31 Mar 2013

Menjelang April Fool.

bismillahilazim.

sebenarnya menjelang april 01 ni. banyak sekali perkara yang aku nak huraikan. tapi seakan tak tertulis. ilham dan idea di ambil Allah Taala. wahai dzat yang maha agung. sungguh Maha Gah sekali kekuasaanMu.

entah macam mana malam ni pula timbul idea dan ilham. alhamdulillah.

pengisian pertama :
pertama sekali. aku nak ucap kata2 semangat kepada seorang sahabat.
berdirilah teguh pada Islam mu. nescaya kau akan lupa memori lalu. bangkitlah! bergerak maju kehadapan.  walau selangkah.

jadikan pengalaman lalu pemangkin semangat kehidupan baru. cinta yang suci sentiasa terbuka. untuk makhluk yang bernama manusia.

pengisian kedua :
bubar. ya, kenapa perlu takut kalau tidak bersalah. kenapa perlu goyang kalau akan menang.
tuan. apa guna diri diberi kepercayaan. jikalau diri tidak mempercayai diri. takut akan bayang hitam. sedangkan bayang sentiasa ekori.  kecuali dalam gelap.

segelap gelap ketakutan bukan gelapnya liang lahad. tetapi segelap gelap ketakutan adalah gelap mata hatinya. itulah kegelapan. itulah kehinaan. itulah yang wajib ditakutkan.

pengisian ketiga :
cita2. entah, siapa yang punyai cita2 yang diidam dari kecil, dan kini sudah mengecapi kejayaan. ibarat mimpi menjadi kenyataan. cita2 akhirnya terlaksana.
kenapa. apakah hanya aku? sering bermain cita. selalu memasang angan. menjadi tidak keruan. serabut dan kelam kabut bermain di fikiran. sekejap tamar menjadi harapan.

sekejap delima menjadi buruan. lalu kedua duanya hanyalah mimpi menjadi angan. malah jauh kebelakang lagi. untuk mimpi menjadi kenyataan.

pengisian  keempat :
hayawan. ya memang bela kucing dapat pahala. tapi bela isteri lagi besar pahala. -ust kazem elias
nak di ceritakan, kucing aku makin gemok. dan dah pandai buang hajat kat pasir. hehe. nak cerita pasal isteri aku tiga beradik tak nikah lagi. aku pun masih mencari kerjaya tetap. walau ada niaga dalam diam.
indah. sudah cukup bersyukur alhamdulillah. melihat telatah haiwan belaan Hurairah. sedang aku melihat dia girang. cukup membuatkan hati ini tenang. 

aku tak suka taip panjang galah. nanti muntah kalian telaah. cukup sahaja malam ini. puitis bangang dari hati. 

wallahua'lam.
Read More

28 Mar 2013

Sunjay Dutt Gangster Sejati !

bismillahilazim.

siapa kenal aktor bolywood sunjay dutt ? sebenarnya aku pun tak kenal siapa empunya nama ni. tapi bila dah tengok gambar dia. barulah aku tahu erti seorang KL gangster yang sejati. 




kalau tak salah aku. sunjay ni selalu berlakon watak samseng. otai kampung. hero gadis gadis walaupun dia seorang gangster. ganster yang menegakkan keadilan atas pengaruh gadis.

Read More

Bubar Parlimen Negeri Sembilan

bismillahilazim.



dah lama aku tunggu. akhirnya bubar jugak. walaupun hanya satu negeri. tapi itu bermaksud pertandingan sudah bermula. 


hakikatnya aku sudah mula mual, jemu, bengang, serabut, banyak lagi. setahu aku, dulu masa musim mengundi takda lah kecoh sangat macam sekarang. kalau dulu berkempen lebih kepada meyakinkan rakyat tentang wakil rakyat mereka yang berwibawa.


kini bukan setakat itu. kalau kalian perasan dan sentiasa ambil perkembangan. malaysia ibarat pusat fitnah dan bahan untuk mendapatkan video lucah. 


cuba fikir sejenak. yang kata orang macam2 tu, macam mana pula diri dia? tuduhan tak berasas sampai melibatkan seks. zaman moden macam sekarang bukan budak atas 18 tahun saja pakai internet. budak kecil 6 tahun yang emak aku jaga tu pun dah pandai tengok you tube(lagu raihan).


aku dah tak tahan dengan fitnah yang berleluasa ni. rakus. semua orang tak mahu dajjal muncul. tapi tanpa kita sedar mereka2 yang menabur fitnah itulah dajjal. 


kata guru aku. kalau kita tak tahan dengan godaan dunia. boleh lah jauhkan atau asingkan diri dari manusia. tinggal dalam hutan. solat. puasa. zikir. alahai tenang.


agak agak kalian. ada lagi ke video seks lepas PRU13 ni ?


walau bagaimanapun kita telah ditentukan takdir ke atas diri masing2. habin jang hobin !


wallahua'lam.
Read More

27 Mar 2013

Domain + Hosting

bismillahilazim.

