malam semakin berjambang. mata juga berat memandang. badan sakit bukan kepalang. namun jemari kuat berjuang.
selang sebulan yang lalu. aku telah dipertemukan dengan seorang lelaki cina. dia juga merupakan rakan sekerja aku. dia jugalah sifu aku buat masa ini. pelbagai tunjuk ajar aku peroleh darinya.
selepas sebulan lebih aku bekerja. bermacam macam perangai aku jumpa. yang sini kata yang sana macam tu. yang sana kata sini macam ni. aku mula murung. berkurung. aku keliru. mujur ada Allah pelerai segala pilu.
aku pejam mata. aku cuba mencari kebenaran di dalam gelap mata itu. mujur aku lihat satu cahaya. itulah dia cahaya mata hati. aku mula berfikir. akhirnya, aku ambil keputusan untuk redha atas segala ketentuan.
itu yang paling penting.
wallahua'lam. Tweet
0 comments:
Post a Comment
kata murni sahabat2 gua.