5 May 2014

Cerita Pasal Kalau

"cerita pasal kalau. babi pun boleh terbang"

sudah menjadi kebiasaan umat manusia dengan pemikiran di dalam kotak.

apa kata kita cuba "keluar" dari minda sempit.

mustahil. mustahil bagi babi untuk terbang. ya. mustahil jugalah bagi babi untuk hidup. makan. buang air. mengawan. beranak.

pasal apa?

pasal yang menghidupkan babi adalah Dia. pasal yang memberikan keinginan untuk makan itu Dia. pasal yang mengawan. buang air besar. beranak. semua atas izin Dia.

mana mungkin babi boleh melakukan segala galanya tanpa izin dan kehendak Dia.

habis kalau terbang? mustahil ke tak ni?

entah lah. jangan tanya saya. saya selalu tidur dalam kelas.
Read More

2 May 2014

125ZR Second Hand Untuk Dijual


Jualan Segera 1 MEI~~

Sebijik 125 utk diletgo~~
Bukak Harga 4.8k nego nipis~~
Moto mcm dlm gmbar~
Condition, dpt BOLEH TERUS FLY pi KONVOI~
moto bru lps servis~
Sape Cpt Dia Dpt~

Detail~
~Register 2003~
~Salin 2013~
~Standard xde usik pape~
~Blok size 0.25~

COD Area SETAPAK, KL~

berminat call terus, xde kredit nk reply msg, WHATSAPP XPE~
012-9064146~
Read More

30 Apr 2014

Okid - Khilaf

Bergelora lautan cinta
Karam bahtera kerana diduga
Darah muda cepat membakar jiwa
Hilanglah kasih putus saudara

Rindu dendam tidak terkira
Lautan bara ku selam jua
Kerana kau cintaku yang pertama
Sanggup ku hidup dalam penjara

Kini aku dibelenggu sepi
Tidur dan mimpi diranjang sepi
Mengunyah peristiwa menelan duka
Menghirup kenyataan penuh siksa
Hancur perasaanku tidak tertahan
Setelah ku sedari kesilapan

Cukuplah dengan ampun dan maaf
Cukuplah dengan rasa berdosa
Untuk merasa cinta semula
Untuk kembali kepangkuannya

Hanyalah kepadamu tuhan
Ku serah segala harapan
Tak sanggup aku bersendirian
Terimalah ku sebagai teman

Hanya engkau kasih sejati
Dengan taubat bisa engkau ampuni
Biar hina ku dimata dunia
Asalkan aku engkau terima
Read More

27 Apr 2014

Saya Nak Tanya Ni

"hari2 saya beri dia burger yang terbaik. saya beri percuma. namun. dia telah merobek hati saya. habis terluka jiwa saya. dia cuma lebih mencintai burger dari saya. sedangkan sayalah penciptanya. sungguh tidak dijangka."

cuba fikir.

hari2 kita minta murah rezeki. Dia bagi. percuma. hari2 kita mengadu nasib diri. Dia dengar. percuma. lalu. kita leka. sampaikan lebih mencintai dunia dari Dia. sedangkan Dialah penciptanya.

agak2 kamu. apa yang Dia rasa. bila mana kita melebihkan ciptaanNya dari Dia si pencipta?

jangan tanya saya. saya quran pun tak khatam. hadith apatah lagi. sekolah pun tak tinggi. tapi saya ranggi. haha.

-inspirasi cimie pendo-
you'll never turu dewe'an
part time writer
Read More