بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
bermulanya alkisah. di petang jumaat yang indah. diiringi dengan tawa. diikuti jua dengan tangisan gembira. tiga pendekar sakti lahir dibumi. pada waktu itu. semua segala galanya terang benderang. tempat kawasan ibu bersalin bercahaya berseri. bukan kerna terangnya lilin. tetapi terangnya lampu di atas syiling.
angin petang mula menghembus perlahan. sampai kan menusuk ke seluruh kalbu manusia. tidak sedar dan tidak perasan. kelahiran tiga pendekar sakti yang juga sebagai saudara abadi. matahari bagaikan mengerti, akan perkara itu. perkara yang boleh menjadikan dunia bergegar kerna peperangan. ataupun menjadikan dunia meletus kerna kemenangan. lalu ia pun beransur surut. surut untuk memberi khidmat cahayanya di sebelah bumi yang lain.
apabila diperhatikan malam. tiada bintang yang berkelipan. tiada bulan yang bergemerlapan. bukan kerna lupa akan kehadiran tiga pendekar sakti. tetapi mungkin kerna hujan sudah menanti. namanya yang telah termaktub dari alam ghaib lagi. tidak ada ubah ubah lagi. merekalah Usfan, Nami dan Awqat. dari lahir lagi telah di didik dengan kalimah besar yang maha Agung. laungan azan dilaungkan. ucapan selawat nabi dan kesyukuran diterbitkan.
maka mereka membesar dari kosong ilmu di dada. sedangkan sebelum mereka lahir di dunia. mereka telah melekat segala ilmu dari yang Esa. ilmu yang tidak ada tolok bandingnya. tetapi mereka lupa. hanya kerna keindahan dunia yang membawa banyak kesesatan pada semua. dari kosong ilmu di dada, sampailah mula terbit perasaan akan cinta pada setiap masing masing mereka.
setelah mula mengenal erti kehidupan, maka Usfan penuh dengan rasa cintanya kepada dunia. tidak lekang air liurnya dari membanggakan diri yang lemah lagi tidak bermaya. sering bertindak melulu tanpa menghiraukan dua orang saudaranya. Usfan mula memberontak. mula memperlihatkan keaiban diri. mula mencemuh dan menghina kedua orang saudaranya. walaupun kekadang ada sedikit rasa simpati terhadap Nami dan Awqat.
Nami pula sentiasa berada ditengah tengah antara mereka bertiga. tidak begitu membenci Usfan yang sombong diri. malah tidak lah begitu mencintai Awqat yang sentiasa rendah diri. Nami kerap keliru dengan permainan dunia. kekadang dia termakan pujuk rayu dari Usfan. untuk menjadikan dirinya hebat di mata dunia. namun kekadang dia di tegur oleh Awqat atas kesilapan dan kelalaiannya. namun Nami tidaklah begitu mengingkari perintah dari Ilahi. walau kekadang tersalah mengikut telunjuk jarinya sendiri.
sentiasa cuba mendekatkan diri pada saudara Usfan. namun usahanya sering dipatahkan dengan helah dan janji janji palsu Usfan. namun Awqat tidak mudah mengalah. dia sering mendampingi Nami agar saudaranya itu tidak sekadar mengikut perjalanan sementara ini dengan telunjuk yang di beri oleh nabi. tetapi Awqat juga berpesan agar sentiasa melahirkan perasaan takut dan hamba diri pada Ilahi. Awqat yang sentiasa rendah diri di waktu kecilnya sering juga diketepikan. lebih lebih lagi dengan saudaranya Usfan.
begitulah hendaknya tiga saudara. yang dengan perangai masing masing. permulaan yang teruk. tetapi ada juga terselit sedikit kebaikan.
to be continued.. Tweet
0 comments:
Post a Comment
kata murni sahabat2 gua.