بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
ombak menghembus menghukum diri ini. kesalahan dan kesilapan lalu masih lagi tidak dihindari. semuanya bermula dari mata. nampak mudah hakikatnya amat susah. lebih - lebih lagi insan yang memiliki nafsu ammaroh yang melampau. tetapi tidak sukar bagi mereka yang berjaya ke tahap nafsu lawwamah. berhijrah dari satu kota ke satu kota bukan menjadi penghalang bagi ramai insan yang bernyawa. tetapi berhijrah dari satu hati yang kotor ke satu hati yang bersih bukan perkara yang boleh dianggap mudah bagi ramai insan juga bernyawa.
iman tidak boleh diukur oleh manusia. begitu juga amalan tidak boleh dihitung oleh kita. hati yang tenang bersama Allah hanya kepunyaan sendiri yang membisik pada diri sendiri. bukannya untuk di war - war kan pada khalayak ramai.
"aku sudah insaf", jeritan menggunakan speaker masjid.
kadang - kadang aku terfikir sejenak. sampai bila masanya anak - anak muda akan bangkit. sedangkan kami semua sentiasa sedar, yang dunia semakin menghampiri kiamat. namun masih lagi terduduk bersila. malah masih lagi ada yang merangkak sambil berguling - guling.
hati yang sentiasa seronok dengan godaan syaitan. hati yang sentiasa tewas dengan nafsu ammaroh. hati yang sentiasa leka dengan duniawi. tidak mudah untuk berpaling dari melakukan maksiat. tidak mudah untuk berhenti menganiaya diri sendiri. tidak mudah untuk mematahkan cinta ammaroh dan duniawi. oh diri ini ! berpaling lah. berhenti lah. patahkan lah. segala yang didorong oleh nafsu ammaroh dan syaiton.
aku ada jumpa satu doa pelindung. bukan saja untuk dilindungi dari bala bencana. tetapi dapat juga berlindung dari godaan nafsu ammaroh dan godaan syaiton. Insyaallah.
Doa Pelindung Abu Darda'
Tweet
aku ada jumpa satu doa pelindung. bukan saja untuk dilindungi dari bala bencana. tetapi dapat juga berlindung dari godaan nafsu ammaroh dan godaan syaiton. Insyaallah.
Doa Pelindung Abu Darda'
Ya Allah, Engkaulah Tuhan Ku, Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Hanya kepada Engkau daku bertawakkal. Engkaulah Tuhan Arasy' Yang Maha Mulia.
Apa sahaja yang dikehendaki Allah pasti terjadi dan apa sahaja yang tidak di kehendakiNya, pasti tidak akan terjadi.
Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah, Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Daku sedar bahawa Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan sesungguhnya
ilmu Allah meliputi segala tiap sesuatu dan sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu.
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung kepada Mu daripada kejahatan diriku (nafsu) dan kejahatan segala yang melata,
Engkaulah yang menggenggam segala roh mereka, sesungguhnya Tuhan ku di atas jalan yang lurus (adil).
telah diriwayatkan oleh Talha R.A.
seorang telaah datang kepada Abu Darda' R.A. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. tetapi Abu Darda berkata rumah dia tidak terbakar. kemudian datang lagi seorang berkata perkara yang sama. namun Beliau turut memberikan jawapan yang sama. sehinggalah datang orang yang keempat. Beliau diberitahu " api telah naik tinggi tetapi apabila sampa ke rumah tuan, api telah terpadam. "
maka berkata Abu Darda' R.A. " aku yakin rumahku tidak terbakar, kerana Rasulullah telah mengajar aku satu doa yang perlu dibaca selepas Subuh, maka sesiapa yang membacanya akan terselamat dari semua bala dan musibah sehingga petang. aku telah membacanya setiap selepas Subuh. oleh itu, aku percaya bahawa Allah S.W.T. tidak akan membakar rumahku. "
semoga ia menjadi manfaat bersama. agar kita diberikan ruang untuk kemasukan nur hidayah dan taufiq. supaya dapat mengurangkan dosa tatkala umur semakin di hujung usia. amin.
0 comments:
Post a Comment
kata murni sahabat2 gua.