Selamat Tinggal Sahabat
Read More
بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
aku tahu aku kejam dulu.
walaupun dihiris dengan belati. namun kau hanya merawat dengan petrol. walaupun kau berlebam akibat ditumbuk. namun kau hanya mengenakan ais pada kesan penumbuk. walaupun kau dikencingkan dengan kencing anjing. namun kau hanya mengambil tanah dan air mutlak sebagai pengganti.
aku tahu aku rosak dulu.
walaupun kau ditikam tepat di hati sedalam-dalam. namun kau hanya menjahitnya dengan tangan sendiri. berkali - kali aku mengujimu. namun kesabaran manusia biasa ada had nya. walau sekejam mana pun aku aku dulu. tidak pernah terfikir aku untuk membunuh mu. tidak pernah terdetik aku untuk menghina mu.
aku tahu aku silap dulu.
walaupun aku sentiasa membuat kau berduka dulu. walaupun aku sentiasa membuat kau rasa bersalah dulu. walaupun aku sentiasa membuat kau kecil hati dulu. walaupun aku sentiasa membuat kau sentiasa mengalah dulu. sedikit pun tidak. sekecil pun tidak. sehalus mana pun tidak. tetapi sebesar-besar rahmat. kau lah sahabat aku.
kini aku mula sedar.
ketika saat aku mula tenggelam hanyut dibuaian kehijaun daun. ketika saat aku mula tewas hanyut di badai insan dari rusuk lelaki. ketika itu jualah kau diambil. saat itu lah kau di kembalikan. diambil oleh Si Pencabut Nyawa. dikembalikan kepada Si Pencipta.
kini aku mula menangis.
sekuat mana pun. sebesar mana pun. sesedih mana pun. tangisan air mata bernanah sekalipun. ia semuanya hanya perkara sia-sia. hanya sekadar Al Fatihah sahaja yang boleh diharapkan sampai ke pangkuannya. walau pemergian mu membuatkan aku bertambah derita. sampaikan aku betul-betul lari dari dunia sebenar. pada kala itu, khayalan menjadi peneman. pada waktu itu, kegilaan menjadi hiburan.
kini aku mula kembali.
tidak guna aku terus hanyut kerana kehilangan seorang sahabat. walaupun aku tahu aku sendiri yang lemah untuk terus mencuba. diriku yang semakin lemah tiba-tiba dikejutkan oleh tangisan seseorang. tangisan yang tidak boleh aku berpaling. esakan yang tidak boleh untuk aku keraskan hati. rayuan seorang permata hati. dengan mata yang berkaca-kaca. diikuti sesak-sesak dada.
"kenapa anak aku semua macam ni ? kenapa anak aku semua tidak ada yang macam aku ? kenapa anak aku degil-degil ? kenapaa.. " bicara baba yang ringkas.
kata-kata baba yang pedih. yang lebih tepat ke arah aku. sehinggakan dia terduduk. menggosok-gosok dada. tercungap-cungap menahan kesesakan nafas. butir-butir yang keluar dari bibirnya betul-betul menghumban aku ke dalam loji. tidak sanggup aku melihat warga tua itu kesedihan.
aku mula meninggalkan perlahan-lahan kisah lama. walaupun hanya seberapa purnama kami di zaman gelap. namun, ia meninggalkan kesan yang dalam pada aku dan keluarga. detik itu, aku teringat kata-kata terakhir seorang sahabat.
"aku rasa bersalah dengan kau, sebab aku kau jadi macam ni."
"kenapa sebab kau pula"
"kerna hanya sebab sepuntung, tidak sangka kau akan jadi begini"
"ni bukan sebab kau"
"aku takut lah nanti masa perhitungan. nanti aku yang kena hanya sebab sepuntung"
"ish, kau ni. aku nak bagi tahu kau. bukan kau aku begini. tapi ini atas kehendak aku sendiri"
"tapi aku masih lagi rasa bersalah ! "
"aku dah buat pengakuan depan kau kan. ah, sudah lah. cerita lain lah."
"kalau dapat berhenti alangkah gembiranya aku."
"insyaallah", aku berslumber sambil menghadirkan satu senyuman.
setiap detik mula berlalu. setiap minit mula pergi. setiap jam mula menghilang. selang beberapa hari. dia yang sentiasa kerap singgah di gerai burger aku. tidak pula hadir pada malam itu. sehingga pada esok tengah hari. sedang aku dan kawan bersantai di bawah teduhan pokok berbuah lonjong. selepas keletihan menebang pokok liar di rumah jiran sebelah. kami di datangi sekumpulan motor bertanyakan alamat yang tertera.
aku mula kebingungan.
walaupun sudah di sebut namanya. namun aku masih lagi terpinga-pinga. sehingga seorang kawan menyedari. bahawa sahabat telah pergi. pada waktu getir itu. aku hanya boleh bersuara untuk memberitahu kepada Baba. Baba yang dalam keadaan yang tidak sihat bergegas ke tempat kejadian. pada waktu itu. segala rayuan. segala terikan. segala tangisan. segala esakan. tidak akan berubah takdir. tidak akan berputar kembalikan waktu. ingat aku dulu. salam persahabatan yang diakhiri dengan pelukan. hanya antara kau dan aku.
pernah aku terfikir untuk dia jadi pengapitku satu hari nanti.
bila aku sedar. Baba telah berlalu pergi untuk ke masjid. perlahan lahan aku mendongak melihat Baba dengan jalan yang tidak kukuh. sambil bertemankan tongkat. bagi aku, tidak ada seorang sahabat pun di dalam kamus hidup aku. melainkan dia sebagai seorang sahabat sejati. sempat memberikan amanat terakhir. seakan-akan sangat tahu akan kembali sebegitu muda.
kini sudah empat tahun sahabat pergi. namun masih tidak ada yang boleh mengisi kekosongan tempatnya didalam sanubari. seramai mana pun kawan. seramai mana pun sahabat. tidak akan boleh diganti dengan kesabaran sahabat. dengan sikap bagai seorang abang. dengan sikap yang sentiasa mengalah. dengan sikap yang sentiasa lurus. sentiasa berterus terang pada aku.
pemergian sahabat sedikit menyepikan sedikit ruang di dalam hati. tetapi. yang hidup perlu teruskan hidup. yang pergi biarkan lah mereka pergi.kirimkanlah ayat-ayat alquran walau sepotong ayat sekali pun. soal sampai atau tidak sampai. itu urusan yang Esa. jangan lah sekadar menjadi sahabat di dunia yang palsu. janganlah sekadar menangisi pemergian seorang sahabat.
entah bila. entah bolehkah. menurut kata-kata terakhir sahabat itu. sebelum aku jua dijemput atau pun direnjut nyawa oleh Izrail.
semoga sahabat mendapat kebahagiaan di kehidupannya kini.
Al Fatihah, untuk Muhammad Syafiq B. Saiful Bakhri yang telah kembali ke rahmatullah pada 5 Mei 2007 bersamaan 7 Rabiu'akhir 1428 hijriah.(kanan)