20 Jun 2014

Kerana Terpaksa Kader Relakan [jilid akhir]

"aku terima nikahnya, Najwa Latif Yeap Abdullah dengan mas kahwin bacaan sebuah surah alFatihah tunai."

setelah 3 kali akad, akhirnya Kader menjadi suami kepada Felixia yang sah. suasana yang tadinya hening mula menjadi bingit. kanak-kanak berlari mendapatkan Kader. dipeluknya seerat yang mungkin.

"uncle Kader, 20 sen." pinta salah seorang anak saudaranya.

tergelak Kader dibuatnya. bermacam ragam petang jumaat itu. Kader mendapatkan Felixia untuk upacara membatalkan wudhu' sebagai adat. walhal, sudah 13 kali Kader terkentut selepas saja disahkan akadnya kerana terlalu gemuruh.

"assalamualaikum." Kader memulakan bicara.

tidak sempat Felixia menjawab, telapak tangan Kader sudah diletakkan di atas kepala Felixia. lalu, disertakan dengan doa dan diakhiri dengan bersalaman.

"tak cium pun." bisikan Felixia yang gemersik.

"shhh, nanti malam lah. haha." balas Kader.

tanpa adegan cium-mencium dahi si pengantin perempuan. mereka terus keluar ke halaman masjid, mendapatkan kenalan-kenalan yang setia menanti.

"lepas ni, susah lah nak main poker, nak main game fifa, nak usha awek butik, nak bugima sama-sama dan bla bla bla bla." luahan salah seorang teman Kader.

"kau jangan lupa senaman harimau dengan urutan tunjuk langit yang aku ajar tu." bisik seorang lagi, serius.

"kau ada nombor aku? kenapa kau buang. nah ambil ni simpan. kalau nak minyak untuk jurus ke enam call aku. ok." seorang lagi bergurau senda.

berlinangan air matanya, menitis sebutir demi sebutir jatuh sembah ke bumi. ke mana pergi ego rockernya pun tidak diketahui. tiba-tiba pipi Kader yang basah diusap, dibelai dan dilap manja dengan sehelai kain yang berbau minyak pelincir oleh isterinya, Felixia. maklumlah, anak pengusaha bengkel vespa.

petang jumaat yang semakin hangat, bergambar bersama kenalan dan keluarga. daun nyiur yang menjengah lemah dihembus bayu Yaman, menghiasi persekitaran masjid al-pendoni. lalu, salji pun turun.

"eh, malaysia ada musim salji?" tanya Felixia kehairanan.

"entah. penulis minum ketum agaknya." jawab Kader selamba.

selesai sahaja majlis keramaian, Felixia membuat keputusan untuk membantu Kader dalam perniagaan burger sepenuh masa. Uncle Yeap juga memberikan galakan.

sesekali Kader akan ke bengkel di pagi hari hanya untuk menolong bapa mertuanya, Papa Yeap hanya untuk membuka pintu kedai.

"kak, burger daging akak manis satu." seorang pelanggan bergurau.

"burger daging akak manis tak ada. burger telur abang besar ada." bentak Kader. 

Kader mencapai pisau roti dan ditetak sepapan telurnya. ingin saja dibaling timbunan saladnya. Felixia cuba menghalang, sambil mengelap keringat suaminya yang mula membasahi pipi dan dahi, lantas memujuk.

"i love u Kader." Felixia berbisik.

"me too. mmmmuah." flying kiss dari Kader.

siapa kata melayu dengan melayu gaduh, cina tepuk tangan?

setelah 35 tahun, kini Kader dan Felixia bahagia bersama dengan 17 pasangan anak kembar mereka. walaupun dulu Kader hanya peniaga jalanan, masih lagi ada wanita yang sanggup bersama.

dia bukan tak cantik, dia bukan tak baik. dia bukan tak kaya, dialah kekasihnya selama-lama, Felixia.

