29 Feb 2012

Sesekali kau. Sesekali kami.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 


sesekali kau diatas. sesekali kau dibawah. sesekali kau berasa senang. sesekali kau berasa susah. sesekali kau pasti girang. sesekali kau pasti kecewa. 

hidupan dunia sekadar permainan. hidupan dunia sekadar lakonan. tiada yang kental. tiada yang kekal. 

sesekali kau diatas.
jangan lah lupa kami dibawah. jangan lah meludah kami di bawah. jangan lah memaling kami dibawah. jenguk dan lihat lah. pimpin dan pandu lah. agar kau dan kami berada di atas. bersama  mereka yang telah tetap diatas. dan tidak lagi ubah ubah. dan tidak lagi turun turun kebawah.

sesekali kau dibawah.
jangan lah merayu pada mereka diatas. janganlah meminta minta mereka diatas. janganlah terasa hina pada mereka diatas. buka kepala paip dan  berwudhuk lah. ruku' dan sujudlah. tadah tangan dan berdoalah. bertenang dan berasa syukurlah. agar kau dan mereka sama sama diatas. bersama mereka yang telah tetap diatas. dan tidak lagi ubah ubah. dan tidak lagi turun kebawah.

sesekali kau berasa senang.
janganlah menarik muka pada kami yang susah. janganlah membenci pada kami yang susah. janganlah meninggi ninggi pada kami yang susah. buka lampu dan suluhkanlah pada kami. beri tongkat dan bawalah bersama sama kami. agar kau dan kami sama sama senang. bersama mereka mereka yang telah senang. dan tidak lagi ubah ubah. dan tidak lagi susah susah.

sesekali kau berasa susah.
janganlah kau berasa tidak adil. janganlah kau berasa tidak dipeduli. janganlah kau berasa ingin meragut diri. senyum dan berzikirlah. berusaha dan bertawakallah. berdoa dan bersabarlah. agar kau dan mereka sama sama senang. bersama mereka mereka yang telah senang. dan tidak lagi ubah ubah. dan tidak lagi susah susah.

sesekali kau pasti girang.
janganlah kau ketawakan kami. janganlah kau menghina hina kami. janganlah kau memencilkan kami. janganlah kau begitu angkuh dengan kami. berseloka dan berjenakalah. berpantun dan bersajaklah. agar kau dan kami bersama merasa girang. bersama mereka mereka yang telah girang. dan tidak ubah ubah lagi. dan tidak lagi tangis menangisi.

sesekali kau pasti kecewa.
janganlah kau terus kecewa. janganlah kau terus menderita. janganlah kau terus menerus diri dihina. janganlah kau menyalahi sesiapa. janganlah kau mengambil dadah pula. lepaskan dan buanglah. padam dan refreshkanlah. ingat dan sentiasa beringat. pada Dia yang wujud sentiasa. agar kau dan mereka mereka bersama merasa girang. bersama mereka mereka yang telah girang. dan tidak ubah ubah lagi. dan tidak lagi tangis menangisi.

Allah. Allah. Allah.

wallahua'alam.

Rintihan Kecil (6)

Oh Nikmat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 


petang petang kriss hitam mati. malam malam kriss hitam meragam. malam malam juga vespa hitam muncung. pagi pagi kriss hitam merajuk. pagi pagi juga rxz hitam menjerit. tapi tak lama. tapi tak sekejap. maka pagi pagi juga rxz hitam melarat.

oh nikmat.

yang nikmat itu malapetaka. yang nikmat itu bala. yang malapetaka itu nikmat. yang bala itu hikmat. semakin melalui nikmat. semakin berasa lupa pada akhirat. semakin melalui malapetaka dan bala. semakin berasa cinta pada yang Esa. 

oh nikmat.

bala. kau mendatangi aku. sewaktu itu aku hilang arah dan petunjuk. aku sangkakan kau sememangnya bala. alangkah indahnya kau rupa rupanya. bala yang mendatangkan nikmat. bala yang sebenarnya penuh hikmat.

oh nikmat.

nikmat. kau menyelami aku. sewaktu itu aku dapat arah dan petunjuk. kekadang menjadi kan aku angkuh. kekadang menjadikan kan aku patuh. sesedang aku angkuh. kau berikan aku bala. bala bukan calang calang bala. bala merupakan nikmat dan hikmat.

sesedang aku patuh. kau bertambah kan aku nikmat. nikmat yang sebenar benar nikmat. nikmat bukan sebarang nikmat. nikmat merupakan cinta dan rindu.

Allah. Allah. Allah.

wallahua'alam.

Kita Satu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



kita bukan satu bangsa. kita bukan satu agama. kita bukan satu negara. kita bukan satu benua. kita bukan satu dunia. bahkan satu tuhan. tiada yang berhaq berbanding Dia yang maha berhaq. tiada yang kuasa berbanding Dia yang maha berkuasa. 

kita satu.
jika kau sakit. maka aku pun sakit. jika aku sakit. maka kau pun sakit. jika kau gembira. maka aku jua gembira. jika aku gembira maka kau jua gembira. jika kau sedih maka aku turut sedih. jika aku sedih maka kau turut sedih. 

kita satu.

kau dan aku sama mulia. aku dan kau juga sama mulia. kau dan aku sama hina. aku dan kau juga sama hina. bukan perwatakan. bukan pertuturan. bukan pemakaian. bukan segala galanya bukan. melainkan atas satu tujuan. adalah yang sebenar benarnya. itulah mencari cintaNya. itulah mendapatkan rinduNya. agar segala gala mendapat keredhoan Nya.

kita satu.


kau aku ada cacat cela. aku kau turut tercela. kau aku ada istimewa. aku kau turut teristimewa. kau aku ada cinta. aku kau turut tercinta. kau aku ada rindu gila gila. aku kau turut ada kerinduan tergila gila. kau aku. aku kau. adalah serupa. kau aku. aku kau. adalah satu.

kita satu.

