24 Feb 2014

Tuhan Berikan Aku Cinta


dia berikan rasa cinta. sedang tidak pernah aku inginkan. tetapi cinta bukan untuk aku miliki. malah untuk dikorbankan.

ya Allah. tiada kesanggupan untuk aku meneruskan kisah ini. perit jiwa ini menahan bisa yang melukai.

" kaca yang jatuh berkecai. jikalau dicantum tidak akan serupa. aku antara berjuta insan yang menjadi korban cinta. "

aku redha. namun terselit keterpaksaan. apakah itu dinamakan redha ?

tuhan berikan aku cinta. sekali lagi cinta. cinta yang paling aku takuti. itulah cinta dunia.

cinta bukan untuk diriku. aku tahu. cinta tidak semestinya bersama. akan tetapi atas nama cinta kita terpaksa melepaskannya. kerana dia. bukan milik aku.

sengaja Kau hantar dia kepadaku. adakah untuk menguji tingkat dan darjat nafsuku ? ya tuhan.

" hasbi rabbi jallallah. ma fi qalbi ghairullah. nur muhammad sallallah. "

cukup lah bagiku Allah. tiada satu cinta pun di dalam hatiku selain mu ya Allah.

melihat mereka bahagia bersama. melihat mereka bergelak ketawa. melihat mereka senyum gembira. maka cukup2 lah membahagiakan nurani ini.

semoga Kau tabahkan hati yang nipis ini. agar biasa berdikari sendiri.

wallahua'lam.

6 comments:

  1. moga kita tabah hadapi ujianNya. moga dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
  2. Cinta sejati bakal ditemu-
    Mohon didoakan selalu-
    Biar ia datang bertamu-
    Bukan sekadar angin lalu.

    ^^ balas kunjungan. thanks for the advice.

    ReplyDelete

kata murni sahabat2 gua.