Abah, Mama, Papa Yeap dan Mama Yaep pun telah lama pergi meninggalkan duniawi. Papa Yeap dan Mama Yaep tidak sempat menerapkan ajaran Islam di dalam jiwanya. bagi mereka agama mereka, bagi kami agama kami, tidak mengapa.

perniagaan Kader bertambah maju, hampir seribu lapan ratus tujuh puluh sembilan perpuluhan empat tujuh enam [1879.476] kiosk burgernya hingga ke serata asia sampaikan memecah pasaran di semenanjung gaza.

setiap urusan perniagaannya sudah diserahkan sepenuhnya pada kembar sulung. Kader dan Felixia benar-benar menikmati setiap saat di hari tua mereka. disamping bersiap untuk persiapan yang bakal menjemput nyawa.

betullah orang kata, pernikahan membuka beribu pintu rezeki.

andainya Abah dan Mama masih ada, pasti mereka tidak kan menyangka kejayaan perniagaan anak bongsunya ini. bukan niat Kader ingin menunjuk-nunjuk atau apatah lagi bongkak meninggi langit.

dahulu, Kader hanya mengharapkan satu daripada mereka, kepercayaan pada Qada' dan Qadar Tuhan. tetapi apakan daya, mereka tak berkesempatan melihat semua ini. kerana mereka, Tuhan lebih menyayangi.
satu pesanan Kader untuk para pembaca, sebelum kosong akal dan minda mu.

pedulikan orang kata. baju ronyok tak mengapa, asal pakai selesa. itu bukan segalanya, yang penting bahagia.

hey untuk dia. hey untuk dia. hey untuk dia. untuk dia.

[outro]
selagi hayat ini dikandung badan.

selagi jasad ini masih berdiri.

selagi itu tak kan henti.

cintai mu.

tammat.
Read More

Kerana Terpaksa Kader Relakan [jilid 6]

"ashhadu allaa ilaaha illallah, wa ashhadu anna muhammadar rasulullah."

bergema, alunan suara itu bergema. dihari lebaran, 1 syawal 1440 hijriah menjadi tarikh yang paling terindah dalam hidup Felixia. secara rasminya dia menjadi sebahagian dari saudara islam dan ummat besar nabi Muhammad s.a.w.

sebenarnya, dari sebelum puasa lagi Felixia sudah beriktikad dan mengaku bahawa Islam adalah agamanya. Felixia juga telah mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Kader, Abah dan beberapa lagi jawatan kuasa masjid al-pendoni sebelum ini. jadi, ramadhan dan syawal tahun ini adalah yang pertama sepanjang hidupnya di alam fana.

"Yeap, hang dok sah risau na. Felixia tetap anak hang. dia mesti tunaikan juga kewajipan pada hang. na." jelas Abah.

Uncle Yeap dan isterinya tidak menghalang. mereka faham dan penuh kerelaan, walaupun Felixia adalah satu-satunya anak yang mereka ada. mereka tahu, Islam tidak menghalang seseorang anak itu untuk berbakti pada orang tuanya sungguh pun berlainan agama. mungkin begitu juga dengan agama yang lain.

"u tak nak tukar nama dalam i.c.?" tanya Kader.

"insyaAllah esok, u temankan i boleh?" balas Felixia.

pelawaan itu sukar untuk ditolak. Kader hanya mengangukkan kepalanya tanda setuju.

"insyaAllah, u nak letak nama apa?" Kader bertanya lagi.

"Najwa Latif Yeap Abdullah. hihi." jawab Felixia ringkas.

lucu sungguh Kader mendengar, tak terhenti gelaknya. Felixia memang peminat setia Najwa Latif, hampir kesemua lagu dihafalnya. sedang Kader ketawa sampaikan tak terpijak lantai dunia, tiba-tiba terdengar salah satu lagu artis comel itu yang diputarkan dari sebuah syarikat radio ternama, cim fm.

"auuww." Felixia menyanyi.