Allah. Allah. Allah.

wallahua'alam.

26 Feb 2012

Perjalanan Nafsu (6)

Mardhiah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



bumi tidak kering kering lagi. mungkin kerana datarannya yang suci dikotori. dikotori dengan najis najis yang tidak sedar bahawa dirinya najis. mungkin juga membersihkan najis mughallazah yang bertempiaran di desa gua. walau apa pun ia hadir, adalah semata mata menunjukkan keagungan Allah maha berkuasa jua. tanda pemberian nikmat pada makhluk. walau masih ada yang tidak bersyukur.

sebelum 13 bab duniawi kami membuka dan melihat. sebelum 2 kelab besar epl bertanding di padang. izinkin jari jemari gua untuk memulakan segala gala yang tersimpan di sanubari. untuk diluahkan. untuk diperkongsikan. agar sama gua dan semua gua gua diluar sana. melihat dan meneruskan perjalanan kali ini.



terus menerus. ibarat zambri baba sedang berada di kedudukan hadapan di final lap. tanpa diragukan lagi. tiada lopak yang mampu menghalang. tiada pesaing yang mampu menyaing. tiada segala halangan dari terus ke garisan penamatnya. sehinggalah berjaya ke penamatnya. namun masih lagi tidak sempat untuk menaiki podium lagi pada perjalanan kali ini.

mardhiah adalah perjalanan nafsu. atau peringkat nafsu yang amat tinggi berbanding nafsu nafsu sebelum ini. tiada kacau bilau di dalam dada. tiada semak samun di dalam kepala. kerana segala penumbuknya. segala percakapannya. segala perbuatannya. segala pancainderanya. segala pendengarannya. dan ludahnya jua adalah diredhoi Allah yang maha esa.

Allah. Allah. Allah.

bukan diminta. bukan dipinta. tetapi atas izin Allah dan kehendaknya. segala yang ajaib pada mereka pada perjalanan nafsu ini tidak lagi mustahil. berjalan di atas air. merentasi lautan merah. tidak terbakar dek api menjulang tinggi. malah api lah yang menyejukkan kulit luarannya. sampaikan terbang ke mekah dalam sekelip mata. segala galanya adalah izin Allah. Insyaallah.



erti kata lain. dok sah mulut menjadi celupar. jangan sesekali bermain dengan lidah. kerna lidah adalah yang paling tajam diantara banyak senjata. berdepan dengan wali wali, sufi sufi, seperti mereka tidak lain tidak bukan hendaklah menjaga mulut, lidah dan hati. takut takut tersinggung perasaan depa. yang segala galanya suci dan diredho oleh Allah maha berkuasa. agar tidak terkeluar perkataan celaka dari mulut depa. semoga terhindar dari bercelaka sesama makhluk.

mencapai maqam mardhiah ini seperti lah ibarat wali Allah dalam martabat khawas al-khawadh. atau erti kata lain wali Allah dalam martaat yang istimewa daripada wali wali yang tertentu.
"Ibarat emas bermutu sembilan"
antara sifat sifat dari benih mulia ini biasanya adalah :
1. elok dan tinggi budi pekerti. umpama nabi nabi jua.
2. lemah lembut dalam pergaulan. umpama nabi nabi jua.
3. sentiasa berasa nikmat berdamping dengan Allah.
4. fikirannya hanya pada kebesaran Allah.
5. redho dan rela dengan apa apa pemberian Allah.
6. juga lain lain sifat budi kesusilaan yang terpuji. 
Allah. Allah. Allah.

wallahua'alam.

Bodohnya Kami

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 



bodoh. diperbodohkan oleh manusia yang seagama sendiri. kenapa dari dahulu mereka buta. atau memang ingin menyesatkan seagama dengannya. perkara yang tidak nampak. tapi mampu menjadikan kafir. kepercayaan yang sememangnya fakta yang tidak masuk akal.

mungkin gua juga tergolong dalam kumpulan kufur. kerna sibuk dok menghafal sampaikan terbayangkan tentang sejarah manusia yang kuno. walhal sudah diperajarkan dari sekolah rendah tentang asal usul manusia. tiada paleolitik! tiada neolitik! tiada mesolitik! tiada zaman logam! zaman apa semua ini? 

melangkah sahaja ke alam remaja. alam yang sememangnya alam pemberontakan. ammaroh mula bergiat aktif. jiwa mencintai dunia mula menerbit. ditambah lagi dengan ajaran ajaran seperti ini. sedangkan ilmu yang sebenar benarnya di sembunyikan. seperti mengenal Allah. kitab Al-hikam. kitab tafsir alHadith. tersembunyi di penghujung kampung. sampaikan ada yang mengatakan itu ilmu sesat. tanpa mentafsir dan menyiasat. sedangkan ajaran yang sememangnya lari dari akidah, terang benderang di sekolah menengah. berlumba lumba manusia ingin mendapatkan A+ didalam sijilnya. masaalahnya yang mana satu kah ilmu sesat?

