16 Jul 2014

Wajah Mujahid Cilik

kau senyum dik?aku tahu kenapa kau tersenyum dik.senyum lah dik. KEKASIH mu sedang menguji.اللهم انصر الاسلام والمسلميناللهم انصر المسلمين في كل مكاناللهم انصر المسلمين في فلسطيناهزمهم وانصرنا عليهم-cimie pendo-part time writer...
Read More

Sebab Kenapa Zionis Dicipta

“ya tuhan, hancurkan lah mereka Israel Rejim Zionis”apakah kau fikir tuhan sengaja mencipta Zionis, semata-mata untuk membedil rakyat Palestin?apakah kau fikir tuhan sekejam itu?tak lah. siapa kata?********************************tanpa Zionis, mungkin rakyat Palestin tak kan merasai nikmat JIHAD.tanpa Zionis, mungkin rakyat Palestin tak kan merasai kemanisan SHAHID.mungkin.********************************“jihad yang paling besar adalah berperang...
Read More

20 Jun 2014

Kerana Terpaksa Kader Relakan [jilid akhir]

"aku terima nikahnya, Najwa Latif Yeap Abdullah dengan mas kahwin bacaan sebuah surah alFatihah tunai." setelah 3 kali akad, akhirnya Kader menjadi suami kepada Felixia yang sah. suasana yang tadinya hening mula menjadi bingit. kanak-kanak berlari mendapatkan Kader. dipeluknya seerat yang mungkin. "uncle Kader, 20 sen." pinta salah seorang anak saudaranya. tergelak Kader dibuatnya. bermacam ragam petang jumaat itu. Kader mendapatkan Felixia untuk upacara membatalkan wudhu' sebagai adat. walhal, sudah 13 kali Kader terkentut selepas saja disahkan...
Read More

Kerana Terpaksa Kader Relakan [jilid 6]

"ashhadu allaa ilaaha illallah, wa ashhadu anna muhammadar rasulullah." bergema, alunan suara itu bergema. dihari lebaran, 1 syawal 1440 hijriah menjadi tarikh yang paling terindah dalam hidup Felixia. secara rasminya dia menjadi sebahagian dari saudara islam dan ummat besar nabi Muhammad s.a.w. sebenarnya, dari sebelum puasa lagi Felixia sudah beriktikad dan mengaku bahawa Islam adalah agamanya. Felixia juga telah mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Kader, Abah dan beberapa lagi jawatan kuasa masjid al-pendoni sebelum ini. jadi, ramadhan...
Read More

Kerana Terpaksa Kader Relakan [jilid 5]

"Kader, mai sat. hang ambil dokumen ni." Abah menghulurkan sekeping sampul surat. isinya tawaran pekerjaan yang terdapat di kerajaan Selangor. Kader meneliti setiap kepingan kertas itu, lalu diremuk dan dicampaknya ke dalam tong sampah. Abah terkejut dengan tindakan Kader. tidak menyangka akan reaksi anak bongsunya yang menjengkelkan. "kenapa hang buang?" tanya Abah lembut. "kenapa Abah beri semua ni? beri sajalah pada mereka yang lebih memerlukan. bukankah Kader sudah ada komitmen sendiri?" Kader menjawab. "apa Abah juga sama seperti...
Read More

19 Jun 2014

Kerana Terpaksa Kader Relakan [jilid 4]

"masak banyak ni, siapa yang nak makan?" Kader bertanya. "ada orang nak datang." jawab Mama. Kader tertanya-tanya dalam gerimis yang turun tak henti-henti sejak pagi tadi. "siapa?" tanya Kader lagi. "bakal besan Mama lah. tanya lagi." Mama menjawab dengan nada yang angkuh. bingung fikiran Kader, degupan jantungnya kencang. nafasnya terputus-putus. bila status bakal besan, bermakna akan ada bakal menantu. dari 4 beradik, hanya Kader yang masih membujang. hanya setia pada vespa, sehingga hujung usia. "halo."  terdengar suara halus...
Read More

Kerana Terpaksa Kader Relakan [jilid 3]

