30 Sept 2011

Dekat, Jauh, Besar, Berat, Ringan, Tajam..

1. Apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia?
2. Apa yang paling JAUH dari kita di dunia?
3. Apa yang paling BESAR di dunia?
4. Apa yang paling BERAT di dunia?
5. Apa yang paling RINGAN di dunia?
Read More

25 Sept 2011

Si Kecil Fisabilillah..



Seorang gadis kecil pulang dari sekolah. Setibanya di rumah, ibunya melihat anak kecilnya dirundung kesedihan. Maka ibu pun bertanya kepada puterinya itu tentang sebab kesedihannya.

Anak: “Aduhai ibuku, sesungguhnya Pengetua telah memberi amaran akan membuangku dari sekolah kerana pakaian labuh yang ku pakai.”

Ibu: “Tetapi itu adalah pakaian yang dikehendaki oleh Allah, wahai puteriku.”

Anak: Benar, wahai ibu, akan tetapi Pengetua tidak menyukainya.”

Ibu: “Baiklah, wahai puteriku, Pengetua itu tidak menghendaki, tetapi Allah meng­hendakinya. Maka siapakah yang akan kamu taati? Adakah kamu akan mentaati Allah yang telah menciptakanmu dan membentukmu, serta yang telah mengurniakan kenikmatan kepadamu? Atau kamu akan mentaati seorang makhluk yang tidak mampu memberikan manfaat dan kebaikan kepada dirinya sendiri?”

Anak: “Sesungguhnya saya akan taat kepada Allah.”

Ibu: Bagus, wahai puteriku, kamu tepat sekali.”
Pada hari berikutnya, gadis kecil itu pergi dengan mengenakan baju yang labuh dan menutup aurat. Tatkala Pengetua melihatnya, dia  memarahi gadis kecil itu dengan keras. Gadis kecil itu tidak mampu memikul amarah tersebut, ditambah lagi oleh pandangan rakan – rakan sekelas  yang tertumu kepadanya.
Tidak ada yang dapat dilakukan gadis itu selain  menangis. Kemudian, gadis kecil itu mengeluarkan kata-kata yang besar maknanya meskipun sedikit jumlahnya, “Demi Allah, saya tidak tahu siapa yang akan saya taati, tuan ataukah Dia?”

Pengetua itu pun bertanya, “Siapakah Dia itu?”

Anak itu menjawab, “Allah. Apakah saya harus taat kepada tuan, sehingga saya mesti memakai pakaian seperti yang tuan kehendaki, tetapi saya telah berbuat maksiat kepada-Nya.
Maaf, saya lebih takutkan Allah. Biarlah saya akan mentaatiNya sahaja dari mentaati tuan, dan apa yang terjadi biarlah terjadi.”

Gadis kecil itu bertekad untuk berpegang kuat dan taat ke­pada perintah  Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa akan tetapi adakah Pengetua  itu hanya berdiam sahaja?
Pengetua itu meminta dipanggilkan ibu si anak kecil tersebut. Apa yang Pengetua itu inginkan dari ibunya?

Maka datanglah si ibu itu…
Guru berkata kepada ibu anak kecil itu, “Sesungguhnya puteri puan telah menasihatiku dengan nasihat paling besar yang pernah aku dengar di sepanjang hidupku.”
Seorang guru yang ilmunya tidak dapat menghalangnya untuk mengambil nasihat dari seorang gadis kecil yang mungkin seusia dengan cucunya
Wahai ibu-ibu muslimah, di depan anda adalah anak-anak anda. Mereka seperti adunan tepung. Anda boleh membentuknya sebagaimana yang anda kehendaki, maka bersegeralah untuk membentuk mereka dengan bentuk yang diredhai oleh Allah dan RasulNya.



Ajarkanlah solat kepada mereka

Ajarkan mereka ketaatan kepada Allah
Ajarkan mereka untuk  tetap teguh di atas kebenaran..  wallaua'lam..
Read More

16 Sept 2011

Rintihan Kecil

Dimana kah Rindu


di sangka gembira pada malam kelmarin, belum tentu gembira pada keesokan harinya..