manusia seagama juga bodoh. mengingati dan mengamati nama nama besar dalam technology. nama nama besar dalam kemajuan dan pembinaan jati diri. nama nama besar yang terang terangan Kafir agamanya. tidak salah untuk mempelajari. tidak salah untuk mencuri. tidak salah untuk menerokai. tetapi apakah nama nama ini yang lebih perlu dipelajari daripada nama nama besar seagama kita? 

oh aku kecewa.

dimana kecekapan Al khawarismi sebagai pakar matematik? dimana kebijaksanaan Al farabi sebagai ahli falsafah? dimana kehebatan Al mawardi sebagai akar pemikir asas politik Islam? Al miskawayh sebagai pakar sains, sejarah parsi, tokoh falsafah dan penyair turut diketepikan.
"terus terang gua sendiri pun tidak begitu kenal dengan depa, alangkah malu dan sedih bagaikan termakan najis sendiri"

ramai lagi mereka semua dikalangan manusia yang seagama dengan kami. tapi dimana letaknya mereka di dalam hati ini? atau mungkin tidak ada langsung. kosong di setiap sudut hati kami? Allah. walau apa pun kecekapan mereka. walau bagaimanapun kebijaksanaan mereka. juga kehebatan mereka. tidak ada yang lebih dari mereka melainkan yang maha cekap, maha bijaksana dan maha hebat. Dia lah Allah jua. 

sedarlah. manusia seagama dulu memperbodohkan manusia seagama kini. membawa kesesatan secara terang terangan. aku tidak tahu kenapa. adakah takut dan gentar pada kuasa besar barat laknatullah. tanpa memandang dan mendongak ke langit memikirkan yang lagi maha berkuasa.

Allah.

perlukah kami berhenti. haruskah kami menetang. persoalannya, bisakah kami mengubah dunia sesat secara terang terangan ini? nama nama wali mu. nama sufi mu. nama nabi dan rasul mu. kami ketepikan. Allah.
bisakah kami diampunkan selagi ada ajaran ajaran yang menghina zaman nenek moyang kami Adam dan Hawa? 

Allah. Allah. Allah.

wallahua'lam.

24 Feb 2012

Rintihan Kecil (5)

Pilihan Kedua

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 


akhir akhir waktu gua mula terasa. tetapi ia tidak lah gua peduli. dan juga tidak mengapa. asalkan mereka bahagia. mereka bahagia sudah cukup membahagiakan gua. walaupun kegembiraan gua tidak nyata.

plywood yang sering dijadikan pilihan kedua. kerna tidak lagi berminat untuk dijadikan meja. mungkin sekadar alas. tetapi tidak mengapa. kaburator juga turut terkena. bagaimana dan saat ketika kaburator mati sesaat? jawapannya adalah kuasa tuhan. alahamdulillah, nikmat yang diberikan berjaya gua harungi. oh mati sesaat.

baru sesekali gua meruntuhkan tiang. bukan lima tapi satu. atas alasan yang tersembunyi. tidak diwarkan kerna takut tidak redha. akan kaburator yang mati sesaat. sedikit temercik ludah lecak ke batin. tetapi tidak gua pedulikan. gua redha dan terus menghadapi qiamat.

plywood mungkin tidak peduli. walaupun sekadar pilihan kedua. tidak mengapa. semua itu hal dunia. walaupuan plywood tidak mempedulikan si tua. kekadang plywood dijadikan bahan kutukan. 
"masakan meja tidak memilih plywood sedangkan meja ingin dicipta berasaskan veneer? "
gua yang bertemankan dengan plywood turut diikuti dengan kaburator. hanya mampu pendam dan mungkin wajib padam. itu semua nafsu peringkat ammaroh. walau hal duniawi kedua-duanya tidak peduli. tetapi satu benda di setiap tiang tidak terlepas dari  kedua-duanya lakukan.
"Allahummaghfirlana zunu bana waliwalidaina warhamhuma kama rabbayana soghirah "
 second choice pun takpa

Tiga Pendekar Sakti (2)

Perpecahan Saudara

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


hari demi hari berlalu. Usfan mula bergiat aktif dalam program duniawi nya. tidak tertinggal juga dua lagi saudaranya juga. maka bermulalah mencari ilmu masing masing. yang Usfan dengan tulang belakang lelaki dan M16 nya. belajar dan terus belajar. bertemankan guru yang kurang ajar. kata kata pedas yang tidak membangun. kata pahit yang tidak membawa faedah. itulah seorang guru yang telah menyelubungi hampir keseluruhan batiniah Usfan.

manakala Nami yang sering kurang dengan pendirian. kekadang kecewa dengan dirinya. sejenak bahagia dengan cara hidupnya. seni mempertahankan diri mula menebal dalam diri. bukan taekwando bukan judo. tetapi sekadar silat yang bertemankan gayung dan kadang kala kepala paip. setiap renjisan airnya kekadang menjauhkan dirinya pada Usfan. namun kerap jua renjisan air yang sebagai senjata peribadi sekadar menggelikan hati. menggelikan hati si para pencinta neraka.

dalam diam diam, Awqat mula menjauh dari saudaranya yang kian lama terlalu taksub pada dunianya. Awqat mula mencari cari ilmu dan senjata apa yang peru dia pelajari. apa yang perlu dia miliki. namun kebuntuan luas melanda. tidak setitik pun terdetik dari lubuk hati nya. maka dia pun mula perlahan lahan berjalan. berjalan dan terus berjalan. untuk mencari kepastian akan senjatanya. akhirnya pemergian Awqat jelas tidak dipedulikan oleh saudara saudaranya. terutamanya Nami, yang langsung tidak tahu dan tidak sedar. oleh itu, ketika malam berlalu. berlalu lah Awqat sejauh jauhnya dari dua orang saudaranya. mencari ketenangan dengan menyembunyikan segala galanya melainkan tidak dari tuhan jua.