"Abah, pinjam sepuluh ringgit." Kader meminta. "hang nak buat pa?" soal Abah. sejak tampuk pimpinan di Kedah telah bertukar kerajaan, Abah sering bercakap dengan loghat utara. tidak tahu kenapa Abah berubah begitu. mungkin zarah-zarah yang melekat di dalam kelikatan darah jawanya sedang melakukan proses transformasi yang baru. disamping menyusur mengikuti arus ekonomi melayu utara yang semakin maju dan berdaya saing seiring dengan negeri-negeri kepulauan borneo. "Kader nak beli cadbury, makanan Panda dah habis." jelas Kader. "eleh, kata...
Read More

18 Jun 2014

Kerana Terpaksa Kader Relakan [jilid 2]

"Mama tahu, Mama cuma nak Kader jadi yang terbaik. lagi pun berapa sen sangat income bulanan jual burger tu." Mama masih lagi berhujah. Kader tergamam. masakan Mama sanggup memperkecilkan perniagaannya yang semakin hampir berkembang. "mana kepercayaan Mama pada Tuhan? mana pegangan Mama pada Agama? siapa yang memberi rezeki? Perdana Menteri?" luahan Kader, kecewa. "apa gunanya Mama syahadah jika tidak yakin pada Tuhan!?" kali ini nada Kader tinggi. "Kader!" Abah mencelah. bila Abah dah bersuara, semua orang senyap. walaupun tidak selalunya...
Read More

11 Jun 2014

Kerana Terpaksa Kader Relakan [jilid 1]

"eh anak Kak Long tu semua berpelajaran tinggi kan bang. paling rendah pun peringkat degree." kata Mama. "kenapalah anak kita jual-jual kat tepi jalan saja. huhu." bicara Mama lagi. Abah diam saja, sambil menghirup kopi panas kegemarannya. pagi-pagi lagi sudah bising, sudah mempertikai kekuasaan tuhan. Kader sungguh tersinggung. setiap inci perkataan yang terpacul dari bibir Mama, sungguh membakar jiwa Kader yang berjiwa seni. "Mama, Kader ni kerja sendiri. Kader ni bos. tak makan gaji macam orang lain. tak bekerja untuk orang lain." Kader...
Read More

5 Jun 2014

Ya Tuhan Ku

ya Tuhan ku. apakah jalan yang Kau buka untuk diri ku ini benar? adakah jalan yang ku lalui ini jalan yang Kau redhai? aku bingung. tiada daya dan upaya ku untuk menyentuh qada dan qadar Mu. aku hanya mampu berserah seluruh raga.  bukan syurga yang ku pinta. bahkan tidak sanggup ku ke neraka Mu. penyerahan ini ku sembahkan untuk Mu atas betapa besarnya Kuasa Mu. aku redha atas segala ketentuan dan ketetapan. miskin atau kaya. hodoh atau cantik. aku tidak peduli. andainya dia bukan milikku. Kau hapuskanlah...
Read More

30 May 2014

Something Left At Sabak Bernam [Hakikat Baik Dan Buruk]

08/05/2004 [malam] selepas selesai berjemaah maghrib beramai-ramai, para jemaah ambil posisi masing-masing. ada yang solat sunat dua rakaat. ada yang terus baring terlentang dan bermacam perangai lagi. pelajar tingkatan 5 terus keluar dari musollah. mereka ibarat raja dalam asrama. hanya beberapa ustaz saja yang berani menegur mereka. seorang pelajar senior tingkatan 6, abang omar hanya memerhati saja. sepatutnya mereka tunggu dan duduk mendengar kuliah lepas maghrib. seperti biasa menunggu ketibaan ustaz yang dipertanggungjawabkan...
Read More

29 May 2014

RXZ Full Catalyzer Second Hand Untuk Dijual

Moto rxz untuk dijual. Motor full convert katak. Set full original kuning grey, motor tittop parking kt rumah je. Blok saiz 0.25. Beli puas hati tros pepah hway je, harge dipinta rm4500 . bg yg berkenan bleh dtg usha2 mtow dluw. Cod sungkai perak. 01126573056. ...
Read More

