25 Jun 2012

Rintihan Kecil (9)

Entah Kenapa Aku Ini.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

walaupun mentari bersinar menerangi. namun aku masih lagi kelam membelenggu. tatkala fajar sedang menyingsing. aku masih lagi kaku seperti batu.



entah kenapa aku ini.

hujung hari mula memuncak. itu tanda malam akan terpacak. aku sentiasa sedar bahawa palsunya kehidupan ini. namun aku masih lagi mengharapkan keindahan di sini. 

melihat mereka bekerja. aku berasa diri ini tidak berguna. melihat mereka berjuang. aku berasa jasad ini terbuang. melihat mereka berusaha. aku berasa tubuh ini sengsara.

entah kenapa aku ini.

hati selalu berbisik. tiada harta tidak mengapa. kerna ini semua sementara. yang kekal hanya Dia maha kuasa. walaupun diri ini nampak kuat. malah hati sekeras pahat. resah gelisah masih lagi mengikat. berpautan di seluruh jiwa. sampaikan diri ini kecewa.

adakah takdir ini akan terus pada diri. sampaikan meninggalkan dunia yang jelas tidak hakiki. aku sendiri tidak tahu.

entah kenapa aku ini.

mereka selalu berkata.
"tidak ada usaha, macam mana mahu dapat apa yang dikehendaki."
 "kau ingat rezeki datang dari langit"
"kau tidak berusaha lagi, memanglah tak jadi apa"

"kau ini memilih sangat."

dari mana datangnya usaha mereka. adakah memang hadir dari mereka tanpa tuhan yang menghadirkan kudrat untuk mereka berusaha. 

aku sering berbicara pada hati. apakah kau akan terus begini. sungguh kalau aku begini hingga akhir nanti. apa lagi yang boleh aku perkatakan. apa lagi yang boleh aku lakukan. aku redha.

aku sangkakan mudah.

namun begitu hati bergocak padu. seperti tidak menerima takdir aku. lalu aku jatuh tersujud. meminta supaya kuat sentiasa wujud. tetapi hati tetap tidak mengerti. perbicaraan itu sekadar sementara mengubat luka berduri.

tangis jiwa tidak terhenti. tangis hati terus membasahi.

ya allah. andai ditakdirkan aku mati di dalam kekufuran. apa lagi yang boleh aku lakukan. apalagi yang boleh aku perkatakan. sesungguhnya kau sentiasa bersama kami.
Read More

10 Jun 2012

Sastera v.s. Mantera.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

sastera tidak setanding mantera.
mantera diamal pada diri.
itulah mantera semerah padi.

sastera tidak sehebat mantera.
mantera diucap padu. bukan sahaja di mulut turut di kalbu.
itulah mantera beradu.

sastera tidak se Gah mantera.
mantera puisi terindah. untung siapa mendapatkannya.
itu lah mantera nafsu sempurna.

wallahua'lam.
Read More

Walau Terjatuh Tapi Tak Tersangkur.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

dulu sering terjatuh. juga kerap kali tersungkur. sehingga bermandikan lumpur. jangan kan jasmani. tapi rohani turut tercela. tidak sempat di rawat. luka baru sudah menjelma.

mereka sering menghina. mereka sering mengejek. diri kotor tidak lagi berguna. tiada lagi harapan. segala gala putus hubungan. sehingga datang sesuatu yang terang. melihat seseorang sedang menyuluh. tepat kearah muka.
lalu dia berikan lampu itu. agar dapat menyuluh sendiri. tatkala malam menyelubungi diri.

memang jelas. setelah mendapat cahaya itu. segala galanya tampak nyata. tiada lagi keraguan. tiada lagi kesangsian. 

namun, kerap juga terjatuh. kerna jalan perjalanan yang tidak utuh. batu dan duri di kanan dan kiri. melukakan rohani yang mula terangi. 

sakit.

segala galanya bisa di lawan. walau bisa jengking sekalipun. namun begitu, mutiara kecil bercucuran ke bumi. setelah berendam lama di celah kelopak mata. itu yang tidak mampu untuk di tahan. 

sekalipun jatuh. kini tidak lagi tersungkur. walau dulu parah berdarah. tetapi kini hanya luka kecil. yang boleh  diubati dengan air. air bukan sebarang air. itulah air tiga kali basuhan.

semoga jalan perjalanan di tar. agar perjalanan lebih licin dan lancar. tidak lagi terjatuh. apa lagi tersungkur.

wallahua'lam.
Read More

9 Jun 2012

Ku Lihat Hijau.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

dulu mereka kuning. semarak lautan larva meletus.
menyusuri perjalanan yang tidak ada penamat. selagi tidak ditangisi mendung langit.
selagi itu larva akan terus mengalir. walau tembok zamrud di hadapan.

kini mereka hijau. semekar mawar di musim bunga.
menebarkan bau bau kebangkitan. menyerapkan kunci kehidupan dalam jiwa.
bau tidak akan pudar. selagi yang jahil masih berdiri berkuasa.

Neobalanocarpus heimii mula membiak. dipimpin dan diikat dengan kayu.
agar tidak sesat di persinggahan ini. agar lurus tegak menumbuh.
supaya menjadikan masa depan yang cerah.
secerah langit ke tujuh. 

Wallahua'lam.
Read More

Di Sebalik Itu.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

di sebalik indahnya mata itu.
terletaknya tahi mata. di celah celah kelopak mata. dilihat indahnya mata. namun masih lagi kotor. kerna mereka lupa dan alpa. akan apa yang di pandang mereka itu lah nikmat neraka. bukan keindahan syurga.

di sebalik manisnya bibir itu.
terdapatnya air basi. di tepian bibir. kerna di tanam tebu di tepi tepinya. lalu manis itulah menjadi air yang basi. kerna mereka terlalu bercucuk tanam. sedangkan itu, mereka tidak dapat menuainya. sehinggakan manis tebu hanya menjadi air basi.

di sebalik eloknya telinga itu.
terkandungnya tahi telinga. di celah dan di dalam lubang gelap itu. eloknya hanya diluar. kerna di dalam mereka lalai dan leka. sedang utusan itu lebih najis dari kencing anjing. namun begitu, mereka tetap mengangguk dan menerima utusan itu.

di sebalik bersihnya muka itu.
hal dibelakang tabir. terlalu banyak najis. di mata. di hidung. di telinga. di mulut. yang sedar hanya diri mereka. namun kita hanya tertipu akan sandiwaranya. tetapi tidak semua yang tertipu. masih ada sebahagian yang lihat najis itu. malah ada yang dapat lihat dengan lebih jelas. mereka yang bisa melihat inilah yang menjadikan sebuku roti. untuk dimakan di waktu azab maghrib dan sebelum azan subuh berkumandang. selebihnya roti di bahagikan kepada mereka yang lebih memerlukan.

di sebalik kemasnya tangan itu.
begitu kemas, sampaikan kita turut terpedaya. tidak terlihat akan kusut dan bau busuk tangan mereka. tangan yang sering membahagikan sama rata. sambil pula tangan itu sering memberi. tetapi mereka sentiasa mengingat. ingat akan setiap tangan itu kerjakan. sehinggakan mereka sendiri tidak sedar. akan kotor dan busuknya tangan mereka. kerna daki daki dari dalam kukunya.

wallahua'lam.
Read More