"auumm." Kader menyambung.

petang yang sungguh syahdu, sang pipit berkicau merdu. si enggang rendah terbang, seiring pipit untuk menyanyi girang. sang gagak turut menyertai, si merak pun mula menari. sedang timur terbenam mentari, sambil langit tersenyum sendiri.

indah, seindah watak Indah dalam cerekarama kerana terpaksa aku relakan.
Read More

Kerana Terpaksa Kader Relakan [jilid 5]

"Kader, mai sat. hang ambil dokumen ni."

Abah menghulurkan sekeping sampul surat. isinya tawaran pekerjaan yang terdapat di kerajaan Selangor. Kader meneliti setiap kepingan kertas itu, lalu diremuk dan dicampaknya ke dalam tong sampah. Abah terkejut dengan tindakan Kader. tidak menyangka akan reaksi anak bongsunya yang menjengkelkan.

"kenapa hang buang?" tanya Abah lembut.

"kenapa Abah beri semua ni? beri sajalah pada mereka yang lebih memerlukan. bukankah Kader sudah ada komitmen sendiri?" Kader menjawab.

"apa Abah juga sama seperti Mama, tidak yakin dengan pekerjaan Kader sekarang? hina sangat ke?" Kader menambah.

kali ini suaranya lebih perlahan. kecewa dirinya atas tindakan Abah. setahunya, Abah lah yang sering berikan semangat zahir dan rohani pada Kader untuk meneruskan perniagaannya.

"Abah bukan pa, mana tau ia lebih menjamin masa depan hang. jual burger jadikan part time ja la." jelas Abah.

mata Kader berkaca, lalu berderai air mata. tidak tertahan lagi. jiwa rockernya yang keras dan kental musnah hancur berkecai. dek sikap Abah yang sudah mula hilang kepercayaan terhadap perjuangan Kader.

"cuba hang pikiaq. marka la ni, semua bijak pandai. pakar I.T. pakar ekonomi, jaguh sukan dan juga jutawan." kata Abah.

"berkereta jenama negara. megah menyusur di jalan raya. hang la ni pa ada?" Abah berkata lagi.

"Kader tahu, Kader tak ada apa-apa. tiada kereta Kader bawa Abah jalan-jalan. rumah pun Kader tiada, ada pun Abah punya." balas Kader.

Kader bingkas berdiri. lantas ke dapur mendapatkan sebilah parang. lalu ditetaknya lobak merah dan dikisar. diminum begitu saja tanpa gula dan susu. rasanya tawar, namun hatinya lebih tawar dan pahit. terpaksa menelan penghinaan dari seorang yang dulu menjadi nadi perjuangannya, Abah.

selesai sahaja minum segelas jus lobak, Kader pun menyarung jersi bola sepak kebanggaannya, Felda United. membelek-belek bekas tempat meletak kunci sambil matanya melilau ke serata syiling ruang tamu yang penuh dengan sawang dan sarang labah-labah.

"hang cari apa?" Abah bertanya.

"kunci vespa." jawab Kader.

"bukan vespa hang, start teruih jalan ka?" tanya Abah lagi.

Kader berdiri terpaku, terkesima mendengar pertanyaan Abah. pipinya mula merah, dahinya masih lagi berkerut kecewa, hampa dan marah. vespanya dipandu perlahan dan dalam keadaan yang khayal. fikirannya melayang terbang, tersesat di lembah nan terbuang. kelut-melut hati perindu, dilorek jiwa pedih tak terbilang.

kata-kata Abah terngiang-ngiang di telinga kanannya yang penuh dengan segumpal tahi. Kader termenung jauh, sampaikan lampu isyarat merah pun dilanggarnya. mujur tiada kenderaan lain di simpang empat besar itu.

namun Kader tahu, masih ada lagi wanita yang tidak mendambakan ringgit. tulus terhadap nilai jati diri seorang lelaki yang berjiwa seni dan bekerjaya sendiri di tepian jalan, Felixia.
Read More

19 Jun 2014

Kerana Terpaksa Kader Relakan [jilid 4]

"masak banyak ni, siapa yang nak makan?" Kader bertanya.

