18 May 2012

Percayalah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



tidak perlu menangis. tidak perlu resah. tidak perlu kecewa. yakin lah  tidak ada satu pun yang adil. melainkan dia yang maha adil. dia lah maha penyayang. dia lah maha pemurah. dia lah maha mengasihani. sekalipun berat yang hadir. walaupun bencana yang mendatang. percayalah. dia amat menyayangi.

dia akan perintahkan makhluk suruhannya. turun ke bumi. memberikan sesuatu yang tidak disukai makhluk berakal di bumi. sedangkan dia suka akan pemberian darinya itu. kerana pemberian dari dia itu. adalah untuk mereka yang terpilih dari kalangan mereka yang terpilih.

tidak semua makhluk berakal di bumi mendapat pemberian itu. maka sesiapa yang dapat. itulah mereka yang amat beruntung. bukan sekadar untung. tetapi istimewa. 

di antara yang mendapatkan pemberian itu. tidak semua yang boleh menerima pemberian itu. ada yang tersungkur. ada yang tergelongsor. maka mereka itulah yang rugi. pemberian istimewa dari dia. bukan lah mudah untuk makhluk berakal ini menerima.

kekadang redha. kekerapan hampa dan merungut. tidak sedar akan diri mereka istimewa. tidak sedar akan diri mereka terpilih. tidak sedar diri mereka beruntung. alangkah peliknya. ramai dikalangan golongan golongan itu. tetapi tidak lah mustahil. kerana semua dari dia.

pemberian yang berupa ujian. samaada besar ataupun kecil. percayalah. dengan ujian itu lah terbitnya kata kata hikmat. dari hati ke bibir. segala puji pujian hanyalah untuk dia. kerana apa dia menurunkan ujian. kerana dia suka dipuji. kerana dia ingin terkenal. dan dikenali. dan dia amat mencintai pada mereka yang memuji dan mengenalnya.

alangkah bertuahnya mereka yang terpilih. kerana mendapat kasih sayang dari dia. yang tidak boleh dihitung dengan kalkulator. yang tidak boleh dibanding dengan kejelitaan sesuatu. namun, segalanya sudah tertulis. kita redha ataupun tidak. juga telah tertulis. 

jika mereka masih ada perasaan untuk meredhakan diri mereka atas sesuatu. yang akan berlaku pada diri mereka. maka mereka lah makhluk yang paling beruntung. percayalah.

wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.