan

sememangnya Rasul Allah telah bersabda. barangsiapa yang tidak berkahwin tidak akan menjadi umatnya. tetapi apa benar cinta dan kasih kita pada seseorang itu benar-benar ikhlas. bukannya panahan syaitonirrojim.

aku menulis bukan kerna nama. bukan kerna aku tak ada awek. bukan kerna aku tak handsome(ehem), bukan kerna hati keras pada perempuan. aku cuma ingatkan pada diri aku yang sememangnya hina dan lemah pada pujuk rayu syaiton.

aku tenung batang hidung yang sedikit besar pada side mirrow 125 original yang baru di pasang pada rxz aku.

aku juga menyesal. kenapa aku turut terlibat dalam kancah ini. khilafku amatlah besar.  zaman lalu, ternyata gelap. walaupun cuma beberapa kali blackout di area perumahan aku. di mana kepala aku yang kerap high. ya, tu semua panahan syaiton yang di rejam. mula berendam air di celah-celah kelopak mata. mula menebal perasaan malu dan hina pada jiwa dan hati aku. timbul benih-benih benci pada diri aku. diri aku yang lemah longlai lagi tak bermaya. tidak henti menghukum diri. tidak henti menadah tangan kotor aku pada Allah. namun, masih lagi ada sebahagian perkara yang berada di takuk lama. adakah Dia maafkan aku ?

cinta yang sebenar telah pupuk pada diri semenjak kita lahir lagi. lahir-lahir saja sudah dilaungkan kalimah-kalimah Allah. dari kecil lagi kita telah diceritakan tentang keindahan Rasul Allah di dalam kitab-kitab sirah. sudah diajar untuk memuji Rasul Allah dengan bersalawat ke atasNya. tapi mengapa masih lagi ingin mencari cinta syahwat yang mengundang zina? aku meratapi wajah sadis aku elok-elok. ternyata masih lagi jauh perjalanan taqwa untuk sampai ke hati dan jiwa kita.
tidak cukup kah kasih kedua orang tua! apa kah jijik melihat kedutan di wajah mereka?
gambar hiasan

gambar hiasan




aku minta maaf bagi yang tiada ibubapa, dan lebih kepada anak yang tidak terjaga. pencarian cinta nafsu syawat, apa dia memberi jaminan hingga ke akhir hayat? adakah dia dapat menjamin masa depan Islam. antara sebab mencari "kekasih".

"untuk menaikkan semangat I ketika belajar/hidup la"
"untuk merasai indahnya bercinta, sebab I rasa tak perfect la kalau takda balak/awek."
"saja-saja mahu try.
"I takda orang bimbing la, so dia boleh bimbing I. lagi pun I like her/his body."
aku susun 20 puluh jari tangan dan kaki, mohon maaf. nak cari cinta, carilah cinta Allah dan Rasul. Tetapi apa Allah berfirman ? sesiapa yang tidak menghormati kedua orang tua kita, kita tidak akan dapat mencium bau syurga Nya. sesiapa yang mencintai RasulNya akan mendapat cinta Nya. pegang la kitab Nya. buka dan bacalah. renung dan fahamkan lah. bangkit dan beramal lah apa yang tersirat dan tersurat. itulah sebenarnya. itulah sebenarnya yang mampu membimbing kita. tidak perlu risaukan soal jodoh pasangan. waktu dan saat ini, apa layakkah kita untuk menjamin masa depan keluarga yang bahagia? fikirkanlah. jangan ibaratkan diri kita seperti madu dan sepah. kerna bila habisnya madu sepah akan dibuang.

ingat lah kita betapa sayangnya rasulallah pada kita. mengapa kita menjauhkan diri kita dari baginda. di saat ajalnya sejengkal, sangat hampir. dia masih menyebut ummati. ummati. ummati.

umatku. umatku. umatku.


p/s dosa dan khilaf masa lalu, membuatkan aku menadah tangan pada hari ini. sama-sama lah kita mencari cinta Rasul Allah. cintailah baginda sebagaimana baginda mencintai ummatnya. Bagi sesiapa yang yakin dengan cinta kekasih dunianya, aku mohon doa agar mereka-mereka kekal hingga ke akhir hayat. salam.
Read More

17 Aug 2011

Holding Hand

بسم الله رحمن رحيم


gambar hiasan

Indahnya bila berpegangan tangan antara mereka(kaum adam) dan mereka (kaum hawa), yang langsung bukan Muhrim. seakan akan dunia ini ana yang punya. melihat tiada perbatasan antara satu sama lain, menjadi satu perkara biasa. bermulanya dengan pandangan nafsu yang turut dibantu dengan panahan Syaiton. kemudian bermulalah proses 'holding hand'. ini salah satu keadaan. tetapi kadang-kadang, bukannya bercinta, tapi masih lagi ada berlaku proses holding hand ni.

ya, memang kita cuma berkawan. tapi mengapa perlu bersentuhan! 

semua angkara nafsu. fasal apa aku cakap nafsu. kita telah diberitahu di dalam hadith yang menyatakan para Syaiton dan Iblis Laknatullah telah di rantai pada bulan Ramadhan, bulan penuh dengan kerahmatan, bulan penuh dengan keinsafan, bulan tertutupnya pintu-pintu neraka. ya memang nafsu kita yang telah di didik dengan penuh kesungguhan oleh para Syaiton selama 11 bulan setiap tahun.