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


sungguhpun mereka pergi, tidak bermakna kita akan perlu terus bersedih. rentetan daripada episod duka sejak dari 2 minggu lepas, membuatkan aku mula gigih menulis. pemergian atuk saudara dan pakcik saudaraku mengajar lebih erti kehidupan pada aku di dunia yang palsu ini. segelas kopi susu kambing aku hirup dengan penuh nikmat. tetapi adakah nikmat itu berkekalan hingga ke saat Izrail menjemput kita.

di pagi hari yang indah, masih lagi ditemani dengan dosa. (tidak terlepas juga diri ini). sedar tidak sedar, masa itu semakin hadir pada diri kita. tapi kita leka! botol kicap Bilal dan sos Puteri di tenung seketika. tenungan hampa seorang makhluk yang hina ini mengingatkan dosa kelmarin. 

hina nya aku..

sering aku menangis di kala malam mula menjadi tua. dimana  silapnya. bagaimana ia boleh berlaku. apa yang mendorong ia terjadi. mengapa ia sering menghantui. Oh dosa! aku cuba mencari jawaban yang pasti. alquran dan assunnah masih lagi tidak dapat aku mengekori. aku cuba untuk memahami dan mempraktik, namun sesekali aku tewas di medan fisabillah(ke jalan Allah).

kecewa nya aku..

maksiat di depan mata tak termampu untuk aku bersuara. seringkali berkongsi fasal hukum agama namun aku masih lagi didampingi dosa. nyata manusia akhir zaman selemah lemah Iman. pahit nya buah mengkudu pahit lagi yang aku rasakan bila melihat orang yang seiringan dengan aku malah keluarga sendiri terkena tempiasan dosa.


ada benar kata seorang sahabat,
kita marah bila orang buat maksiat, tapi apa kita buat untuk menghalang dia dari tidak melakukan maksiat.
kita sibuk post fasal dakwah pada status kita, tapi adakah dakwah itu menjadi amalan kita pada hidup seharian. kita jadikan nabi sebagai contoh yang baik, tapi adakah kita mengikut nabi dalam perjalanannya. 


lagi sahabat berkata - kata,
insan selalu melakukan dosa, biarpun sebelum ini tekad tidak lagi ingin mengulangi dosa. itulah lemah nya iman.


kadang-kadang aku terfikir sejenak. apa kah aku harus meninggalkan hiburan yang sedia ada. ada kah aku harus melupakan rakan - rakan yang membawa aku ke jalan dosa. mungkin kah aku harus membuang segala kepalsuan dan kepura puraan dalam hidup aku. hakikatnya diri sendiri yang mendorong untuk melakukan maksiat. Astghfirullah !


sadis nya hidup aku..




apa yang cuba di cari hanyalah cinta dari Nya. tetapi, masih lagi tidak ditemui. apakah cinta terhadapnya hanya bertepuk sebelah tangan. segala surat menyurat  tidak sampai ? terasa rugi apabila doa dan santapan rohani ini tidak sampai kepadaNya. ibarat surat yang di pos tanpa alamat. hanya mengetahui nama dan kebesaranNya. tapi tidak cuba mengenaliNya dengan baik. kalam Allah (alquran) di dendangkan dengan penuh syahdu. tapi tidak mengerti sepatah haram pun yang dialunkan. sedih !


hampa nya diri aku..


وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ

(Wa ila Rabb bika farghab)
Dan jadikanlah Tuhanmu sebagai tujuan [kerinduan] engkau semata!

surah al insyirah ayat 8


berilah kami cinta Mu kerana kami sangat mengasihani Mu..  wallahua'lam.
Read More

8 Sept 2011

Air kemaluan ??





