18 Sept 2013

Qaseh Narathiwat (jilid3)

"splash !"
"hoi ! apa main simbah-simbah air ni ? "
"hahaha, nah ambil ni lagi. kita tanya elok-elok dia jawab main-main." kata Qaseh dalam suara yang nyaring.

ketawa sakan kami berdua. kerenah anak-anak kecil yang tidak dapat diselindung lagi. basah lencun pakaian kami, dek angkara air sabun untuk membasuh pinggan.

selepas mendapat keizinan yang pertama, aku tidak lagi kekok untuk pinta yang kedua. walaupun begitu, syariat dan adab sentiasa dijaga. oleh kerana khuatir berlaku perkara yang tidak diingini, kami selalu keluar bertiga. hanya aku, Qaseh dan Ira. satu-satunya adik perempuan yang pernah aku miliki.

pakcik Saleem seakan merestui hubungan kami, namun begitu ayah dan ibu masih lagi diam membisu.

aku tahu sukar untuk mereka menerima keputusan ini. Qaseh yang berasal dari satu kampung kecil di daerah Narathiwat menjadi tembok penghalang cinta kami.

"kau dah fikir masak-masak ke Shaz ?"

ayah sengaja menguji. aku kenal sekali perangainya. sekali dia kata tidak, maka muktamadlah tidak. tapi kali ini berbeza. aku bukan lagi meminta untuk dibelikan aiskrim atau gula-gula. aku sudah dewasa dan berhak untuk menentukan masa hadapan sendiri.

"kau tak tahu lagi asal usul dia. kau jangan menyesal di kemudian hari."

dia masih lagi menakutkan aku. aku semakin tidak senang dengan perangai ayah yang tidak pernah memberi peluang untuk aku membuat keputusan.

"Shaz dah fikir sebaik mungkin. Shaz bukan minta yang bukan-bukan. hanya satu dari ayah dan ibu. restu !"

ibu diam seribu bahasa. tidak sepatah pun keluar dari mulutnya. aku tahu ibu merestui, namun kerna sikap ayah yang ego dan tidak mahu mengalah membuatkan dia tidak berani untuk bersuara.

"kalau ayah tetap dengan keputusan ayah. Shaz akan tetap dengan keputusan Shaz. noktah."

ibu mula memujuk aku dan ayah. supaya saling memahami dan bertimbang rasa. entah bagaimana, takdir dan kuasa ilahi lebih memihak kepada aku.

"Izham Shazrin Nur. kau dengar baik-baik. kalau berlaku apa-apa antara kau dengan dia. jangan libatkan keluarga ini."
"kau tadahlah seorang-sorang"

ayah mencabar aku dan aku pun menerima dengan hati terbuka. cabaran seperti ugutan, tetapi aku tahu ayah tidak begitu. disebalik egois demi menjaga nama baik keluarga besarnya, masih lagi tersisip simpati dan kasih insani di luhur hati.

pertama kali ayah menyebut nama penuhku. jelas dia memang sudah tewas dengan pujukan ibu. aku tersenyum dan berasa gembira.

"terima kasih ayah, ibu."

setelah Qaseh mendengar berita ini, dia begitu senang sekali. lalu, aku pun membawanya berjumpa dengan keluargaku.

"ayunya bakal menantu makcik. pandai Shaz pilih."

ibu memang pandai memuji. sampaikan makcik Jue yang hidung panjang itu pun suka dan senang berborak dengan dia.

Qaseh hanya tersenyum malu. habis merah kedua-dua belah pipinya. sedang aku sibuk melayan cerita ibu dan Qaseh, tiba-tiba.

"pon. pon. pon."

hairan sungguh aku. jarang sekali posmen ini membunyikan hon di rumah kami. sepertinya ada surat penting untuk ditandatangan.

"ye bang. kenapa?"
"mari sign sini. surat penting ni. memang nak kena betul-betul sampai pada tuan dia."

aku melihat muka depan sampul itu. namaku terpampang jelas dengan bertulisankan arial bold.

"terima kasih ya bang. salam."
"sama-sama. salam." 

bersambung...

1 comment:

kata murni sahabat2 gua.