setahun sudah pun berlari. kini usia meningkat lagi. tandanya mati menghampiri. semoga aku sedia menghadapi.
semenjak dua menjak ini.(jangan baca ikut tempo Malique, tolong..) perasaan dalam sanubari aku mula melonjak lonjak keluar. aku memerhati seluruh alam. melihat perit pahit masam masin manis kehidupan makhluk yang jelas tiada daya.
aku tahu usia sedang menaiki tangga tangga untuk menuju ke pintu kematian. selepas sahaja aku memenangi liga Fifa 13 peringkat bujang2 lepak sampai ke pagi. aku sudah membuat keputusan untuk menarik diri profesion sebagai seorang gamers. ( lebih2 lagi yang menggunakan joy stick)
aku tahu, setiap perlawanan akan menjadi tidak menarik. juga tidak ada lagi jaminan permainan yang fairplay. aku juga tahu, kalian begitu berasa puas sekali apabila menewaskan juara berganda seperti aku.(hehe). oleh yang demikian. kemenangan pada ahad tengah pagi yang lepas adalah hadiah yang terbaik aku berikan pada kalian. apa2 pun, aku harap kalian kekalkan permainan fairplay yang juara bertahan ini tonjolkan.
dengan ini gua ishtiharkan pada dunia untuk "menggantung joystick"
wallahua'alam Tweet
0 comments:
Post a Comment
kata murni sahabat2 gua.