20 Jun 2014

Kerana Terpaksa Kader Relakan [jilid akhir]

"aku terima nikahnya, Najwa Latif Yeap Abdullah dengan mas kahwin bacaan sebuah surah alFatihah tunai."

setelah 3 kali akad, akhirnya Kader menjadi suami kepada Felixia yang sah. suasana yang tadinya hening mula menjadi bingit. kanak-kanak berlari mendapatkan Kader. dipeluknya seerat yang mungkin.

"uncle Kader, 20 sen." pinta salah seorang anak saudaranya.

tergelak Kader dibuatnya. bermacam ragam petang jumaat itu. Kader mendapatkan Felixia untuk upacara membatalkan wudhu' sebagai adat. walhal, sudah 13 kali Kader terkentut selepas saja disahkan akadnya kerana terlalu gemuruh.

"assalamualaikum." Kader memulakan bicara.

tidak sempat Felixia menjawab, telapak tangan Kader sudah diletakkan di atas kepala Felixia. lalu, disertakan dengan doa dan diakhiri dengan bersalaman.

"tak cium pun." bisikan Felixia yang gemersik.

"shhh, nanti malam lah. haha." balas Kader.

tanpa adegan cium-mencium dahi si pengantin perempuan. mereka terus keluar ke halaman masjid, mendapatkan kenalan-kenalan yang setia menanti.

"lepas ni, susah lah nak main poker, nak main game fifa, nak usha awek butik, nak bugima sama-sama dan bla bla bla bla." luahan salah seorang teman Kader.

"kau jangan lupa senaman harimau dengan urutan tunjuk langit yang aku ajar tu." bisik seorang lagi, serius.

"kau ada nombor aku? kenapa kau buang. nah ambil ni simpan. kalau nak minyak untuk jurus ke enam call aku. ok." seorang lagi bergurau senda.

berlinangan air matanya, menitis sebutir demi sebutir jatuh sembah ke bumi. ke mana pergi ego rockernya pun tidak diketahui. tiba-tiba pipi Kader yang basah diusap, dibelai dan dilap manja dengan sehelai kain yang berbau minyak pelincir oleh isterinya, Felixia. maklumlah, anak pengusaha bengkel vespa.

petang jumaat yang semakin hangat, bergambar bersama kenalan dan keluarga. daun nyiur yang menjengah lemah dihembus bayu Yaman, menghiasi persekitaran masjid al-pendoni. lalu, salji pun turun.

"eh, malaysia ada musim salji?" tanya Felixia kehairanan.

"entah. penulis minum ketum agaknya." jawab Kader selamba.

selesai sahaja majlis keramaian, Felixia membuat keputusan untuk membantu Kader dalam perniagaan burger sepenuh masa. Uncle Yeap juga memberikan galakan.

sesekali Kader akan ke bengkel di pagi hari hanya untuk menolong bapa mertuanya, Papa Yeap hanya untuk membuka pintu kedai.

"kak, burger daging akak manis satu." seorang pelanggan bergurau.

"burger daging akak manis tak ada. burger telur abang besar ada." bentak Kader. 

Kader mencapai pisau roti dan ditetak sepapan telurnya. ingin saja dibaling timbunan saladnya. Felixia cuba menghalang, sambil mengelap keringat suaminya yang mula membasahi pipi dan dahi, lantas memujuk.

"i love u Kader." Felixia berbisik.

"me too. mmmmuah." flying kiss dari Kader.

siapa kata melayu dengan melayu gaduh, cina tepuk tangan?

setelah 35 tahun, kini Kader dan Felixia bahagia bersama dengan 17 pasangan anak kembar mereka. walaupun dulu Kader hanya peniaga jalanan, masih lagi ada wanita yang sanggup bersama.

dia bukan tak cantik, dia bukan tak baik. dia bukan tak kaya, dialah kekasihnya selama-lama, Felixia.

Abah, Mama, Papa Yeap dan Mama Yaep pun telah lama pergi meninggalkan duniawi. Papa Yeap dan Mama Yaep tidak sempat menerapkan ajaran Islam di dalam jiwanya. bagi mereka agama mereka, bagi kami agama kami, tidak mengapa.

perniagaan Kader bertambah maju, hampir seribu lapan ratus tujuh puluh sembilan perpuluhan empat tujuh enam [1879.476] kiosk burgernya hingga ke serata asia sampaikan memecah pasaran di semenanjung gaza.

setiap urusan perniagaannya sudah diserahkan sepenuhnya pada kembar sulung. Kader dan Felixia benar-benar menikmati setiap saat di hari tua mereka. disamping bersiap untuk persiapan yang bakal menjemput nyawa.

betullah orang kata, pernikahan membuka beribu pintu rezeki.

andainya Abah dan Mama masih ada, pasti mereka tidak kan menyangka kejayaan perniagaan anak bongsunya ini. bukan niat Kader ingin menunjuk-nunjuk atau apatah lagi bongkak meninggi langit.

dahulu, Kader hanya mengharapkan satu daripada mereka, kepercayaan pada Qada' dan Qadar Tuhan. tetapi apakan daya, mereka tak berkesempatan melihat semua ini. kerana mereka, Tuhan lebih menyayangi.
satu pesanan Kader untuk para pembaca, sebelum kosong akal dan minda mu.

pedulikan orang kata. baju ronyok tak mengapa, asal pakai selesa. itu bukan segalanya, yang penting bahagia.

hey untuk dia. hey untuk dia. hey untuk dia. untuk dia.

[outro]
selagi hayat ini dikandung badan.

selagi jasad ini masih berdiri.

selagi itu tak kan henti.

cintai mu.

tammat.

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.