Ingin sy bertanya, apakah ciri-ciri bagi suatu alat yang digunakan sebagai mata wang di sesebuah negara? Sudah tentu ianya haruslah dipersetujui oleh manusia bahawa ianya JELAS BERNILAI untuk dijadikan urusan jual beli.
Persoalannya adakah wang kertas yang diamalkan kita hari ini memiliki ciri-ciri diatas? Sudah tentu jawapannya adalah TIDAK. Ini adalah satu lagi penipuan dari pihak penjajah yang diterima bulat-bulat oleh kita yang bertujuan merosakkan institusi sosial umat manusia. Sekeping kertas yang dicetak dengan angka-angka tertentu tidaklah bernilai apa-apa sebenarnya jika kita mula berfikir diluar kotak dan bukan lagi secara hanya "follow the flow".
Zaman dahulu, semua negara menggunakan emas. Ramainya manusia menggunakan emas adalah sama seperti mana ramainya manusia menggunakan wang kertas pada hari ini. Bahkan ditanah air kita suatu masa dahulu, sebelum dijajah, transaksi jual beli adalah dengan menggunakan syiling emas. Pernahkah kita terfikir kemanakah hilangnya kesemua syiling-syiling emas milik negara kita?
Emas tidak akan jatuh nilainya. Kerana emas tetap emas. Ia memiliki nilai emasnya yang tersendiri yang tidak ada pada kertas. Tidak seperti wang kertas, ia dicipta untuk menjadi wang yang ditentukan nilainya oleh manusia.
Emas tidak boleh dicetak dengan sewenang-wenangnya seperti wang kertas. Maka pengaliran emas jika digunakan sebagai wang akan menyebabkan emas ini sentiasa mengalir dalam suatu komuniti. Tidak seperti wang kertas yang mana jelas hanya memihak kepada satu pihak sahaja, iaitu pihak yang boleh mencetak wang kertas ini. Tidakkah ini suatu kebodohan?
Allah S.W.T sebagai jurutera pencipta manusia tentulah tahu apa yang terbaik untuk ciptaannya. Hari ini, kita tolak emas sebagai wang. Kita terima wang kertas dan memperbodohkan diri kita.
Wang kertas jika dikaji asal-usulnya, ia hanyalah surat hutang yang mewakili jumlah emas. Ianya bertujuan sebagai cek untuk menukarkan kertas yang diterima oleh rakyat yang bekerja untuk ditukarkan kepada emas.
Lihat perkataan promises to pay the bearer on demand. Perkataan tersebut jika diterjemahkan, ia bermaksud 'janji-janji untuk bayar si penanggung beban atas tuntutan'.
Penjajah ini mula menggunakan kertas sebagai ganti kepada emas. Rakyat jelata disuruh bekerja atau pun berkhidmat. Tetapi semakin lama [bahkan ke hari ini] rakyat jelata tadi tidak diberikan emas.
Jika difikir, penjajah semakin untung, kerana rakyat jelata disuruh bekerja dan berkhidmat dengan hanya diberikan kertas-kertas bernombor. Emas iaitu harta negara pula dijadikan suatu barang yang kurang bernilai berbanding wang kertas yang diberikan kepada kita, kerana dengan itu, pada suatu tempoh kelak, setelah rakyat lupa akan asal usul wang kertas ini, penjajah akan dengan banyaknya "membeli" emas-emas di seluruh dunia dengan wang kertas yang kononnya tersangatlah bernilai seperti yang kita fahami dan amalkan hari ini.
Maka hilanglah semua emas-emas didunia sedikit-demi sedikit akibat disapu habis oleh para penjajah.
Kedai menjual emas adalah satu kehidupaan yang direka oleh mereka supaya dengan mudah penjajah akan dapat membolot hampir semua emas di dunia ini. Membeli emas dengan nombor-nombor yang dicetak pada kertas. Sungguh tidak masuk akal. Pada mulanya penjajah mencetak wang kertas yang dimana gambar Permaisuri Elizabeth digunakan padanya selain dicetak nombor-nombor tertentu padanya. Tujuannya adalah untuk kelihatan menarik agar dapat menarik perhatian rakyat terhadap penggunaannya.
Dengan kertas ini rakyat jelata boleh mendapatkan emas mereka. Rakyat jelata menjadi tenang apabila terpampang gambar pemimpin British di kertas itu. Kononnya penjajah serius menjaga kebajikan rakyat jelata. Tetapi pada hakikatnya ini semua hanyalah untuk meredakan kemarahan rakyat jelata atas penipuan demi penipuan.
Namun masih ramai lagi yang memperjuangkan hak penggunaan emas yang sepatutnya diberikan pada masa itu.