dari siang tadi sampai malam ni. aku tak henti henti belajar macam mana nak beli domain dengan hosting. hasilnya hanya kecewa.


frust aku. sakit badan aku bila duduk dalam keadaan skuad sedia berjam jam. alahai siapa tahu pasal menatang ni. tolong lah ajar sikit ilmu kat aku. tu pun kalau sudilah jadikan aku sebagai pesaing kalian. haha.


cari yang paling murah pun tak guna juga kalau takda perkara nak kongsi dan posting. entahlah. lastly, aku terfikir. eh biarlah. blogspot pun blogspot la. janji aku tak kacau orang kan. haha.


aku terasa tercabar dan terhina sikitlah. bila aku baca blog justkhai malam semalam. ah, lantak lah. masing masing ada pendapat dan pendirian sendiri. kan. haha.


bagi aku. wordpress memang terbaik. jujur ni.

salam.
Read More

2014 FIFA World Cup - Qualifying results



bismillahilazim.

kali ni aku senaraikan keputusan perlawanan kelayakan piala dunia 2014 dari 22 hingga 26 march 2013. you'll see malaysia ? haha. mungkin lain tahun kot. insyaallah.

panama 2-0 honduras

azerbajian 0-2 portugal

montenegro 1-1 england

ukraine 2-1 moldova

france 0-1 spain

belgium 1-0 fyr macedonia

malta 0-2 italy

germany 4-1 kazakhstan

poland 5-0 san marino

mexico 0-0 usa

chile 2-0 uruguay

serbia 2-0 scotland

turkey 1-1 hungary

netherlands 4-0 romania

algeria 3-1 benin

denmark 1-1 bulgaria

korea republic 2-1 qatar

costarica 2-0 jamaica

armenia 0-3 czech republic

wales 1-2 crotia

republic ireland 2-2 austria

nothern ireland 0-2 israel

venezuela 1-0 colombia

australia 2-2 oman

estonia 2-0 andorra

egypt 2-1 zimbabwe

new caledonia 1-0 tahiti

uzbakestan 1-0 lebanon

jordan 2-1 jepun

bolivia 1-1 argentina

ecuador 4-1 paraguay

solomon island 0-2 new zealand
Read More

20 Mar 2013

Tutorial Photoshop Antique And Old Look Effect

bismillahilazim.

kecoh. kecoh satu taman. aku celik2 mata saja sudah dengar berita tidak gembira. makcik sebelah rumah aku kena ragut. hem. 


minta maaf makcik. aku tidur lambat malam tadi. sibuk sangat testing tutorial baru untuk photoshop. 


ha. aku kongsikan bersama kalian semua. untuk berasa sedikit teruja. jangan lebih2 sangat kalau dah pandai buat. aku sepak karang. hehe.


before


after

STEP 1:

Open your picture by using Adobe Photoshop
Insert the Dust and Scratches
Filter>Noise>Dust and Scratches

Set the
Radius= +2
Threshold= 0




STEP 2:

Duplicate the background layer.
Ctrl+J

STEP 3:

Insert Gaussian Blur into the duplicated background layer.
Filter>Blurr> Gaussian Blur
Set the radius to 4


STEP 4:

Make a layer mask on duplicated background layer
*click the below button as shown to create layer mask

STEP 5:

Select the gradient tool.


STEP 6:

On the mask, create a Radial Gradient as shown in the screenshot below


STEP 7:

Import Vintage Background into the layer.
*Download it from ShutterStock

STEP 8:

Resize the vintage background until it cover the duplicated background.
After that, go to Image>Adjustments>Desaturate

STEP 9:

Set the Blend Mode to Soft Light.


STEP 10:

Import the Grunge Background to the layer.
*Download it from ShutterStock

Resize the Grunge Background until it cover the duplicated background.
After that, go to Image>Adjustments>Desaturate

STEP 11:

Set the Blend Mode to Multiply.
Adjust the Brightness.
Image>Adjustments>Brightness/Contrast

Set
Brightness = 50

*u can adjust it depend on your picture.

STEP 12:

Create a Hue/Saturation Adjustment Layer

Set
Hue = +11
Saturation = +22
Lightness = 0

*u can adjust it depend on your picture.

done !

setakat ini saja untuk petang hari yang hangat. wallahua'lam.
Read More

Tutorial Photoshop - Colour Ink Sketch Effect

bismillahilazim.

tutorial untuk malam yang hangat. walaupun rumah ku berbahang namun bahang lagi neraka jahannam. Allah..



sebelum 

selepas

Step 1 : Open your pic in adobe photoshop.
              Duplicated background layer (ctrl+j)

Step 2 :Insert Photocopy filter
            Filter>Sketch>Photocopy


Your image should be like this


Step 3 : Insert Sharpen More
              Filter>Sharpen>Sharpen More
              *Apply for 3 times

Step 4 : Change the blending mode to Overlay

Step 5 : Select Background layer.
              Modify the colors using the Hue/Saturation
              Image > Adjustments > Hue/Saturation


Done


nampak permainannya di situ ? mudah ? boleh lah bukak kelas adobe lepas ni. haha. selamat malam. salam.

wallahua'lam.
Read More

18 Mar 2013

Tutorial Photo Reflection Effect Menggunakan Adobe Photoshop

bismillahilazim.

malam ni aku belajar satu lagi skill. skill ayam2 je. try la. hehe.


before


after






STEP 1:

Open your picture in Adobe Photoshop



STEP 2:

Duplicate the background layer
ctrl+J



STEP 3:

Select the copy background layer.
Select Rectangular Marquee Tool
Crop the photo as show in screenshot.