Nami tercelik dari tidur. bingung dan merasakan dirinya tidak sesempurna seperti dahulu. dia seakan akan tidak ingat dan tidak tahu apa yang berlaku. sedangkan terang terangan Awqat sudah tiada. di saat dia ingin ruku', tanpa disedari. belakang badannya ditepuk oleh satu lembaga. terkejut dan terus berpaling. rupanya Usfan tegak berdiri dari belakang badannya. 

"sambunglah tidur mu. aku akan sentiasa menjaga mu", kata Usfan.
"apakah yang membuatkan kau begitu yakin bisa menjaga ku", soal Nami.
"tidakkah kau lihat ilmu dan segala senjata aku semakin mantop dan berkuasa ?", jelas Usfan.

dengan kebodohan dan ketaksuban yang ingin membela diri, Nami terjerat dengan kekuatan yang Usfan miliki. malah dia langsung tidak perasan akan pemergian saudara yang merupakan sahabat sejatinya dulu. kini dimana sahaja ada Nami, di situ jugalah adanya Usfan. yang kini bertindak mengambil alih tugas Awqat sebagai penasihat Nami. maka terus meneruslah mereka berlatih dengan senjata masing masing. namun ketajaman senjata dan ilmu Usfan lebih tajam dan kuat. Nami mula hilang arah. kekuatan dahulunya yang utuh mula retak satu persatu. 

namun Nami masih lagi mencari cari. apa sebenarnya yang berlaku. adakah dia kehilangan sesuatu. sesuatu yang tidak dia sedar satu ketika dahulu. walau apa pun, kehilangan Awqat masih lagi tidak disedari oleh sesiapa. melainkan Usfan yang sangat menyedari pemergian seorang saudaranya itu.

to be continued..

18 Feb 2012

Perjalanan Nafsu (5)

Radhiah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


pagi pagi yang lalu. ada yang melihat fajar. malah ada juga yang terus melihat terbit mentari. walauapa pun perjuangan tetap dikuatkan. bagi meneruskan saki baki perjalanan. petang petang yang lalu. ada yang melihat terbenam mentari. malah kekadang juga terus melihat bintang dan bulan di atas bumi. hina dan hampa. perasaan seorang hamba.

setelah bertungkus lumus merentasi larva gunung berapi. selepas berhempas pulas mengharungi taufan ribut tsunami. maka terluah la hawla wala quwwata illa billah ". "tiada daya(upaya) dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang maha Tinggi lagi maha Agung". dengan keizinan Ilahi. berjaya lah mereka ini merentasi dan mengharungi segala jenis dugaan dan cubaan.

sebelum ini menceritakan perajalanan nafsu mutma-innah dengan kejayaan para manusia membuka segala rahsia atau sirr. permulaan sebagai wali mungkin sudah cukup bagi mereka yang masih lagi di perjalanan nafsu lawwamah. namun kerinduan dan kecintaan pada Ilahi tidak dapat ditahan lagi. 

segala kudrat diserahkan segala galanya untuk Nya. segala gala perbuatan dan perlakuan samaada yang zahir atau batin adalah kerna Allah semata mata. sehinggakan mencapai perjalanan nafsu yang lebih tinggi. nafsu radhiah ibarat emas bermutu lapan. syurga bukan sahaja menanti. malah sedang melambai lambai menjemput.


semogamencapaimaqamyangtertinggi
ketaqwaan dan keimanan yang dapat mendidik nafsu. sehinggakan nafsu mencapai maqam radhiah. antara maqam yang tertinggi dikalangan nafsu. pada saat dan ketika ini. pandangannya berbeza dengan manusia biasa. duit di pandang seperti daun daun kekeringan. yang perlu siap sedia untuk dibakar. emas dipandangnya seperti tanah yang kering kontang. 

malah mereka tidak takut dengan bala Allah. malah bersedia menanti bencana hadir. bukan sekadar menghukum diri. tetapi sekadar ujian dan dugaan untuk menambahkan lagi keredhoan pada tuhan. pelik tapi benar. nikmat yang sementara ini paling ditakuti. takut takut terpesong dan tergoda. dengan segala hasutan yang membisik dan menghembus hembus. samaada dari kalangan manusia atau jin.
sesungguhnya orang orang wali Allah itu tidak rasa ketakutan dan runsingan di atas mereka itu.

antara sifat sifat yang lahir :
1. zahid
2. ikhlas
3. warak
4. tinggal perkara2 yang  bukan kerjanya
5. tunai dan tepatkan hukum hukum Allah
6. dan lagi lagi sifat kerohanian yang tinggi.

Gusti. Gusti. Gusti.

wallahua'alam.

