31 Jul 2011

Artis Raya Dimana ?

bila masuk bulan Sya'ban sahaja, siapa akan pening kepala? para crew, artis, penerbit, pengarah la kan. bukan senang nak senang bila Sya'ban dah menjelma. kadang-kadang bukan bulan Sya'ban, mahu-mahu dari bulan Muharam lagi depa sudah buat persiapan. aku bukan la nak jaga tepi kain orang. tetapi ak cuma terkentut sambil menangis sahaja bila melihat depa ni. puasa belum pun nak mula, dah sambut hari raya duluada yang terlebih excited tu, siap ada temu ramah dengan wartawan magazine *****. dimana artis kita beraya? haha.


yang dikejar bukannya barakah pada bulan ramadhan. tetapi semangat nak hari raya pula. aku bukan lah baik sangat nak jaga tepi kain orang. tapi Islam menyuruh kita saling ingat mengingati. tak ada pun program barakah bersama artis waktu bulan puasa ni. kalau ada pun secara live yang Melodi dengan Fuhh! tu la. macam haram. sudah lah bulan puasa. masih lagi terkejar-kejar fasal gossip.


bagus lah kalau nak bermaaf-maafan tu. tapi tak semestinya nak tunggu bulan syawal kan. aku pun jarang mintak maaf dekat orang.hehe. aku bukan nak menghighlight artis sahaja. bagi aku semua orang pada akhir zaman ni pun sama. especially umat Islam MALAY ni.  tetapi yang membuatkan aku tersentap ni mereka-mereka ni terlalu menonjol sangat. itu yang buat aku hidup segan mati tak mahu.

kalau bukan sama agama dengan aku lain cerita. artis ni dah la menjadi ikon pada masyarakat kini. tak payah sebok sangat fasal hari raya. kerna belum tentu lagi kita dapat menghabiskan bulan ramadhan ni dengan sempurnanya. maksud aku yang lebih tepat, belum tentu kita sempat tengok anak bulan syawal. manalah tahu. mungkin sekejap nanti. kalau tak, mungkin esok time nak bangun sahur. 

dengan adanya kesempatan yang diberikan. pada bulan barakah, penuh dengan sinar pahala. bersamalah kita mendekati NYA. tak payahlah nak sebok sangat nak berhari raya. fasal bagi orang yang beriman "mereka sangat sedih kerna berlalunya Ramadhan". bulan yang penuh dengan rahmat Allah.
Hah! cuba lihat mereka ni. walau dalam apa jua sekali pun yang menjadi Tiang pada Islam mestilah yang diutamakan walau dalam apa keadaan dan apa cara sekali pun. solat Tiang agama Islam brader. kalau tak ada tiang runtuh lah iman. puasa pun tak ada guna kalau tak solat. fasal solat yang akan dihisap dahulu di akhirat nanti. kalau dekat solat dah terkantoi. alamatnya yang lain cuma sia-sia lah kawan.

p/s : aku bukan nak cari gaduh, cuma yang lupa kenalah diingati termasuklah aku sendiri. tapi aku tau, tak semua artis lagu ni na.
Read More

29 Jul 2011

Guru Oh Guru !!

hemm, apa la nk jadi ! aku sangat keliru. apa yang dimaksudkan guru pada zaman ini. apa tanggungjawab guru pada zaman ini. apa teladan dan tnjuk ajar guru pada zaman ini. apa contoh yang perlu diTONJOLkan oleh seorang guru. tidak kira apa agama guru. mereka tetap dihormati.

 tetapi apakah nilai dan moral yang diselitkan pada diri seorang guru pada akhir zaman ini benar-benar telus dan ikhlas. kadang - kadang memang aku dapat lihat betapa sungguhnya mereka mengajar. ada yang menitiskan air mata. ada pula yang memaksa pelajar. 

semua itu demi masa depan anak muda pada zaman ini. tapi apa ertinya ilmu penuh di dada tetapi ter"kantoi" sedikit ruang. "iman", tak boleh dijual beli. "iman" tak boleh diwarisi. tapi "iman" terletak pada diri sendiri. weh! selamilah agama kita. agama "islam". jangan sebab ada "scroll" dip, master, phd "iman" korang takda.


 Guru Oh Guru !!  


wow! "hot"nya cikgu ni !
 (kalau orang mat saleh tu aku tak kisah sangat tapi ni orang kita weh)

p/s : aku akan sentiasa mendoakan agar KITA diberi Hidayah dan sinar Islam, apa pun aku masih lagi respect mereka ini. fasal apa? fasal mereka sanggup berkecimpung dalam dunia perguruan yang sangat mencabar.
Read More

26 Jul 2011

Retro la sangat kan !

"Retro is a culturally outdated or aged style, trend, mode, or fashion, from the overall postmodern past, that has since that time become functionally or superficially the norm once again. The use of "retro" style iconography and imagery interjected into post-modern art, advertising, mass media, etc. It generally implies a vintage of at least 15 or 20 years".

sebenarnya aku sendiri tak faham sangat apa maksud note kat atas ni. Apa yang aku faham, benda menatang ni adalah satu trend(gaya) masa lampau, dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun lalu. Tapi apa yang diterjemahkan oleh anak-anak muda kini??

aku tidak mempunyai sebarang masalah dengan apa yang dinamakan "retro". kerna jiwa mereka yang retro ini sememangnya tidak disalah anggap oleh mata masyarakat.

apa pun cun tak awek kat bawah ni? ni salah satu awek yang aku kenal dengan menggayakan dirinya dengan stail retro. Nama awek ni Christina Hendricks. (kalau la awek ni anda punya??)

Preview

Read More