dingin sekali pagi ini. sambil2 mengintai pelangi. indah khabar dari rupa. rupanya ilusi permainan mata.
sangat letih. malah tidak terdaya. aturan siapa? sungguh kuasa kekasih tercinta.
hadoi! apa entah yang dikejar. tak faham gua. cuba lu tengok orang korporat. kebanyakan la, gua tak kata semua. kebanyakan mereka, pada awalnya kerja gila babi. macam esok harga sardin marina 20 ringgit se tin.
bila dah selesa. dah kukuh ekonomi. dah berjaya. lu tengok kan je. lu perhatikan je. lu intai saja dari kamar. jangan lama2. nanti ketumbit! mula pakai jam bertali chrome. pakai cincin. tuxedo. kereta mewah. rumah besar. isteri? pergh! tak nak cakap.
dah dapat semua tu. apa lagi mahu? nak lagi? mestilah! nama pun manusia.
gua fikir kerja gila babi. dah dapatkan kemewahan yang diberi. dah cukup. tak cukup lagi. kerja lagi gila babi. mungkin minda mereka sudah di setkan otak2 sekeping 12 ringgit 34 sen. mungkin.
saudaraku. ingat pujangga ini.
" bekerjalah seperti lu akan hidup seribu tahun lama lagi. beribadahlah seperti lu akan mati esok hari. "
apakah pujangga ini merujuk kepada orang yang malas bekerja. tetapi kuat beribadah ?
bukan ke beribadah itu juga satu pekerjaan. di dalam pekerjaan juga boleh jadi ibadah ?
tak percaya? haha. jangan tanya gua. pi tanya ustaz sana. depa ada sijil cop kelulusan agama. :)
hah ?? apa ?? lu kata gua dengki ? tak tak tak tak. gua tak dengki. tapi gua sayang sesama cucu cicit Adam a.s.
pernah dengar kisah ni ? klik sekejap. baca dulu.
wallahua'lam. Tweet
0 comments:
Post a Comment
kata murni sahabat2 gua.