Tiga Pendekar Sakti (1)

Kelahiran Istimewa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

bermulanya alkisah. di petang jumaat yang indah. diiringi dengan tawa. diikuti jua dengan tangisan gembira. tiga pendekar sakti lahir dibumi. pada waktu itu. semua segala galanya terang benderang. tempat kawasan ibu bersalin bercahaya berseri. bukan kerna terangnya lilin. tetapi terangnya lampu di atas syiling.

angin petang mula menghembus perlahan. sampai kan menusuk ke seluruh kalbu manusia. tidak sedar dan tidak perasan. kelahiran tiga pendekar sakti yang juga sebagai saudara abadi. matahari bagaikan mengerti, akan perkara itu. perkara yang boleh menjadikan dunia bergegar kerna peperangan. ataupun menjadikan dunia meletus kerna kemenangan. lalu ia pun beransur surut. surut untuk memberi khidmat cahayanya di sebelah bumi yang lain. 

apabila diperhatikan malam. tiada bintang yang berkelipan. tiada bulan yang bergemerlapan. bukan kerna lupa akan kehadiran tiga pendekar sakti. tetapi mungkin kerna hujan sudah menanti. namanya yang telah termaktub dari alam ghaib lagi. tidak ada ubah ubah lagi. merekalah Usfan, Nami dan Awqat. dari lahir lagi telah di didik dengan kalimah besar yang maha Agung. laungan azan dilaungkan. ucapan selawat nabi dan kesyukuran diterbitkan. 

maka mereka membesar dari kosong ilmu di dada. sedangkan sebelum mereka lahir di dunia. mereka telah melekat segala ilmu dari yang Esa. ilmu yang tidak ada tolok bandingnya. tetapi mereka lupa. hanya kerna keindahan dunia yang membawa banyak kesesatan pada semua. dari kosong ilmu di dada, sampailah mula terbit perasaan akan cinta pada setiap masing masing mereka.

setelah mula mengenal erti kehidupan, maka Usfan penuh dengan rasa cintanya kepada dunia. tidak lekang air liurnya dari membanggakan diri yang lemah lagi tidak bermaya. sering bertindak melulu tanpa menghiraukan dua orang saudaranya. Usfan mula memberontak. mula memperlihatkan keaiban diri. mula mencemuh dan menghina kedua orang saudaranya. walaupun kekadang ada sedikit rasa simpati terhadap Nami dan Awqat.

Nami pula sentiasa berada ditengah tengah antara mereka bertiga. tidak begitu membenci Usfan yang sombong diri. malah tidak lah begitu mencintai Awqat yang sentiasa rendah diri. Nami kerap keliru dengan permainan dunia. kekadang dia termakan pujuk rayu dari Usfan. untuk menjadikan dirinya hebat di mata dunia. namun kekadang dia di tegur oleh Awqat atas kesilapan dan kelalaiannya. namun Nami tidaklah begitu mengingkari perintah dari Ilahi. walau kekadang tersalah mengikut telunjuk jarinya sendiri.

sentiasa cuba mendekatkan diri pada saudara Usfan. namun usahanya sering dipatahkan dengan helah dan janji janji palsu Usfan. namun Awqat tidak mudah mengalah. dia sering mendampingi Nami agar saudaranya itu tidak sekadar mengikut perjalanan sementara ini dengan telunjuk yang di beri oleh nabi. tetapi Awqat juga berpesan agar sentiasa melahirkan perasaan takut dan hamba diri pada Ilahi. Awqat yang sentiasa rendah diri di waktu kecilnya sering juga diketepikan. lebih lebih lagi dengan saudaranya Usfan.

begitulah hendaknya tiga saudara. yang dengan perangai masing masing. permulaan yang teruk. tetapi ada juga terselit sedikit kebaikan.




to be continued..

Rintihan Kecil (4)

Air Mata Bonda

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


kau mencintai aku seperti matahari yang mencintai titah tuhannya. tak pernah lelah membagi cahaya. tak pernah lelah menghangatkan jiwa.

pernah berkali kau aku sakiti. pernah berkali kau aku gurisi. tapi tidak pernah jua aku kau kasari. tidak jua aku kau hindari. kau sentiasa mendampingi. ketika susah dan senang. tatkala panas dan hujan. tidak kira ribut dan taufan.

kau mencintai aku seperti bintang di langit yang mencintai titah tuhannya. tak pernah lelah menerbitkan keindahan pada waktu malam. tak pernah lelah melahirkan cahaya di waktu hari menjadi kelam.

mata kau yang berkaca kaca. beserta dengan linangan air mata. langsung tidak mengubah hati. langsung tidak aku peduli. adapun aku tahu, aku sangat kau perlukan. namun kau tidak aku hiraukan. yang sering bersama teman teman. entah kenapa. entah mengapa.


kau mencintai aku seperti bunga mencintai titah tuhannya. tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia. tak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala.

lalu kau mekarkan tangisan. lalu kau perkuatkan menadah tangan. tidak pernah sesekali berhenti. sampaikan terbang di bumi yang suci. kegelisahan aku yang membelenggu diri. keringat mula membasahi pipi. penamatnya seakan hampir mari. masa lalu yang kelam. mulanya perlahan lahan tenggelam. 

kau mencintai aku seperti laut meluas mencintai titah tuhannya. tak pernah lelah memberikan hidupan laut di alam dunia. tak pernah lelah menerbitkan berjuta rahsia pada manusia.

dari biji benih yang suci. namun aku mengotori. lalu dari akar yang elok. tetapi sanggup aku mencantas. dan dari batang yang baik. turut aku menebas. sedar tidak sedar. perasan tidak perasan. parang hina mula tumpul. batang yang baik tumbuh kembali. Alhamdulillah.