Hadith riwayat al‐Bukhari dan Muslim:
Maksudnya: Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu‐pintu syurga, ditutup pintu‐pintu neraka dan diikat syaitan‐syaitan.

hampa! aku amat hampa, tiada batasan antara persahabatan 'adam' dan 'hawa' ini. masih lagi tidak puas dengan kata-kata. sentuhan pula yang dicari. tangan yang tiada ikatan itu lah yang dibanggakan, yang dicumbu, yang dihidu, yang ditayang. mula menjadi trend kini. tetapi kita lupa pada tangan yang lebih perlu dititik beratkan. tangan orang tua kita wahai mukminin wal mukminat. 

senangnya jadi anak yang baik,
senang lagi jadi anak derhaka.

kadang- kadang tangan mereka kita lupa, kita jijik, kita malu dengan tangan mereka. mengapa ? sedangkan tangan mereka itu lah kita dapat berdiri seperti ini. kita malu berpimpin tangan, kita malu mahu mencium tangan, kita malu untuk menggenggam erat tangan. kesemuanya tangan mereka yang kita tidak mahu. kenapa? jijik sangatkah ? hina sangat kah ? atau tangan kaum hawa yang lain lebih mendatangkan nikmat dan ghairah.
oh! ini lah akhir zaman.

Tanda-Tanda_Kiamat Kecil
Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya.
Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya.
Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda-tanda_Kiamat

aku merenung jauh ke arah barat daya. 

malah masih lagi tak bisa mentafsir di mana lubuk Islam kita menjadi LEMAH! dari mana puncanya? pemimpin atau diri kita sendiri. sekalipun aku dapat jawapan, apa yang boleh aku lakukan? doa dan terus berdoa sambil menanti hari kiamat? Ya Allah bantulah kami.
Read More

11 Aug 2011

Taatnya Mereka..

بسم الله رحمن رحيم
p/s gambar hiasan

taatnya mereka bila menunaikan tanggujawab sebagai seorang muslim dan muslimah. rukun islam yang ketiga betul-betul dituruti. sanggup berlapar dan berdahaga, dikala cuaca penuh terik menusuk "cerebellum". bermati - matian demi menjaga maruah Islam. 


langsung tidak membenarkan imej muslim mereka tercalar hanya dengan meneguk air di siang hari pada bulan Ramadhan. taatnya mereka apabila bersungguh - sungguh bangun dari tidur tatkala hari masih lagi sunyi. paling menghayat hati apabila mereka menunggu azan keramat dikala siang semakin tua. 


berdisiplin ! sangat teruja dengan disiplin yang ditonjolkan oleh umat Islam yang berjaya melaksanakan hari - hari indah di bulan Ramadhan. tatkala malam mula menjelang, berduyun - duyun umat manusia dari celah - celah tempurung keluar, sujud menyerahkan sepenuh jiwa dan raga pada NYA. 


Oh ! indahnya Ramadhan.
tapi taatkah mereka pada kewajipan yang telah di takdirkan sejak azali lagi pada mereka. kadang - kadang mereka membuat aku terfikir sejenak. aku cermin diri ni yang memang kusut masai. adakah solat yang paling utama dapat mereka tunaikan. apakah batas - batas pergaulan dijaga. mungkin perkataan "mereka" tak sesuai, KITA terfikirkah apa erti puasa yang sebenarnya. 


apa yang dicari di saat anak bulan Ramadhan mula menjelma. adakah tarikh keramat 1 Syawal yang lebih dinantikan. kadang - kadang hanya bulan "Ini" yang di highlight untuk bulan penuh kerahmatan, bulan penuh keinsafan, bulan yang adanya malam seribu bulan. aku cermin diri aku di sebalik body vespa aku yang kilat. 


aku sedih. aku menangis sendirian. melihat dunia yang diagung- agungkan kini. 
Sedih! 
ada ungkapan sejarah tidak akan berulang, tetapi bagi aku sejarah akan berulang. kita leka, kita lalai, kita bersambil lewa, kita lagha dengan nikmat kemasiatan yang sememangnya nikmat, hanya di dunia fana, tetapi perit ! di akhirat sana.


       p/s gambar hiasan


sekali aku renungkan wajah di tangki minyak rxz aku. masih banyak lagi bintik hitam di lubuk hati dan jiwa kita. puasa kita hanya bertemankan lapar dan dahaga. sambil ditemani oleh lurah - lurah indah, kaki yang seksi, dada yang fit, helaian rambut bermacam seperti pelangi, ada yang lembut dan ada yang berkerak. juga ditemankan ucapan dari nafsu, tidak lupa juga sedutan feeling yang mengundang kain kafan.


sampaikan aku tidak lagi tahu di mana hendaknya untuk mencerminkan diri ini. kita masih lagi jahil, kita masih lagi buta, kita masih lagi pekak, kita masih lagi membisu. 


Apakah ini yang dinamakan طاعة ! mari sama - sama kita renung. sujud lah, bersama - sama sebentang sejadah. 10 malam kedua, malam keinsafan. malam مغفرة


p/s gambar hiasan


Rasulullah saw. bersabda : Barangsiapa puasa Ramadhan 
karena beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah 
lalu dan yang sekarang ( HR.Bukhary Muslim).


"Diriwayatkan dari Sahal bin Sa'ad : Sesungguhnya Nabi saw 
telah bersabda : 
bahwa sesungguhnya  bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut " Rayyaan".




Hadith riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan 
al‐Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa bahawa sesungguhnya
Nabi ε bersabda:


فعاضم هلمعو باجتسم هؤاعدو ةدابع همونو حيبست مئاصلا تمص


Maksudnya: Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya 
merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.






p/s sama - sama kita renung diri kita tak kiralah walau di dalam kelopak air sekali pun, semoga dibuka pintu hidayah kepada kita dan diberikan nur di setiap lubuk hati dan jiwa.


p/s gambar hiasan
Read More