بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
tok ! tok ! tok ! tok ! tok ! tok ! ketuklah sampai lebam.
ketuklah sekuat kuat hati. ketuklah sampai gerbang terbuka. sehingga dapat apa yang hakiki. agar dunia tidak bermakna lagi.
selepas tamatnya perlawanan Liga Super. yang membabitkan negeri tumpahnya darah kelahiran gua. selangor darul ehsan dengan seteru lama. singapore. alangkah terkejutnya apabila melihat jam dinding berjenama murah. quartz nama yang terpampang di atas nombor 6. bukan terkejut kerana berjenama murah. atau terkejut kerana jarum saat tepat pada saat yang ke 69. tetapi sangat tidak menyangka jarum pendek jelas pada kedudukan tepat di nombor 2. sedangkan jam tangan casio menunjukkan pukul 10.45 p.m.
oh, bateri sudah hampir kong agaknya.
zikirullahsentiasapadudikalbuagartidaksesatjalanpulang
secara sengaja atau tidak. terlintas ilham yang secebis habuk. dipinjamkan dari yang Esa pada hamba. percayalah. segala galanya adalah Allah belaka.
Allah. Allah. Allah.
segala galanya adalah Allah belaka. bukan kerna manusia kita memperolehi ilmu. bukan kerna kertas kita mempunyai wang saku. tetapi hanya berkata Kun dari yang Satu. ingat lah semua ini hanya persinggahan. setiap persinggahan pasti akan meneruskan perjalanan. terus menerus hingga sampai ke kampung halaman.
jangan kita sesat di persinggahan. sehingga tamat tempoh pasport yang diberikan. nak cari ole ole biarlah bersederhana. agar tidak terjatuh ditimpa malapetaka. dipersinggahan hanya sekali. oleh itu jangan lupa diri. jangan lupa kampung halaman bersama. dari mana asal usul kita.
ingat. ingatlah pada kampung halaman lalu. sematkan jalan pulang berpadu dikalbu. agar tidak menangis seperti mana anak kecil. yang sesat jalan di pekan kecil smallville. peta dan kompas sudah diberi. jadi apa lagi. tidak usah meragui. sesuatu kebenaran yang sememang pasti.
Ahad. Ahad. Ahad.
di persinggahan ada yang memberi. ada yang menerima. ada yang menjual. ada yang membeli. carilah sesiapa yang memberi peta dan kompas secara percuma. hindarilah si penjual peta dan kompas yang hina. jangan tertipu dengan setiap pembelian. adakala dari baja tahi ayam. adakala juga dari tahi khinzir.
selamilah peta dan kompas. agar tidak sesat di persinggahan yang penuh maksiat. tetapi carilah jalan pulang yang penuh hikmah dan nikmat.
Allah. Allah. Allah.
Wallahua'alam.
Tweet
terima kasih kerana saling mengingatkan.. :')
ReplyDeletekalam yang indah :) bolehkan jadi guruku? saya meminati keindahan bahasa.
ReplyDeleteaku tiada daya. melainkan dengan izin tuhan yang maha agung. siapakah kami. kami hanya lah boneka yang digerakkan oleh pemain boneka.
DeleteTiada apa dayaku melainkan Engkau yg maha berkuasa yang sentiasa membuka jalan untuk kami yg sesat.. Terima kasih sahabat kerana menyedarkan hamba yg hina ini :')
ReplyDeletekami memang ramai yang tidak menyedari. maka sesiapa yang menyedari akan Dia. maka beruntunglah mereka.
Delete