mungkin barokah doa kau. mungkin maqbul rintihan kau. batang yang baik mula membiak kembali. parang hina mula berkarat berkali kali. tetapi adakah ini suatu kemenangan. apakah ini suatu ketetapan. tidak akan parang diasah lagi? 


aku tidak sesekali membiarkan batang membesar sendiri. baja perlu di cari. sebagai menambahkan keindahan tumbuhan ini. sehinggakan mekarnya bunga bungaan. sampaikan lebatnya daun daunan. semoga timbulnya buah buahan. agar muncul sesuatu keindahan. keindahan yang telah di janjikan oleh ilahi. yang sememangnya pasti di jalan yang Dia redhoi. 

apakah sempat atau adakah dapat. untuk aku melihat keindahan itu. keindahan dari mekarnya bungaan. keindahan dari lebatnya daunan. keindahan dari timbulnya buahan?

Gusti Allah. Gusti Allah. Gusti Allah.

wallahua'alam.

14 Feb 2012

Perjalanan Nafsu (4)

Mutma-innah


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



bertahan dan cuba bertahan. panas terik mentari cuba dilawan. walau tidak seterik mahsyar. namun kepanasannya bukan kepalang. percayalah. pasti akan hujan di petang hari. kalau tidak petang mungkin di malam hari. panas yang hanya sementara. sebagai ujian dan dugaan manusia.

menurut perjalanan nafsu mulhamah. karat sudah di grinder. kotor sudah di washing. maka perjalanan kali ini amatlah mendatangkan rindu dan cinta yang lebih mendalam lagi. gua pasti. dan sememangnya pasti bagi mereka yang mengerti. sememangnya perjalanan kali ini lebih istimewa dari perjalanan yang sebelum ini.

rahsia mata hati telah diketahui. telah hilang hijab pada si empunya diri. maka bersukaria lah mereka. berhibur dan terhibur dengan penciptanya. keteguhan dan kemantapan dalam hati. tidak dapat di goda lagi. melekat sifat yang terpuji dihati. terhapus dan terkikis yang tercela segala di sanubari. maka itulah maqam mutma-innah.

sifat sifat kerohainan yang molek lagi comei ini. yang mana dapat di lihat oleh mata kasar. antaranya :

1. murah hati - tidak lekat wang di tangannya akibat bersedekah.
2. tawakal yang benar.
3. bersifat arif dan bijaksana.
4. kuat beribadah
5. syukur yang sebenar benar syukur.
6. ridho pada segala hukuman dan ketentuan Allah.
7. taqwa yang sebenar benarnya.
dan lain lain lagi sifat sifat terpuji lahir dari perjalanan kali ini.



setelah penat berkayuh. akhirnya sampai juga ke gerbangNya. dengan kelebihan yang diberi. telah Allah kurniakan sesuatu keramat pada diri. perkara yang luar biasa itu biasa. lahirnya ilmu terus dari Allah(ilham) itu perkara biasa. walaupun terlihat rahsia dari luh mahfuz itu pelik. namun ia bukanlah perkara yang pelik. bagi mereka yang telah kelik. kelik kepada tuhan yang Maha Molek.

maka janji janji Allah itu pasti. mereka yang ibarat seperti emas bermutu tujuh. oleh itu, sememangnya syurga sedang menunggu.

Allah. Allah. Allah.

Wallahua'lam.

13 Feb 2012

Carilah Guru

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


kekerapan ketiadaan kelas mula menimbulkan sesuatu perasaan. suatu perasaan yang kurang baik pada diri. malas yang semakin malas diatasi dengan kesabaran. namun kesabaran manusia yang nipis akhirnya tumpas jua. 

di waktu petang yang suam. panas tidak berapa panas. sejuk angin sepoi sepoi sahaja. dalam perjalanan pulang dari institut ke rumah. terlihat dari mata kasar akan ujian yang menimpa seorang makhluk Allah. dan tiba-tiba aku terfikir sejenak. 

mengapa perlu mencari bantuan untuk menukar tayar yang sebenarnya sentiasa ada di dalam bonet belakang kereta. bukan sahaja tayar malah peralatan seperti spannar dan jek juga. atau kenapa tidak sahaja meneruskan perjalanan pulang ke kampung halaman dengan bertemankan tayar yang sudah rapuh dan hampir pecah. 

spotrim yang kelihatan baru dan berkilat. tidak berani dilanyak. mungkin kerna takut bearing di dalam spotrim itu pecah? atau mungkin bearing sudah pun pecah. cuma hiasan luaran sekadar membuat mata kasar tertipu. juga memberikan pandangan pandangan palsu.

di hati bukan memperkecilkan seorang makhluk Allah yang sama hinanya dengan gua. maka betullah. kadang kadang cahaya itu memang sudah ada dalam diri. mungkin kerana kebodohan dan kejahilan. atau lebih tepat lagi bodoh sombong. atau tiada daya kerna tiada yang menyokong. atau sememangnya tiada langsung keinginan untuk bergerak. maka kita tidak dapat teruskan perjalanan.

maka yang diberi ilham. ilham ingin teruskan perjalanan. pastinya akan cari penyelesaian. takut untuk mencari sendiri itu sudah mesti. kerna belajar sendiri selalunya bertemankan dengan syaitonirrajim. maka sesat. tiadalah jumpa jalan pulang.

