19 Jun 2014

Kerana Terpaksa Kader Relakan [jilid 4]

"masak banyak ni, siapa yang nak makan?" Kader bertanya.

"ada orang nak datang." jawab Mama.

Kader tertanya-tanya dalam gerimis yang turun tak henti-henti sejak pagi tadi.

"siapa?" tanya Kader lagi.

"bakal besan Mama lah. tanya lagi." Mama menjawab dengan nada yang angkuh.

bingung fikiran Kader, degupan jantungnya kencang. nafasnya terputus-putus. bila status bakal besan, bermakna akan ada bakal menantu. dari 4 beradik, hanya Kader yang masih membujang. hanya setia pada vespa, sehingga hujung usia.

"halo." 

terdengar suara halus memanggil dari luar rumah. Kader berdiri menjenguk dan mengintai dari celahan jendela yang berkaca. perlahan-lahan kadir menyelak langsir yang menghalang pandangan mata.

"Uncle Yeap?" bisik hati Kader.

Uncle Yeap dan Auntie Yaep berdiri di depan pintu pagar. tidak kelihatan anak gadisnya yang selalu menjadi teman bertengkar.

"mai jemput masuk. awat hangpa dok terpacak kat luaq nu. panaih." Abah menjemput.

"panas? bukan tengah gerimis ke?" tanya Kader.

Abah tidak mempedulikan pertanyaan Kader. mereka pun melangkah masuk. hujan pun mula berhenti. lalu terbit sang pelangi. menghiasi langit dan bumi.

tergamam Kader melihat situasi tengah hari itu. secara tiba-tiba sahaja cuaca menjadi cerah dan panas. masin sungguh mulut Abah.

"sila masuk Uncle, Auntie. berdua saja?" Kader memulakan patah dua kata.

"dua sajalah. apa pasat? haha." jawab Auntie Yaep.

Kader hanya menggelengkan kepala sambil tersengih. Kader masih lagi belum puas dengan jawapan itu. matanya meliar keluar rumah mencari sesuatu yang hilang.

langkah kakinya perlahan meluru ke pintu pagar. sesekali menjeling ke kiri dan ke kanan. tiba-tiba telinga kanannya seperti dihembus. perlahan mengalihkan pandangannya di belakang.

"cak!" Felixia mengusik.

ah. lirikan manis senyumannya, menggegarkan puncak gunung jerai. pohon yang lesu layu, kini ranum harum mekar.

"u cari apa?" Felixia bertanya.

"cari apa? u jangan perasan lah. u mahu apa?" balas Kader dengan sombong.

"mahu u la." Felixia menjawab.

di bawah pohon cemara, saling bertentangan mata. tidak boleh ditahan lagi perasaan yang telah lama terbuku di sanubari Kader. ingin saja dipeluknya tubuh Felixia yang ramping ala pramugari itu. romanya mula meremang, degupan jantungnya kencang. Kader mula mendekati, setiap langkahnya berhati-hati.
Felixia yang mengenakan kebaya kuning cair, betul-betul menggoncang syahwat Kader.

Kader semakin rapat, jemarinya hampir menyentuh bibir Felixia yang menggiurkan itu. Felixia mengelak dan mula menjauhkan jarak mereka. selangkah demi selangkah ke belakang. tetapi, Kader terus mara. baru saja ingin menerkam, entah bagaimana secara tiba-tiba dahanan rapuh pohon cemara jatuh menghempas kepala Kader.

"aduh! sakit kepala ku." teriak Kader.

"padan muka u. siapa suruh cari pasal sama Tuhan?" herdik Felixia.

tidak semena-mena menempelak nafsu syahwatnya yang hampir saja terjerumus ke lembah kemaksiatan. mujur secebis iman yang bertaut menenangkan emosinya.

lalu, mereka pun masuk menjamah bersama kedua-dua belah keluarga. tersenyum riang gembira meraikan hari yang penuh bermakna.

0 comments:

Post a Comment

kata murni sahabat2 gua.