3 Mar 2012

Lelaki Jahat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



kisah lelaki dari bahgdad yang tidak begitu gua kenal. tetapi itu tidak lah penting untuk dijadikan pengajaran. menurut rujukan gua pada pagi tadi. rujukan secara lintas langsung dari kaca tv. "tok pehe tanye ustaz". dikisahkan seorang lelaki yang jahat. jahat sejahat jahatnya. katakanlah perkara jahat apa yang tidak pernah lelaki itu lakukan. maka jawapannya adalah tiada.

di ceritakan lagi. lelaki itu ditakdirkan menemui ajalnya. dalam tidak sedar dia telah meninggalkan seorang isterinya. dari pagi hingga ke petang. penat lelah si isteri meminta dan merayu. bergegas ke pasar dan kota. namun semua manusia yang hina tidak mempeduli. malah ada yang mencaci.


"suami kau berlaku jahat di muka bumi! "
"suami kau kaki mabuk"

amatlah sedih si isteri. segala rayuan dan pintaan untuk di solatkan jenazah suaminya, langsung tidak dipeduli. menangis dan hampa. bercucuran segala butir butir mutiara yang terbit dari mata. mengalir berdarah sekalipun. namun ia tetap tidak mengubah hati manusia manusia yang hina lagi kotor. 

dengan kudrat yang diberi secebis dari ilahi. maka bertekad si isteri untuk mengebumikan jenazah suaminya. dengan merenung jauh. terlintas di sanubarinya akan sebuah bukit. maka membawa lah si isteri akan jenazah suaminya ke bukit bertujuan mengebumikan.

sampai sampai sahaja si isteri terus menghayunkan cangkulnya. dengan jiwa yang penuh sedih. yang penuh pilu. tetapi penuh juga dengan kesabaran. kesabaran dan keredhoan terhadap ujian yang menimpa. sedang bermandikan peluh bersama cangkulnya. tiba tiba dia di datangi oleh seorang lelaki yang soleh.

lelaki soleh itu memang sedang menunggu sesuatu yang bakal terjadi di bukit itu.

"adakah ini suamimu?"
"ya, ini jenazah suami ku. "

maka langsung terus lelaki soleh itu mengangkat takbir lalu solat lah jenazah kepada jenazah suami itu. dengan terkejutnya. secara tiba tiba hadir lagi beberapa manusia hina lagi kotor turut serta dalam ibadah fardhu kifayah itu. selepas sahaja selesai  solat jenazah. maka manusia manusia yang hina lagi kotor mula membisik bisik. dan bertanya salah seorang daripadanya.

"wahai lelaki soleh, mengapakah kau solat jenazah pada lelaki yang jahat ini ? "
"pada malam hari aku telah bermimpi, bahawa aku di suruh oleh Allah akan kehadiran seorang isteri bersama jenazah suaminya di bukit ini. dan aku di suruh untuk menyolatkan suaminya. kerana Allah telah memaafkan dosa dosanya. "


masing masing semua manusia hina dan kotor itu bingung dan memandang satu sama lain. namun tidak terpandang akan kekotoran yang berada pada dirinya. lalu bertanya lagi salah seorang dari mereka.

"apakah yang  yang lelaki jahat ini lakukan sampaikan Allah memaafkan dosanya begitu sahaja ? "
"aku juga tidak mengetahui apa amalan yang dilakukan oleh suami wanita ini."

lalu lelaki soleh bertanyakan pada si isteri yang sudah kering peluh. dan mula senang hati akan selesainya jenazah suaminya itu yang telah di solatkan.

"apakah amalan yang suami mu lakukan ketika perjalanannya di muka bumi ini? "

si isteri tunduk dan mula menitiskan beberapa butir mutiara yang lebih mahal dari mutiara selonggok dua ringgit. lalu berkata lah si isteri.

"hanyalah ada tiga amalan yang ramai manusia di siang hari tidak mengetahui akan amalan suamiku"
"tatkala suami ku pulang mabuk mabuk dan terus ter tidur di malam hari. tiba tiba dengan izin Allah dia terjaga. kerana terdengar seruan ilahi di subuh hari. lantas dia bangun dan bergegas ke masjid untuk berjemaah subuh bersama."

