بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
sejuk malam semakin tua tidak dihiraukan. angin sepoi menusuk dada tidak dipedulikan. namun tetap si enam remaja keluar mencari haluan. menuju ke satu destinasi. destinasi ke satu tempat yang penuh dengan jual beli. dalam perjalanan, sedang hayal di seat pembonceng motorsikal. terperanjat melihat jalan raya yang semakin digemari oleh mat raja corner. hitam, padat, cengkam. itulah jalan raya yang baru di tar.
aku berasa gembira kerana track jalanan rakyat telah diperbaharui. berasa lega kerana tidak perlu lagi melanggar lubang-lubang hasil jalanan sebuah lori gasar. kadang aku berasa ingin tabik pada pekerja yang membuat jalan. di saat waktu malam yang mula tergelincir. di waktu subuh yang semakin hampir. mereka masih lagi bekerja keras untuk kemudahan kita rakyat malaysia. lebih-lebih lagi kemudahan pada mat rempit. tabik !
tiba-tiba aku terfikir sejenak. terdetik hati aku untuk berkata-kata.
"oh, patut lah. nak pilihan raya rupanya. " ringkas sahaja butir-butir kata aku pada pemandu motorsikal kami.
aku terkedu dan berasa kesal. mengapa harus menunggu sebegini lama. apakah mesti berharap sehingga empat tahun untuk mendapat kan kesenangan dan kegembiraan kami sebagai pengguna jelata ?
sedang aku menikmati keindahan bumi Allah S.W.T. dengan bertemankan helmet magnum usang dan jaket jeans 3 rm10. entah macam mana aku boleh terpandang satu banner di tepi jalan. walaupun diikat rapi. namun masih terlondeh seperti fesyen seluar remaja kini. durian runtuh ! boleh apply kah student seperti aku untuk menuntut rm500 itu.
aku juga yang tidak pernah membeli buku ini. diperdengarkan oleh seorang teman tentang voucer rm200 untuk pembelian buku. walaupun selama ini pernah terlintas untuk membeli bahan bacaan SLAM DUNK dari jilid satu hingga yang ke penamat.
tetapi kenapa perlu menunggu sehingga ke hari ini ? kenapa tidak 2 tahun yang lepas. juga kenapa tidak setahun yang lepas. apakah tanaman negara hanya boleh dituai selepas empat tahun ? adakah hasil keuntungan negara hanya boleh dikongsi bersama selepas 4 tahun ?
memang itulah sinonim negara HARIMAU MALAYA kita. yang sentiasa memperjuangkan hak rakyat. pilihan rayalah yang membuatkan kita berasa lebih beruntung dari tahun yang lain. bukan sahaja sebungkus cengkih yang bernilai rm1 boleh di beli. tetapi seguni juga sangat mampu di perolehi.
indahnya pilihan raya.
Tweet
sedey lagu dia.... :( membuat ku terfikir sejenak..
ReplyDelete