dengan marinya ilham dari Allah. tiba tiba terdetik pula untuk mencari seorang guru. guru yang betul betul boleh membawa kita meneruskan perjalanan. seperti mana pesanan di persinggahan. agar kita tidak lagi sesat. kerna di akhir akhir dunia agama sebagai pencarian keuntungan duniawi. 
jangan di sangka luaran yang elok. cantik budi pekerti. tidak ada yang goyang di dalam sanubari. malah kebiasaannya mereka yang lusuh bajunya. buruk kasutnya. juga tukang sapu sampah pekerjaannya. adalah yang benar benar padat dan cengkam batinnya. 

tayar yang sudah rapuh dan pecah. bukan sahaja di batin. malah yang sampaikan terlihat di zahir. tukarlah. dan carilah guru yang benar benar ingin mengajar untuk menggunakan spannar dan jek serta tayar gantian di bonet belakang kereta. agar bisa meneruskan perjalanan ke kampung halaman dengan berjaya dan selamat. 

jika tersangkut di tengah tengah perjalanan. pasti dapat meneruskannya sendiri. kemalangan dapat diatasi. kelemahan dapat diperbaiki. dengan berbekalkan ilmu Allah yang di sampaikan oleh hambanya juga. yang sebagai guru kita. kini tayar kereta bocor tiada lagi masalah. Insyallah.

wallahua'alam.

11 Feb 2012

Perjalanan Nafsu (3)

Mulhamah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

selepas selesainya urusan di subuh hari. teringat gua pada permintaan sahabat tentang perjalanan nafsu yang seterusnya. di pagi hari yang dingin. dengan membawakan khabar berita yang biasa didengari. kematian beliau sedikit sebanyak memberikan memori memori lama. yang pernah menjadi guru pada hamba. 

sebelum gua meneruskan penulisan pada hari ini. izinkan gua memberi sedikit ruangan khas buat beliau. alfatihah khas ditujukan untuk guru. guru yang gua sendiri tidak tahu namanya. hanya sekadar memanggil Wan. gua rasa sudah cukup. kerna yang maha mengetahui itu maha mengetahui. yang maha mengetahui mengerti kepada siapa seindah surah di tujukan.


zikrullalsentiasapadudikalbuagartidaksesatmencarijalanpulang
perjalanan selepas ammaroh dan lawwamah. segala segalanya lebur. kekotoran dan kejahilan hati tiada lagi. bersih sepertimana para bayi yang baharu lahir di duniawi. hasil dari mengingati. mengingati pada yang hakiki. dengan bertemankan zikrullah. dengan bersertakan kalamullah. dengan diikutkan sunnahtullah.

sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang dapat menyucikannya. dan celakalah orang yang mengotorkannya.

antara sifat kasar yang dapat dilihat dari mata kasar. yang lahirnya dari perjalanan nafsu mulhamah :
1. tak sayangkan harta - sakhawah atau pemurah
2. qana'ah - sentiasa mencukupi dengan harta yang ada
3. berilmu laduni - ilham terus dari Allah atau ilmu yang diberi oleh Allah dengan disampaikan melalui guru guru
4. tawadhuk - timbul perasaan merendah diri kepada Allah
5. taubat yang benar benar hakiki
6. sabar yang hakiki
7. tahan menanggung kesusahan
8. dan lain lain sifat yang terpuji

di perjalanan yang suci ini. bau bau syurga sudah mula dihiasi. dihiasi pada seorang yang luhur hati. berjuang untuk berjumpa yang hakiki.  tidak lagi karat seperti besi besi. tidak lagi reput seperti kayu lagi. yang pasti adalah seperti tuasa atau emas. yang sentiasa berkilauan tak malap lagi.

walaubagaimana pun, perjalanan kali ini hanyalah permulaan bagi dunia sufi. sesekejap merasa nikmat yang tersirat(makrifat dan hakikat). kekadang perasaan itu senyap senyap pergi. masih lagi perlu penuhkan nur di dada. semoga sampai di peringkat yang lebih lagi.

Allah. Allah. Allah.

Wallahua'alam.

9 Feb 2012

Pesanan Di Persinggahan



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

tok ! tok ! tok ! tok ! tok ! tok ! ketuklah sampai lebam. 

ketuklah sekuat kuat hati. ketuklah sampai gerbang terbuka. sehingga dapat apa yang hakiki. agar dunia tidak bermakna lagi.

selepas tamatnya perlawanan Liga Super. yang membabitkan negeri tumpahnya darah kelahiran gua. selangor darul ehsan dengan seteru lama. singapore. alangkah terkejutnya apabila melihat jam dinding berjenama murah. quartz nama yang terpampang di atas nombor 6. bukan terkejut kerana berjenama murah. atau terkejut kerana jarum saat tepat pada saat yang ke 69. tetapi sangat tidak menyangka jarum pendek jelas pada kedudukan tepat di nombor 2. sedangkan jam tangan casio menunjukkan pukul 10.45 p.m.

oh, bateri sudah hampir kong agaknya.

zikirullahsentiasapadudikalbuagartidaksesatjalanpulang


secara sengaja atau tidak. terlintas ilham yang secebis habuk. dipinjamkan dari yang Esa pada hamba. percayalah. segala galanya adalah Allah belaka. 