26 May 2014

Selamat Hari Ibu

pada suatu malam. aku mengintai dalam gelap. memerhati susuk tubuh si tua. berjalan. terhuyung hayang mengejar mutlak air. bonda. meski sudah tua. gagahnya bukan kepalang. aku yang muda. malu melihat kudrat si tua. terus mengintai. dalam kelam malam bonda bermujahadah. teresak esak menangis. merintih. entah apa yang dikesal. entah apa yang diminta. sayup perlahan kedengaran. "ya tuhan. berilah kejayaan pada anak anakku." ah. aku tak tertahan mendengar hajat bonda. jiwa rocker terguris. bonda. biar apa orang kata. kita lepaskan keluar....
Read More

Kalau Aku Tahu

"semoga pagi esok cerah." pinta si penjual nasi lemak jalanan. "semoga hari esok terik." pohon si penjual ais kepal jalanan. "semoga petang esok terang." harap si penjual pisang goreng jalanan. "semoga malam esok bergemerlapan bintang di langit." doa si penjual burger jalanan. lalu. tuhan pun berikan hari yang cerah. terik. terang. dan bisa melihat bintang di langit. apabila itu berlaku. berterusan. sehingga kering bumi. sehingga ais cair. dedaun pun layu mati. hutan terbakar. jerebu meliputi. segenab duniawi. maka. mereka meminta lagi....
Read More

Busuk Pun Kau Nak

pada suatu petang. aku, kapcai dan telur ayam sepapan. ranggi menunggang ala ala robin. hujan gerimis turun. sungguh mengacau jiwa. teringatkan tayar yang sudah haus. kapcai pun diperlahankan. 160km/j mungkin. mungkin juga 180km/j. entah. aku tak tahu. sudah lama meter tidak berfungsi. tiba tiba. kapcai yang lebih klasik. honda 80 terhenti di tepian jalan. warga emas mungkin. lelaki cina berkepala botak dan wanita india berpakaian lusuh. basah....
Read More

Dendam Benci

dendam usah dipendam. jiwa jatuh tersembam. benci usah dilayani . hati mati nanti. sayangilah mereka yang menyayangi kamu. cintailah mereka yang mencintai kamu. cinta tak bererti bersama. cinta yang tak ternilai adalah melihat mereka yang anda cintai bahagia. maka berbahagialah kamu apabila melihat mereka bahagia. maafkan daku. ...
Read More

Taman

taman itu citra terindah. permai. damai. makhluk pun tidak kurang ramai. selepas letih bersandiwara. aku singgah sebentar. satu pondok wakaf tercatat "ikhlas dari yb jkkk". menjadi tempat untuk ku bersemayam. ikhlas perlu dicatat? kenapa tak dibuat pengumuman saja? entahlah. orang selalu ponteng kelas. tak berani untuk bersuara. aku, sprite dan sebiji daging cheez burger. gelojoh menjamah. kicauan burung menjadi melodi. pipit. rendah terbangnya. tak terkejar tingginya terbang sang enggang. pemuda pemudi bersenam menjadi santapan penglihatan. tiba...
Read More

10 May 2014

Aku Dan Kapcai

pada suatu petang.aku, kapcai dan telur ayam sepapan. ranggi menunggang ala ala robin.hujan gerimis turun. sungguh mengacau jiwa. teringatkan tayar yang sudah haus. kapcai pun diperlahankan.160km/j mungkin. mungkin juga 180km/j. entah.aku tak tahu. sudah lama meter tidak berfungsi.tiba tiba.kapcai yang lebih klasik. honda 80 terhenti di tepian jalan.warga emas mungkin. lelaki cina berkepala botak dan wanita india berpakaian lusuh. basah. lencun.aku berhenti. bertanya."amacam uncle?""lantai lucut."alamak. bukan bidang aku."mahu tolakkah?""takpa...
Read More

6 May 2014

Ulang Tahun Ketujuh Pemergian Sahabat Saya

dia seperti kekanda saya. dia seumpama saudara saya. dia ibarat kekasih saya. dia lah sahabat saya. dia lah teman saya. "waktu kau bayi. dia dengan arwah ibunya selalu melawat kita" tiba2 teringat kata bonda. ya. dia lah sahabat saya yang pertama. bila mana saya mula melihat dunia yang penuh sandiwara. hanya dia sahabat yang sentiasa disisi. berkongsi ceritera. suka dan duka bersama. makan pun bersama. tidur dan mandi juga pernah bersama. saya...
Read More
a
k
a
l
e
b
a
i
D
a
l
a
g
a
l
a
g
e
s