STEP 4:

Delete the area which are selected.
Click the invisible button at background layer



STEP 5:

Duplicate the copy background layer.
ctrl+J





STEP 6:

Rotate the picture
Edit>transform>flip vertical
Drag the picture like shown in screenshot





STEP 7:

Insert new layer
Fill the layer with white colour.
Alt+Backspace





STEP 8:

Make the layer mask at duplicated copy background.
Select the Gradient Tool.
Set it, as shown in screenshot.
Drag it from below to above.






STEP 9:

To make it more realistic, add Gaussian Blur.
Filter>Blurr>Gaussian Blurr

Radius = 2

Click ok to exit.





done


amacam ? nak lagi ? esok aku cari lagi.

cc to semanisepal90

wallahua'lam.
Read More

Tutorial Drawing Effect Menggunakan PS5

bismillahilazim.

hari ini aku belajar suatu benda baru. just want to share with you. enjoy it !







tak faham boleh tanya aku. ok ? (poyo professional) hehe.
Read More

17 Mar 2013

"Segmen Tambah Followers Laju Laju Part II"

apa pandangan kalian tentang blog aku ?

1. hensem
2. comel
3. kacak

follower terkini = 57
Read More

14 Mar 2013

Lahad Datu Berdarah II

bismillahilazim.

hampir tiga minggu mereka berjuang. meninggalkan segala kebahagiaan dan keseronokan.


menepis belaian kasih cinta seorang isteri. ibu. bapa. anak. keluarga. semuanya demi keamanan rakyat dan pemimpin negara mereka.


sama ada yang korupsi atau rasuah. pro kerajaan atau pro pembangkang kerajaan. mereka tidak ambil peduli dengan persengketaan kita di sini.


di saat waktu hanya tahu menuding jari pada orang lain. salah menyalahkan antara satu sama lain. mereka pejamkan mata. memekakkan telinga untuk terus berjuang hingga ketitisan darah terakhir. hingga upaya dan daya terakhir.


berjuang demi keamanan dan kebahagiaan orang lain. itulah takdir seorang tentera.




bak kata bapa aku. "kerja askar ni memang untuk bermati matian. sama ada dia yang membunuh atau dia yang dibunuh"


usah di fikirkan. jangan di persoalkan. yang muslim itu syahid atau tidak. kerana yang lebih berhak melabelkan. yang lebih mengetahui hanyalah Allah.


teruskan berjuang. itu adalah tugasmu. membahagiakan dan mendapatkan keamanan untuk orang lain itu kerja murni. kerja mulia. 


apakah membahagiakan dan memberi keamanan untuk orang lain itu mendapat tempat di neraka Allah ? 


tak usah fikirkan. tak usah dibincangkan. lihat masa lalu. sekurang kurangnya sejak kita bangun pagi tadi. sampai ke hari ini. adakah kita pernah membahagiakan orang lain ?


nak buat untuk hari esok ? belum tentu esok masih ada.


wallahua'lam.
Read More

12 Mar 2013

Tweet Untuk Kali Ke 1000

bismillahilazim.


bingung. pelbagai isu bangkit sejak kebelakangan ni. ada yang berdarah. ada yang parah. ada yang kalah. ada yang mengalah.


aku suka angka ni '1000'. kerana aku sentiasa rindu pada kisah yang telah menjanjikan ganjaran seperti beribadah selama 1000 bulan.


sempatkah tahun ni dahi mengucup lantai ? aku serahkan kerja itu pada ilahi.


malam 1000 bulan itu pada tahun lepas tiada siapa pun tahu. mahupun aku sendiri. melainkan orang-orang yang terpilih dan Allah jua yang Maha mengetahui.


bukan ganjaran itu yang aku kejarkan. tapi rasa kebahagiaan apabila bertemu dan berbicara dengan tuhan yang aku impikan. keashikan dan kekhusyukan dan keikhlasan dalam beribadah yang lebih utama daripada ganjaran yang telah dijanjikan.


malam tadi, waktu khayal bertwitter. aku telah tersedar yang di mana tweets yang terakhir itu adalah untuk kali ke seribu. aku rasa sayang untuk menghilangkan angka itu. walau ia hanya sekadar angka. namun ia bisa memperingatkan aku suatu kisah tentang 1000 bulan.




soalan aku : macam mana nak sentiasa kekalkan angka tweets aku supaya ia kekal dengan 1000 kali tweets ?


wallahua'lam.
Read More