31 Dec 2013

Qaseh Narathiwat (jilid 5)

"assalamalaikum En. boleh saya tanya. saya nak melapor diri, jadi..."
"waalaikumssalam. oh ya. di sini. untuk jawatan apa ya?"
"pembantu pemeliharaan hutan, G27"

masa terus pantas berlalu. sudah hampir sebulan aku di Sabah. khabar dari kota raya sentiasa menjadi kepentingan. namun, seakan ada saja halangan yang harus aku tempuh. kali ini aku diarahkan untuk memantau hutan simpan sepilok.

oleh kerana hanya aku staf yang paling muda dan belum berumah tangga. maka aku ditugaskan selama 3 bulan di sana. ia betul-betul menguji kesabaran aku sebagai hamba tuhan yang tidak berdaya.

"huh! biar betul ni. 3 bulan kat sana bermakna puasa dengan raya kat sana lah."


aku bukan merungut soal kerja. tetapi jadual kerja yang seakan tidak memihak padaku. apakan daya, siapalah aku untuk menolak takdir.

hampir 2 bulan aku di sepilok. bersama 2 orang lagi renjer hutan yang setia. bulan ramadhan juga semakin ingin melabuhkan tirai. nasi putih bersama telur masak kicaplah yang selalu menemani kami di waktu iftar dan sahur.

"ya tuhan, rindu sungguh aku pada keluarga."

memang tidak tertahan lagi. air mata tidak pernah putus mengalir saat mengenang nasib di rantauan. mana tidaknya, hutan simpan sepilok masih lagi tidak punya rangkaian jaringan telekomunikasi. telefon pun tidak, utuskan surat aku tidak reti. ya Allah, jadikanlah aku hamba yang sabar.

"ring. ring. ring. ring."
"helo"
"assalamalaikum orang k.l ! haha"

setelah 2 minggu berhari raya di dalam hutan, kini tibalah masa untuk kami keluar dari kembara. tidak sabar rasanya untuk berjumpa mereka di sana. rasa rindu yang tidak bisa diluahkan.

"ibu, apa khabar? semua ok ke?"
 "alhamdulillah, semua baik-baik saja. kau tu yang tak patut Syaz. diam seribu bahasa. 3 bulan tak ada khabar." kata ibu.
"ibu."

ibu mungkin sedih. aku mengerti, ibu mana yang tidak risaukan anaknya. sedangkan haiwan pun tahu erti kasih dan sayang pada anak.

"hah. bila kau balik ni?"
"insyaallah lusa sampailah. ibu, Qaseh mana? Shaz telefon tak jawab."

ibu senyap saja. sepertinya ada yang tidak kena di sana. berkecamuk fikiran ini memikirkan. semakin gelojoh perasaan ini ingin pulang.

bersambung..

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.