8 Apr 2012

Sebabkan Sebelanga Nila. Rosak Susu Setitik !

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

petang hari aku tengah berdiri. tiba tiba aku disakiti. panahan petir terus menyambar. memperlihatkan wajah iman yang hambar. alangkah pedih. alangkah sedih. fenomena alam sekali lagi menguji. segala yang berlaku pada diriku ini.



tak semua mereka kaki rasuah. tak semua mereka nau'zubillah. dicoretkan kisah di malam hari. malam sabtu penuh di hiasi. dengan kerlipan warna warna lampu neon. yang hadirnya bewarna warni. satu hari gua telah ke hotel istana untuk menghadiri satu majlis perkahwinan saudara gua. gua bersama keluarga.

sedang sahaja kami mendapatkan tempat duduk kami. jauh di satu sudut dinding. sesuai dengan pangkat orang kampung kami. meja yang ke 81 menjadi pilihan hati. tiba tiba hadir pemimpin pemimpin manusia malaya yang disegani. namun mungkin lebih ramai yang membenci.

sambil sambil makan di dendangkn dengan lagu mengusik jiwa. kekasih awal dan akhir. brader jamal turut menghadiri. cerita gua adalah sebelum majlis mentekedarah berlangsung. majlis amalan orang india di dahului. merenjis renjis  dari pemimpin malaya dan isteri 2 juta nya.

oleh kerana gua terlalu mengantuk. dan memperlihatkan jam tangan sudah menunjukkan jam 9.30 malam. mentekadarah pun belum. merokok pun belum. solat pun belum. sebelum gua terlentang di majlis. segera gua paw bapa gua rm5. lalu gua pun beransur keluar. dari tiga pilihan yang belum gua laksanakan. gua memilih untuk ke surau sebelum melakukan yang lain2.

sampai sahaja di tempat wudhuk. uih ! PISTOL ! 

rupanya seorang anggota polis trafik sedang ingin menunaikan solat isyak. mungkin beliau ditugaskan untuk mengeskot pemimpin malaya dan sengakatannya. aku bersyukur. kerana telah di imamkan oleh seorang anggota polis. hanya aku dan polis. bacaan tidak kekok dan tidak bertarabur. doa nya lancar dan suaranya halus. cukup menghadirkan suasana merdu di sebuah kotak kecil di dalam hotel istana itu. 

kebanyakan manusia salah menilai mereka. kerana di sebalik mereka ada yang tidak seperti mereka2 yang kami benci. ada pepatah melayu telah berkata. sebabkan setitik nila, rosak susu sebelanga. tetapi bagi gua mungkin ungkapan ini lebih sesuai. "sebabkan sebelanga nila, rosak susu setitik" !

beliau yang sentiasa berjaga jaga. tidak kira di mana dan apa yang dilakukan. walau solat sekalipun. pistol tetap di pinggangnya. apa yang membuatkan aku lebih gembira pada malam itu. adalah kerana sikapnya yang senang dan selamba pada manusia kerdil seperti. gua.

namun apa yang lebih penting adalah. gua telah jimat duit daripada membeli rokok. kerana gua telah mengepaw brader polis. soemporna pun boleh la. :D

wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.