Allah. Allah. Allah.

segala galanya adalah Allah belaka. bukan kerna manusia kita memperolehi ilmu. bukan kerna kertas kita mempunyai wang saku. tetapi hanya berkata Kun dari yang Satu. ingat lah semua ini hanya persinggahan. setiap persinggahan pasti akan meneruskan perjalanan. terus menerus hingga sampai ke kampung halaman.

jangan kita sesat di persinggahan. sehingga tamat tempoh pasport yang diberikan. nak cari ole ole biarlah bersederhana. agar tidak terjatuh ditimpa malapetaka. dipersinggahan hanya sekali. oleh itu jangan lupa diri. jangan lupa kampung halaman bersama. dari mana asal usul kita.

ingat. ingatlah pada kampung halaman lalu. sematkan jalan pulang berpadu dikalbu. agar tidak menangis seperti mana anak kecil. yang sesat jalan di pekan kecil smallville. peta dan kompas sudah diberi. jadi apa lagi. tidak usah meragui. sesuatu kebenaran yang sememang pasti.

Ahad. Ahad. Ahad.

di persinggahan ada yang memberi. ada yang menerima. ada yang menjual. ada yang membeli. carilah sesiapa yang memberi peta dan kompas secara percuma. hindarilah si penjual peta dan kompas yang hina. jangan tertipu dengan setiap pembelian. adakala dari baja tahi ayam. adakala juga dari tahi khinzir. 

selamilah peta dan kompas. agar tidak sesat di persinggahan yang penuh maksiat. tetapi carilah jalan pulang yang penuh hikmah dan nikmat.

Allah. Allah. Allah.

Wallahua'alam.

7 Feb 2012

Perjalanan Nafsu (2)


Lawwamah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


hijau bumi tuhan dibasahi hujan. sambil ditemani indahnya pelangi petang. membenarkan seorang yang hina meneruskan perjalanan. agar sampai ke pintu. juga semoga terdaya untuk mengetuk gerbang hati. yang sentiasa terbuka luas dari ilahi.

perjalanan nafsu kali ini membuka sedikit ruang dan kesempatan untuk sampai ke hadrat ilahi. daripada episod Perjalanan Nafsu (1). sedikit sebanyak perjalanan kali ini dapat merasakan kerinduan. kasih. serta sayang padanya. 

mengkritik. menghina. merasakan diri ini amat amat bersalah. itulah nafsu lawwamah. tidak kering gusi dari merasakan tidak ada yang lebih hina dari jiwanya. tidak ada yang lebih bersalah melainkan dirinya. walau sekecil kecil dosa sekalipun. berasa diri amat bodoh bukan kepalang. Allah !

walaupun cuba mengejar pintu Allah. namun kekadang tersungkur jua ditengah tengah perjalanan. sikap dan sifat ajub dan ri'a. berasa dirinya baik dari yang lain. berasa jiwanya bersih dari yang lain. juga kekadang mengharapkan pujian dan senyuman atas kebaikan yang dilakukan.

sifat-sifat kasar yang timbul dari benih nafsu lawwamah :

1. mencela kesalahan diri sendiri
2. bertafakur(berfikir)
3. terasa kecut hati apabila melakukan kemungkaran
4. mengkritik kesalahan diri sendiri
5. bersangka diri lebih baik
6. ri'a
7. dan lain lain sifat keaiban hati

kau dimiliki oleh kebanyakan orang awam yang biasa di bumi Allah. kau mempunyai kelas yang teristimewa berbanding Ammaroh. namun kerana setakat dikau kami miliki. maka hendaknya perhitungan di hari perhitungan. masih lagi tidak terjamin akan martabat kami. kerna kekotoran yang melekat di hati. 

segeralah mengikuti jalannya. jalan yang menuju kepintunya. dengan menyuluhkan tiap tiap perjalanan dengan cahayanya. 

Allah. Allah. Allah.

wallahua'alam.

Rintihan Kecil 3

Maafkan Ambe

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


#bukakanlahpintukernaakuakansentiasamengetuknya

hari yang panas menyejukkan jiwa. cahaya sinaran semakin menerangi mata. penutup kaburator vespa digosok sepenuh hati. segala halangan sungguh tidak dipeduli. prihatin terhadap kotoran yang nyata. walau yang sulit masih lagi bergelora.

hari demi hari. gosok dan terus menggosok. diuji dengan pelbagai ujian. hujan panas tidak dihirau. badai tsunami tidak dipeduli. cetusan gunung berapi hanya sekadar menggelikan hati. tapi sayang.

bukan sahaja yang sulit. bahkan yang nyata. masih lagi kelihatan. ujian dan dugaan tidak lagi dapat ditahan. sesekali dipukul oleh badai tsunami. kekadang direnjis dengan larva gunung berapi. sampaikan menangis tidak berhenti. ya Allah !

tolonglah. sekali lagi.

agar penutup kaburator  vespa digilap dengan sepenuh jiwa. sepenuh hati. sehinggakan diri mati. mati dan terus mati. penutup akan di polish. penutup akan di autosol. penutup akan di cat. cat dengan warna warna kamil. agar berseri yang nyata mahupun yang sulit.

hujan tatkala panas terik dikepala. membasahi bumi hijau sementara. apakah itu tandanya. tanda diberi sekali lagi peluang. agar cat dituang. samaada ada atau tidak waktu terluang. sentiasa menggilap walau sudah bercatkan yang baharu. sentiasa dibasuh walau warna warna tidak melusuh.

Allah. Allah. Allah.

wallahua'lam.