"tatkala di siang hari. apabila datang dan hadirnya anak yatim piatu di rumah ku. suami ku akan melayan mereka dengan layanan yang terbaik sekali. malah layanan itu melebihi dari dia melayan aku dan anaknya sendiri."

"dan juga tatkala malam hari ketika suami ku pulang dalam keadaan mabuk mabuk dan terus tertidur. dia akan terjaga di satu per tiga malam. apabila dia terjaga dia akan terus solat sunat dua rakaat. dan ketika itu. aku terdengar rintihannya sambil menangis nangis."

si isteri terdiam sebentar. tersedu sedu dan tersekat sekat suaranya. lalu dia meneruskan lagi cerita amalan suaminya.



"suami ku merintih, sebesar mana neraka mu untukku ya Allah. ya Allah neraka manakah yang kau sediakan untuk diriku. dalam keadaan yang membasah kan dirinya dengan peluh peluhnya. dia menangis dan merintih akan kejahatannya sesama manusia. dengan perasaan takut dan gementar halilintar."

lalu mereka mereka hanya terdiam dan terkedu mendengar penjelasan isteri bagi seorang lelaki. lelaki jahat dipandangan mereka dan dibenci mereka sampaikan ajal menemui lelaki itu.

wallahua'alam.
 gua sempitkan sedikit ruangan pengajaran buat gua. : Bolehkah Mereka?

Read More

1 Mar 2012

Kitab Injil Sebenar

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ







Satu naskhah kitab Injil berbahasa Arami berumur lebih 1500 tahun telah ditemui di Turki...ianya mengandungi pernyataan Nabi Isa a.s. bahwa Nabi Muhammad saw adalah sebagai RASUL yang akan datang selepasnya....!! kejadian ini benar2 telah menggemparkan pusat Kristian dunia di Vatican, Rome. 

NASKHAH Kitab Injil tersebut sebenarnya sudah ditemui sejak 12 tahun lalu...namun atas desakan dan permintaan kuat pihak gereja ia telah dirahsiakan...kerana bimbang ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran .

Naskhah Kitab Injil ini dipercayai telah dilarikan oleh salah seorang utusan Nabi Isa as. Ia jelas mengandungi persamaan segi aqidah yang menolak konsep trinity atau fahaman ketuhanan Isa as,yang sama seperti aqidah kita kaum muslimin.

Ia pernah ditawarkan dengan harga 22 juta Dolar (Euro) sebelum ini, di dalam injil tersebut disebutkan bagaimana seorang tukang tilik telah bertanya kepada Nabi Isa. as siapakah yang akan datang selepasnya lantas dijawab oleh Nabi Isa as "Muhammad.... nama seorang yang diberkati".

Naskhah yang terbuat dari lembaran kulit dan menggunakan dakwat emas itu dipercayai adalah satu salinan dari Kitab Injil Barnaba.

Kandungan asal injil Nabi Isa as terlalu pendek sebab tempoh baginda berdakwah cuma lebih sedikit yakni 3 tahun. Tekanan Kaisar Konstantinopel tersangat berat sehingga pengikut Baginda as sembunyi2 dalam mengamalkan pegangan kepercayaan mereka. 

Kemudian datang St Paul (seorang pendeta Yahudi yang cemburu dengan penerimaan ramai terhadap agama Isa as) yang mencipta segala2nya - itulah versi injil yang ada sekarang - penuh kontradiksi.


kredit : blog tok wan
Read More

Rejam Sampai Mati Kerana Berzina

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Pemuda di atas ini melakukan zina dan telah berjaya ditangkap oleh penduduk di Somalia untuk menjalani hukuman rejam sampai mati. 

Manakala pasangan wanitanya, dihukum sebat 100 kali. kerana belum berkahwin. 

Ada hikmahnya daripada sudut kitab Al-Quran dan juga ilmu sains….

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman di atas, padahal kedua-duanya berzina iaitu pihak lelaki mahupun wanita?

Tokoh Islam menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya.

Hukuman sebat diberikan kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.

Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga

Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru.

Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.

Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.

Cara terbaik adalah dengan menyebat di antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia.

Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

Apabila mereka dihinggapi virus AIDS, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin.

Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru.

Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.



kredit : ustaz nasir
Read More

Apabila Sangkakala Ditiup

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 




✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



by nur iman
Read More