bila masuk bulan Sya'ban sahaja, siapa akan pening kepala? para crew, artis, penerbit, pengarah la kan. bukan senang nak senang bila Sya'ban dah menjelma. kadang-kadang bukan bulan Sya'ban, mahu-mahu dari bulan Muharam lagi depa sudah buat persiapan. aku bukan la nak jaga tepi kain orang. tetapi ak cuma terkentut sambil menangis sahaja bila melihat depa ni. puasa belum pun nak mula, dah sambut hari raya dulu. ada yang terlebih excited tu, siap ada temu ramah dengan wartawan magazine *****. dimana artis kita beraya? haha.
yang dikejar bukannya barakah pada bulan ramadhan. tetapi semangat nak hari raya pula. aku bukan lah baik sangat nak jaga tepi kain orang. tapi Islam menyuruh kita saling ingat mengingati. tak ada pun program barakah bersama artis waktu bulan puasa ni. kalau ada pun secara live yang Melodi dengan Fuhh! tu la. macam haram. sudah lah bulan puasa. masih lagi terkejar-kejar fasal gossip.
bagus lah kalau nak bermaaf-maafan tu. tapi tak semestinya nak tunggu bulan syawal kan. aku pun jarang mintak maaf dekat orang.hehe. aku bukan nak menghighlight artis sahaja. bagi aku semua orang pada akhir zaman ni pun sama. especially umat Islam MALAY ni. tetapi yang membuatkan aku tersentap ni mereka-mereka ni terlalu menonjol sangat. itu yang buat aku hidup segan mati tak mahu.
kalau bukan sama agama dengan aku lain cerita. artis ni dah la menjadi ikon pada masyarakat kini. tak payah sebok sangat fasal hari raya. kerna belum tentu lagi kita dapat menghabiskan bulan ramadhan ni dengan sempurnanya. maksud aku yang lebih tepat, belum tentu kita sempat tengok anak bulan syawal. manalah tahu. mungkin sekejap nanti. kalau tak, mungkin esok time nak bangun sahur.
dengan adanya kesempatan yang diberikan. pada bulan barakah, penuh dengan sinar pahala. bersamalah kita mendekati NYA. tak payahlah nak sebok sangat nak berhari raya. fasal bagi orang yang beriman "mereka sangat sedih kerna berlalunya Ramadhan". bulan yang penuh dengan rahmat Allah.
Hah! cuba lihat mereka ni. walau dalam apa jua sekali pun yang menjadi Tiang pada Islam mestilah yang diutamakan walau dalam apa keadaan dan apa cara sekali pun. solat Tiang agama Islam brader. kalau tak ada tiang runtuh lah iman. puasa pun tak ada guna kalau tak solat. fasal solat yang akan dihisap dahulu di akhirat nanti. kalau dekat solat dah terkantoi. alamatnya yang lain cuma sia-sia lah kawan.
p/s : aku bukan nak cari gaduh, cuma yang lupa kenalah diingati termasuklah aku sendiri. tapi aku tau, tak semua artis lagu ni na.
Tweet