"ada orang nak datang." jawab Mama.

Kader tertanya-tanya dalam gerimis yang turun tak henti-henti sejak pagi tadi.

"siapa?" tanya Kader lagi.

"bakal besan Mama lah. tanya lagi." Mama menjawab dengan nada yang angkuh.

bingung fikiran Kader, degupan jantungnya kencang. nafasnya terputus-putus. bila status bakal besan, bermakna akan ada bakal menantu. dari 4 beradik, hanya Kader yang masih membujang. hanya setia pada vespa, sehingga hujung usia.

"halo." 

terdengar suara halus memanggil dari luar rumah. Kader berdiri menjenguk dan mengintai dari celahan jendela yang berkaca. perlahan-lahan kadir menyelak langsir yang menghalang pandangan mata.

"Uncle Yeap?" bisik hati Kader.

Uncle Yeap dan Auntie Yaep berdiri di depan pintu pagar. tidak kelihatan anak gadisnya yang selalu menjadi teman bertengkar.

"mai jemput masuk. awat hangpa dok terpacak kat luaq nu. panaih." Abah menjemput.

"panas? bukan tengah gerimis ke?" tanya Kader.

Abah tidak mempedulikan pertanyaan Kader. mereka pun melangkah masuk. hujan pun mula berhenti. lalu terbit sang pelangi. menghiasi langit dan bumi.

tergamam Kader melihat situasi tengah hari itu. secara tiba-tiba sahaja cuaca menjadi cerah dan panas. masin sungguh mulut Abah.

"sila masuk Uncle, Auntie. berdua saja?" Kader memulakan patah dua kata.

"dua sajalah. apa pasat? haha." jawab Auntie Yaep.

Kader hanya menggelengkan kepala sambil tersengih. Kader masih lagi belum puas dengan jawapan itu. matanya meliar keluar rumah mencari sesuatu yang hilang.

langkah kakinya perlahan meluru ke pintu pagar. sesekali menjeling ke kiri dan ke kanan. tiba-tiba telinga kanannya seperti dihembus. perlahan mengalihkan pandangannya di belakang.

"cak!" Felixia mengusik.

ah. lirikan manis senyumannya, menggegarkan puncak gunung jerai. pohon yang lesu layu, kini ranum harum mekar.

"u cari apa?" Felixia bertanya.

"cari apa? u jangan perasan lah. u mahu apa?" balas Kader dengan sombong.

"mahu u la." Felixia menjawab.

di bawah pohon cemara, saling bertentangan mata. tidak boleh ditahan lagi perasaan yang telah lama terbuku di sanubari Kader. ingin saja dipeluknya tubuh Felixia yang ramping ala pramugari itu. romanya mula meremang, degupan jantungnya kencang. Kader mula mendekati, setiap langkahnya berhati-hati.
Felixia yang mengenakan kebaya kuning cair, betul-betul menggoncang syahwat Kader.

Kader semakin rapat, jemarinya hampir menyentuh bibir Felixia yang menggiurkan itu. Felixia mengelak dan mula menjauhkan jarak mereka. selangkah demi selangkah ke belakang. tetapi, Kader terus mara. baru saja ingin menerkam, entah bagaimana secara tiba-tiba dahanan rapuh pohon cemara jatuh menghempas kepala Kader.

"aduh! sakit kepala ku." teriak Kader.

"padan muka u. siapa suruh cari pasal sama Tuhan?" herdik Felixia.

tidak semena-mena menempelak nafsu syahwatnya yang hampir saja terjerumus ke lembah kemaksiatan. mujur secebis iman yang bertaut menenangkan emosinya.

lalu, mereka pun masuk menjamah bersama kedua-dua belah keluarga. tersenyum riang gembira meraikan hari yang penuh bermakna.
Read More