Maka kemudian penjajah bergerak selangkah lagi kehadapan bagi menarik perhatian rakyat terhadap penggunaan wang kertas. Diantara penipuan mereka secara psikologi untuk membuatkan manusia bersetuju dengan penggunaan wang kertas ini adalah dengan meletakkan gambar-gambar yang memberikan imej negara kawasan jajahan itu sendiri pada wang kertas yang dicetak, seperti contoh gambar pemimpin negara itu sendiri, supaya dengan perlahan-lahan rakyat akan mula menerimapakai wang kertas ini dan akhirnya menghalalkan penggunaan wang kertas secara total seperti mana yang difahami dan diamalkan kita pada hari ini.
Sungguh terancang plan jahat mereka tanpa kita sedari. Bahkan kita paa hari ini hampir semuanya seperti bersetuju dengan sistem kuffar mereka ini. Seolah-olah merekalah penyelesaian kepada setiap masalah yang dialami oleh kita dalam zaman yang kononya bertamadun ini.
Ini semua akhirnya akan menjadikan kita semua, satu negara kita ini meleset dari segi ekonominya, akhlaknya dan lain-lain akibat tempias penggunaan kertas itu tadi. Fikirkan bagaimana dengan mudahnya harta negara dibolot semua sekali dengan kertas-kertas yang dicetak oleh mereka dengan nombor-nombor tertentu, dan semua usaha titik peluh rakyat akhirnya dibayar dengan kertas-kertas bodoh yang diukir dengan nombor-nombor tertentu dan angka-angka yang menarik perhatian. Semua ini adalah satu kebodohan yang diterapkan kedalam minda kita sebagai ketamadunan.
Yang lebih pelik lagi ialah, nilai sehelai kertas yang dinamakan RM ini adalah berubah-ubah mengikut tempat. Ya, ianya berubah-ubah. Jika di Malaysia, nilai 1 nya adalah bersamaan 1. Tetapi jika kita seberang ke pulau Singapura, nilai 1 menjadi 0.37. Jika ke Bahrain pula nilai 1 menjadi 0.01. Jika di U.k, nilai 1 bersamaa dengan 0.15. Tidakkah ini suatu pembohongan yang jelas? Jika penggunaan emas, 1 adalah 1 walau dimana jua kita berada. Ianya mempunyai harga yang tetap bahkan semakin meningkat dari setahun ke setahun.
Maka lahirlah generasi tertindas seperti kita hari ini. Dan tunggulah kita semua akan kedatangan satu lagi era baru penjajahan zionis. Seperti mana British dijatuhkan dahulu sebagai kuasa dunia dan berpindah kepada Amerika laknatullah, begitu jugalah kuasa Amerika akan jatuh dan berpindah ke Israel dengan penipuan yang lebih dahsyat dengan bertopengkan ketamadunan.
Mengikut kajian, dalam beberapa tahun lagi mereka akan menjatuhkan sistem wang kertas dollar Amerika ini pada mulanya [inilah sebabnya mereka akan membuatkan dunia percaya bahawa kuasa pusat dunia telah terlepas dari tangan mereka], dengan tujuan untuk mereka memperkenalkan sistem wang yang baru, yang lebih menindas dan memihak kepada mereka, iaitu WANG ELETRONIK. Pada masa ini wang tidak lagi boleh disentuh, yang ada hanyalah nombor-nombor yang bermain-main didalam minda seluruh manusia.
Satu lagi penipuan yang akan ditanggung oleh generasi beberapa tahun akan datang sebelum datangnya Imam mahdi untuk menghapuskan kekejian yang melarat didunia ini dan kemudiannya pembunuhan dajjal oleh Nabi Isa setelah penurunannya kali kedua. Dunia kemudiannya akan kembali kepada sediakala dan sistem khalifah akan ditegakkan semula.
Namun harga yang besar perlulah ditanggung oleh kita akibat kerosakan bumi ini sebagai akibat perbuatan kita sendiri yang selama ini berkiblatkan golongan penyembah syaitan ini. Harganya ialah perang dunia menentang tentera dajjal serta dajjal itu sekali sepertimana hadith-hadith dari Nabi akan perihal akhir zaman.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”
Maka ingatlah pesan nabi junjungan kita terhadap penipuan wang kertas yang diamalkan kita hari ini. Kita semakin hampir kepada masanya dunia akan mencapai klimaks kesesatannya dan kemudian kembali semula kepada fitrahnya yang asal. Maka Nabi telah berpesan kepada kita berkenaan penggunaan emas diakhir zaman kelak.
"Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai boleh digunakan untuk umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham [untuk digunakan]."- Hadith dari musnad Imam Ibn Hambal.
credit : green project.
0 comments:
Post a Comment
kata murni sahabat2 gua.