9 May 2012

Cinta

bismillahirrahmanirrahimilazim.

cinta. 
kau hadir tatkala aku sunyi dan sepi. juga berduka. dengan diiringi air dari celah kelopak mata. lantas kau  memberikan aku anugerah terindah. walau tidak sehebat mereka mereka. namun ia amat cukup sekali. 

cinta.
sedang aku bergembira dan alpa. sambil bergelumang dengan nikmat sementara. lalu kau pergi. meninggalkan aku sendiri. bersama membawa anugerah itu. aku mengakui. akan kelemahan ini.

cinta.
aku pasti. kau akan kembali. memberikan aku anugerah itu semula. agar kau dan aku menjadi satu. tiada lagi sangsi. terus menerus memperakui. kau lah cinta sejati. sampaikan diri ini mati.

cinta.
aku cuba mengenali dirimu. sehinggakan aku sedar. siapa diriku yang sebenar. bahawa aku hanyalah boneka wayang kulit. yang tidak bermaya tanpa mu. yang tidak mempunyai apa-apa tanpa dirimu.

cinta.
datang lah kembali ke pangkuanku. agar aku dapat melihat semula diriku yang sebenar. agar betapa namamu hanya dalam sebutan ku. dari yang batiniah hinggalah ke lahiriah.


0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.