As-salam kepada pembaca sekalian, baiklah pada entri ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang jenis air yang keluar dari kemaluan. pada hakikatnya air yang keluar dari kemaluan adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi kita sebagai manusia. Hal ini kerana itu sudah diaturkan oleh pencipta kita Allah S.W.T. Setiap yang diatrkan oleh Allah itu pasti ada hikmah disebaliknya. Kita sebagai manusia seharusnya bersyukur dengan kurnian-Nya. Baiklah tanpa membuang masa lagi mari kita membaca sedikit coretan ini..:
1) Air mani


Adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu telah mencapai ke tahap memuncak kepuasan nafsunya. Ia berwarna putih. Apabila basah ia pekat dan mempunyi bau. Jika ia kering pula ia berdebu akibat digosok.

Hukumnya wajib mandi bagi orang yang keluar air mani.
Air mani ini suci dari segi syarak jadi pakaian yang terkena air mani boleh dibawa solat..
Hadis Saidatina Aisyah r.a:
Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya:
Bahawa suatu pagi seorang sahabat mencuci pakaiannya. Lalu Saidatina Aisyah r.a berkata: Sepatutnya kamu membasuh sebahagiannya sahaja.
Sekiranya kamu melihat kekotorannya, basuhlah tempat kotor tersebut.
Sebaliknya jika tidak kelihatan, memadailah dengan kamu memercikkan air disekitarnya sahaja. Sesungguhnya aku pernah mengikis air mani yang terdapat pada pakaian Rasulullah s.a.w seterusnya baginda menggunakan pakaian tersebut untuk mendirikan sembahyang.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #434,Bab Hukum Air Mani)
2) Air wadi
Warnanya putih dan cair. Ia sejenis cecair yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu kepenatan seperti berlari, jogoing dan lain-lain daripada pekerjaan yang menggunakan tenaga.
Hukumnya tidak wajib mandi hanya dikehendaki membasuh anggota yang terkena air wadi tersebut.
Air wadi ini najis dan tidak sah dibawa solat.
3) Air Mazi
Warnanya jernih dan bertali. Ia merupakan air yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita apabila seseorang itu berada dalam keghairahan (syahwat).
Hukumnya tidak wajib mandi setelah keluar air tersebut.
Ia najis dan wajib dibasuh anggota yang terkena air mazi dan tidak boleh dibawa solat.
Semoga kita sentiasa berada disisi-Nya dalam mengejar rahmat-Nya di dunia mahupun di akhirat kelak. Moga kita berjumpa lagi dalam entri akan datang..:-) sayonara~~~ as-Salam...

sumber
http://wawansyazwan.blogspot.com/2011/09/jenis-air-yang-keluar-dari-kemaluan.html
Read More

4 Sept 2011

Haram jadah depa !


Ini satu perbuatan biadap yang cuba di tunjukan oleh golongan Anti-Islam..Penghinaan ini akan mencetuskan lebih banyak umat-umat islam yang akan membenci negara-negara barat yang sememangnya anti negara islam dengan mengambil tindakan memboikot barangan keluaran mereka..Semoga dengan penyebaran gambar ini dapat menyedarkan umat islam peranan sebagai umat islam untuk bersatu padu menentang golongan KAFIR LAKNATUALLAH ini..




Read More

2 Sept 2011

kerana bulu mata..



Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. “Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.” “Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. 

Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.

Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, “Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.” “Inilah saksi-saksi itu,” ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, “Saya yang memandangi.” Disusul oleh telinga, “Saya yang mendengarkan.” Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”


Bibir mengaku, “Saya yang merayu.” Lidah menambah, “Saya yang mengisap.” Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.” Kaki menyusul, “Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut.”"Nah! Kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: “Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.”

“Silakan”, kata malaikat. “Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: “Lihatlah, Hamba Allah ini masuk surga kerana pertolongan sehelai bulu mata.”

* Taubatlah dengan sebenar-benar taubat yang penuh penyesalan dan keikhlasan sebelum terlambat.. Allah itu Maha Pengampun..

sumber : http://www.facebook.com/pages/-Tok-Wan-2/146449658735341
Read More