"aku terima nikahnya, Najwa Latif Yeap Abdullah dengan mas kahwin bacaan sebuah surah alFatihah tunai."
setelah 3 kali akad, akhirnya Kader menjadi suami kepada Felixia yang sah. suasana yang tadinya hening mula menjadi bingit. kanak-kanak berlari mendapatkan Kader. dipeluknya seerat yang mungkin.
"uncle Kader, 20 sen." pinta salah seorang anak saudaranya.
tergelak Kader dibuatnya. bermacam ragam petang jumaat itu. Kader mendapatkan Felixia untuk upacara membatalkan wudhu' sebagai adat. walhal, sudah 13 kali Kader terkentut selepas saja disahkan...
20 Jun 2014
"ashhadu allaa ilaaha illallah, wa ashhadu anna muhammadar rasulullah."
bergema, alunan suara itu bergema. dihari lebaran, 1 syawal 1440 hijriah menjadi tarikh yang paling terindah dalam hidup Felixia. secara rasminya dia menjadi sebahagian dari saudara islam dan ummat besar nabi Muhammad s.a.w.
sebenarnya, dari sebelum puasa lagi Felixia sudah beriktikad dan mengaku bahawa Islam adalah agamanya. Felixia juga telah mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Kader, Abah dan beberapa lagi jawatan kuasa masjid al-pendoni sebelum ini. jadi, ramadhan...
"Kader, mai sat. hang ambil dokumen ni."
Abah menghulurkan sekeping sampul surat. isinya tawaran pekerjaan yang terdapat di kerajaan Selangor. Kader meneliti setiap kepingan kertas itu, lalu diremuk dan dicampaknya ke dalam tong sampah. Abah terkejut dengan tindakan Kader. tidak menyangka akan reaksi anak bongsunya yang menjengkelkan.
"kenapa hang buang?" tanya Abah lembut.
"kenapa Abah beri semua ni? beri sajalah pada mereka yang lebih memerlukan. bukankah Kader sudah ada komitmen sendiri?" Kader menjawab.
"apa Abah juga sama seperti...
19 Jun 2014
"masak banyak ni, siapa yang nak makan?" Kader bertanya.
"ada orang nak datang." jawab Mama.
Kader tertanya-tanya dalam gerimis yang turun tak henti-henti sejak pagi tadi.
"siapa?" tanya Kader lagi.
"bakal besan Mama lah. tanya lagi." Mama menjawab dengan nada yang angkuh.
bingung fikiran Kader, degupan jantungnya kencang. nafasnya terputus-putus. bila status bakal besan, bermakna akan ada bakal menantu. dari 4 beradik, hanya Kader yang masih membujang. hanya setia pada vespa, sehingga hujung usia.
"halo."
terdengar suara halus...
"Abah, pinjam sepuluh ringgit." Kader meminta.
"hang nak buat pa?" soal Abah.
sejak tampuk pimpinan di Kedah telah bertukar kerajaan, Abah sering bercakap dengan loghat utara.
tidak tahu kenapa Abah berubah begitu. mungkin zarah-zarah yang melekat di dalam kelikatan darah jawanya sedang melakukan proses transformasi yang baru. disamping menyusur mengikuti arus ekonomi melayu utara yang semakin maju dan berdaya saing seiring dengan negeri-negeri kepulauan borneo.
"Kader nak beli cadbury, makanan Panda dah habis." jelas Kader.
"eleh, kata...
18 Jun 2014
"Mama tahu, Mama cuma nak Kader jadi yang terbaik. lagi pun berapa sen sangat income bulanan jual burger tu." Mama masih lagi berhujah.
Kader tergamam. masakan Mama sanggup memperkecilkan perniagaannya yang semakin hampir berkembang.
"mana kepercayaan Mama pada Tuhan? mana pegangan Mama pada Agama? siapa yang memberi rezeki? Perdana Menteri?" luahan Kader, kecewa.
"apa gunanya Mama syahadah jika tidak yakin pada Tuhan!?" kali ini nada Kader tinggi.
"Kader!" Abah mencelah.
bila Abah dah bersuara, semua orang senyap. walaupun tidak selalunya...
11 Jun 2014
"eh anak Kak Long tu semua berpelajaran tinggi kan bang. paling rendah pun peringkat degree." kata Mama.
"kenapalah anak kita jual-jual kat tepi jalan saja. huhu." bicara Mama lagi.
Abah diam saja, sambil menghirup kopi panas kegemarannya.
pagi-pagi lagi sudah bising, sudah mempertikai kekuasaan tuhan. Kader sungguh tersinggung. setiap inci perkataan yang terpacul dari bibir Mama, sungguh membakar jiwa Kader yang berjiwa seni.
"Mama, Kader ni kerja sendiri. Kader ni bos. tak makan gaji macam orang lain. tak bekerja untuk orang lain." Kader...
5 Jun 2014
ya Tuhan ku.
apakah jalan yang Kau buka untuk diri ku ini benar?
adakah jalan yang ku lalui ini jalan yang Kau redhai?
aku bingung.
tiada daya dan upaya ku untuk menyentuh qada dan qadar Mu.
aku hanya mampu berserah seluruh raga.
bukan syurga yang ku pinta. bahkan tidak sanggup ku ke neraka Mu.
penyerahan ini ku sembahkan untuk Mu atas betapa besarnya Kuasa Mu.
aku redha atas segala ketentuan dan ketetapan.
miskin atau kaya.
hodoh atau cantik.
aku tidak peduli.
andainya dia bukan milikku. Kau hapuskanlah...
Subscribe to:
Posts (Atom)